MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Ogo 2008

Mahkamah tetapkan sebutan semula kes liwat Anwar 10 September 2008

07/08/2008 12:06pm

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang semula ke kediamannya di Bukit Segambut di sini pukul 11.49 pagi ini, tidak lama selepas didakwa atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari di Mahkamah Sesyen di Jalan Duta.

Ketibaannya bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya di rumah tersebut diiringi beberapa kenderaan yang berkonvoi dari mahkamah, disambut kira-kira 20 orang penyokongnya.

Beliau dan isteri serta anak-anak kemudian terus memasuki rumahnya sambil melambai tangan ke arah wartawan.

Sebelum itu, di mahkamah, Anwar mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful dan mendakwa mendakwa pertuduhan itu dibuat dengan niat jahat dan khianat.

Pertuduhan berbunyi: Anwar didakwa melakukan perbuatan itu pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

Hakim S.M. Komathy Suppiah memutuskan membenarkan Anwar diikat jamin RM20,000 dengan bon jaminan peribadi .

Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula pada 10 September ini untuk memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi.

Artikel asal Utusan Online

6 ulasan:

Unknown berkata...

Ala setakat RM20 ribu tu mcm RM2 jer bagi Anwar....Amerika kan banyak bagi dana kat Anwar..

Unknown berkata...

Alahai sedihnya...pengikut anuwar hanya 20 orang je.Mana pegi pengikut2 yg selalu dilaporkan jika anuwar berceramah sampai 50,000 orang?

Hu,hu...orang dah tak peduli pasal ko anuwar...kesian...kesian

jibraundalambotol berkata...

cik kiah,

20 org tu keje shift petang la. Yg ramai2 lagi keje pagi. ko ni keje ke tak, habiskan masa tgk internet, siap bagi komen lak tu.

ko ni makan gaji buto ke, baik ko amik cuti je hari ni.

jgn marah.

zek berkata...

Tahun 98 dulu agaknya org tak kijer shift agaknya. tu pasal ramai leh support si nuar nih. Sekarang ni kerajaan dh sekat . Almaklum konspirasi dengkikan si nuar la katakan.

NORA berkata...

A ah ... betullah Zek .... Itu semua konspirasi. Memang ramai yang dengki kat Nuar ni. Dia kan ramai peminat, hensem, suara menggoda.... aduh, bisa menggetarkan perasaan. Sebab tu ramai yang dengki. Tapi aku cakap pasal Anwar Zain ... wakakaka

Prof Sirap berkata...

Mohd najib..

aku rase ko yg patut amik cuti. pg tgk bang nuar tu.. kesian dia, dh tkde ramai penyokong..hahaha

tk pun ko jd setiusaha sulit bang nuar.. masyukk oooo.. hahahaha