Abdul Rahim Sabri | Aug 4, 08 1:18pm
Dua sarjana dalam bidang pemikiran dan sejarah Islam dari Amerika Syarikat mengecam tindakan polis menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkannya sebagai "bermotifkan politik".
John L Esposito dan John O Voll berkata tangkapan terhadap Anwar berhubung siasatan kes liwat bulan lalu itu dibuat setelah PKR menang besar dalam pilihanraya umum Mac lalu dan tidak sampai 24 jam setelah beliau mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam satu pilihanraya kecil.
Sarjana di Georgetown University menambah, kes terbaru ini "ulang tayang" peristiwa 1998 sewaktu Anwar dipenjarakan selama enam tahun yang telah mencemarkan kewibawaan kerajaan Malaysia, pasukan polis dan sistem kehakiman di mata masyarakat dunia.
"Kempen memburuk-burukkan (Anwar) boleh menggugat nama baik perdana menteri dan memburukkan politik pilihanraya, kedaulatan undang-undang dan demokrasi," kata dua sarjana itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Tambah mereka lagi, Anwar selama ini mempunyai rekod cemerlang sebagai seorang ahli politik dan intelektual awam yang popular serta berkesan.
"Sumbangan, pencapaian dan integriti beliau telah diiktiraf di Malaysia, dunia Islam dan masyarakat antarabangsa," kata Esposito dan Voll.
Sementara itu, Esposito dijadual tiba ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan satu syarahan bertajuk 'Masa Depan Islam: reformasi atau membeku?'
Pengasas pusat persefahaman Muslim-Kristian di kampus itu akan membentangkan analisisnya pada petang 9 Ogos di Hotel Crown Princess.
Pengarang lebih 35 buku itu, termasuk yang diharamkan di Malaysia, hadir atas undangan Sisters-in-Islam (SIS).
Buku terbarunya Who Speaks for Islam? What a billion Muslims really think, manakala What Everyone Needs to Know About Islam dilarang oleh Kementerian Dalam Negeri pada 2006.
baca sumber asal di malaysiakini
5 ulasan:
Maklumat tambahan :-
Anwar Ibrahim juga dilantik sebagai Fellow Pelawat di Centre for Muslim-Christian Understanding,Georgetown University, Amerika Syarikat pada 2006.
Anwar dilantik oleh John L. Esposito, Pengarah pusat tersebut yang berketurunan Yahudi. Esposito mendapat dana dari Amerika Syarikat yang ditugaskan untuk mengkaji & menakluk negara-negara Islam di Timur Tengah, Iraq dan Afghanistan.
apsal anwar ramai sgt kawan dia from US?
apsal dia xder kawan from ulama2 terkenal from negara arab ke,etc..?
Ulama2 yg dia kenal pun sumer dari US?
Kalu ikut kronologi perjuangan anwar, mmg anwar ni suka ikut 'issue semasa'. dulu islam issue hot, dia perjuangkan islam, skang ni issue kerajaan korup/keadilan, dia pun konon2nya pejuangkan keadilan dan juga equality among race...mcm ler PR tu clean,xder rasuah,kronisme,etc....pejuangan islam entah kemana...
Anwar ni agent CIA laa... Lu talak baca itu artikel sebelum ini kaa. Itu pasal Anwar manyak senang keluar masuk itu ofis CIA yg dikawal ketat. Olang lain susah mau masuk ofis CIA, tapi itu Anwar manyak senang.
anuwar ni pemimpin yang tak ada jati diri.pemimpin 'current issues'
and apportunist
Bukan macam tu.. Wa nampak semenjak itu Anwar sulah kena campak lalam longkang oleh Mahathir, wa nampak itu Anwar selupa macam itu olang sasau mati anak lor. Lari sana ... lari sini talak tentu arah sambil kasi jerit sana jerit sini... itu macam perempuan meroyan mati anak lor.. Itu serupa "mana anakku... mana anakku.. mana anakku..." atau kalau itu Anwar punya version "mana jawatan PM ku.. mana jawatan PM ku... mana jawatan PM ku..". Hanya olang gila saja mau sokong sama olang gila ini macam.
Catat Ulasan