MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Ogo 2008

Pemimpin Asing Sedia Bantu Saya - Anwar


Pemimpin Asing Sedia Bantu Saya - Anwar


BUKIT MERTAJAM, 21 Ogos (Bernama) -- Hampir di setiap ceramah, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti menyebut nama-nama pemimpin asing yang menurutnya memberi sokongan kepada beliau dalam usahanya memenangi hati pengundi di Permatang Pauh.

Antara nama yang disebut ialah bekas Presiden Indonesia Gus Dur atau Abdurrahman Wahid, bekas Presiden Filipina Joseph Estrada, ulama terkenal Yusof Qardhawi dan yang terbaru beliau mengaitkan bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair kononnya turut menyokongnya.

Malah, katanya ada pemimpin luar negara yang menawarkan kapal terbang serta mahukan khidmat beliau sebagai penasihat.

"Saya tak mahu dolak dalik. Ada pemimpin dari luar tawarkan kepada saya kapal terbang dan ada juga anak raja Arab yang dua kali telefon saya minta saya jadi penasihat dia.

Saya kalau nak, cakap saja apa, anak raja itu akan bagi. Nak rumah macam istana dia bagi, nak gaji besar berbilion-bilion pun dia bagi tapi nak bagi puteri tak tahulah. Dia tak bagi kot.

"Sewaktu saya jadi pensyarah di luar negara, ada juga orang yang tawarkan saya jawatan yang tinggi. Tapi itu saya tak mahu."

Anwar juga mendakwa kononnya pelabur-pelabur asing sedia membantunya menaikkan ekonomi negara jika beliau menjadi pemimpin.

"Pelabur-pelabur luar pun ada jumpa saya. Mereka cakap, Anwar, kamu pimpinlah negara ini kerana kalau kamu pimpin, ekonomi negara ini akan kami naikkan dalam masa tiga bulan. Itu kamu tak perlu risau," katanya pada hadirin di ceramahnya di Kampung Pertama, Permatang Janggus dekat sini.

Sebelum ini, beberapa penganalisis politik berpendapat tindakan Anwar mengagung-agungkan pemimpin-pemimpin luar dan mempergunakannya dalam setiap kempennya itu memperlihatkan bahawa beliau semakin terdesak.

Mereka berpendapat, sokongan daripada luar tidak dapat mempengaruhi undi dan kebanyakan bekas pemimpin itu masih dipengaruhi oleh dasar dan hubungan yang dibuat oleh Anwar ketika beliau mempunyai kedudukan.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh diadakan pada 26 Ogos ini berikutan peletakan jawatan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberikan laluan kepada suaminya, Anwar bertanding.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anwar, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat.

baca sumber asal di bernama.com






7 ulasan:

Unknown berkata...

Ye la tuh ANUwar,

Mula2 sebut nama negara2 tuh, pastuh ko jual la Malaysia kat negara2 tuh...mcm ktorg tak tahu..Igt bontot rakyat Malaysia ni mcm bontot sukma, meor ngn azizan ke, blh dibeli ngn dollar Amerika ke?

Unknown berkata...

Semakin jelas anuwar ini ditaja oleh Yahudi.Tidakkah anuwar terfikir bahawa dia telah melukakan hati & perasaan rakyat Malaysia khususnya pengundi2 di Permatang Pauh kerana terlalu mengagung-agungkan pemimpin2 dari luar negara?

Tidak adakah pemimpin di negara kita yang boleh dibanggakan? Kenapa mesti diangkat pemimpin luar yang sudah nyata berketurunan Yahudi.

Anuwar sememangnya sukakan semua 'benda' dari luar.Inilah manusia yang tiada jati diri.

Semoga Allah tunjukkan lagi kebenaran Siapa Anuwar yang sebenarnya & lenyapkanlah cita-citanya hendak menjadi PM

Amin...Amin..

bzz berkata...

WAkakakakakaka....

Lawak bodoh sombong gile la mamat nih... Adoila... Mr Bean pun tak lawak macam nih...

Unknown berkata...

Wah...bukan main megahnya Anwar membilang nama pemimpin asing yg support dia..

Yang Si Anwar ini cerita kat orang kampung...Dia ingat org kg bodoh ke??? Sedarlah tembelang kau dh pecahh...

Ehhh nama best friend Anwar (Paul Wolfowitz)....tak sebut punnn.

Jong berkata...

Dari Utusan Malaysia hari ni: ruangan forum

Siapa Anwar, siapa Asghar Ali?

KERATAN akhbar Mail Today pada 13 Ogos 2008.

SEBUAH akhbar harian di India, Mail Today bertarikh 13 Ogos 2008 telah menyiarkan berita bergambar mengenai pernikahan pasangan Islam yang dilaksanakan oleh seorang kadi wanita dengan empat wanita sebagai saksi.

Pernikahan itu terlebih dahulu mendapat pandangan daripada beberapa orang yang mendakwa sebagai intelek Islam India termasuk Asghar Ali Engineer yang membenarkan pernikahan seperti itu.

Oleh kerana pernikahan itu bertentangan dengan ajaran Islam sebenar maka timbul persoalan siapa Asghar Ali? Apa fahamannya?

Dan turut menimbulkan persoalan ialah apa pula hubungan Asghar Ali dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Sebagai bukti, pada 16 Mei 2008, Anwar telah dijemput oleh Asghar Ali untuk memberi syarahan di Institut Pengajian Islam dan Pusat Masyarakat dan Sekularisme di Mumbai India.

Syarahan oleh Anwar itu dihadiri kira-kira 50 orang tetamu.

Kehadiran Anwar atas jemputan Asghar Ali dianggap sebagai rakan baik dan mereka mempunyai hubungan rapat.

Hanya orang yang mempunyai hubungan rapat sahaja dijemput memberi syarahan itu. Dalam hal ini, Anwar dilihat sebagai rakan baik Asghar Ali.

Timbul persoalan mengapa Anwar dijemput dan apakah FAHAMAN dan PENDIRIAN sebenar bekas Timbalan Perdana Menteri itu terhadap pegangan agama Asghar Ali yang membenarkan pernikahan sedemikian.

Asghar Ali memperlihatkan fahaman amat berbeza terhadap perkara-perkara yang dibenarkan oleh Islam.

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Asghar Ali berjudul 'What I Believe', beliau antara lain menyatakan:

''Saya berpegang kuat mempercayai bahawa setiap individu mempunyai hak untuk menukar agama mereka kepada agama lain tanpa sebarang halangan.''

Asghar Ali yang berasal dari masyarakat Bohra dan merupakan seorang pengikut Syiah, telah menulis lebih 40 buku.

Pada 2004, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai Setiausaha Agung Lembaga Pusat Dawoodi Bohra kerana mengkritik pelaksanaan badan agama tersebut.

Persoalan kini timbul mengenai hubungan Asghar Ali dan Anwar hingga membolehkan Anwar menyampaikan syarahan atas jemputan Asghar Ali.

Memang kita sukar menjawab mengenai hubungan Asghar Ali dan Anwar, juga sukar untuk mengetahui pendirian Anwar dan hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui.

Bagaimanapun, sebagai individu Islam yang dapat berfikir secara waras, apalah kiranya kita fikirkan sejenak mengenai pendirian sebenar Anwar yang berkawan dengan orang seperti Asghar Ali.

Saya juga ingin bertanya pada Anwar, apakah pendirian beliau mengenai pernikahan sedemikian.

Kenapa Anwar hadir memberi syarahan tersebut dan adakah ini menandakan sokongan beliau kepada Asghar Ali berhubung pernikahan itu?

Saya bimbang, jika Anwar ditakdirkan menjadi Perdana Menteri, dikhuatiri orang seperti Asghar Ali akan cuba mempromosikan pernikahan yang berlaku itu di negara ini.

Sebagai orang Islam, kita semua masih dapat menyelamatkan orang Melayu dan Islam di Malaysia sebelum terlambat.

Pada pembaca, saya minta fikirkan perkara ini. Pertimbangkan apa yang saya luahkan ini.

Pada masa sama untuk mengetahui siapa Asghar Ali, layari juga laman web http://en.wikipedia.org/wiki/Asghar_Ali_Engineer atau http://andromeda.rutgers.edu/~travakol/engineer/about.htm.

ANUAR

K. Lumpur

Kepoh berkata...

Boss saya ni, kalau saya kata bodoh, nanti dia marah, tapi selalunya dia memang bodoh sebab selalu main belakang.

Boss, tak payah la nak cerita nama-nama orang putih tu. Mana orang-orang kampung nak faham. Nanti meraka ingat boss nak lari duduk kat sana. Ialah, boss kan suka lari sana , lari sini. Baik boss cerita pasal duit yang kita nak bagi pada orang-orang kampung kalau kita menag. Orang-orang kampung memang suka dengar cerita pasal duit. Orang tak kampung pun suka. Saya lagi suka.

Bos, bos.

staflama berkata...

Anwar ni dah gila agaknya. Semua yang Tun buat nak di 180 darjah diterbaliknya. Nampaknya nanti agama pun nak di terbaliknya. Agaknya sebab kepercayaan kawan kawan dia termasuklah Asghar_Ali_ni kata boleh meliwat, dia pun meliwat. Especially kalau isteri tak mampu. Sebab tu Azizah ikut saja suami dia.

Ke Anwar dah gila sebab kena tumbuk sampai lebam sebiji mata dia. Sepatutnya dia tumbuh dua dua... supaya Anwar boleh jadi Panda.