Bagi mereka yang kurang tahu sejarah… Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekarang,Datuk Hamzah Zainuddin pernah rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masa beliau Timbalan Perdana Menteri dulu.
Rabu Penasihat PKR itu telah memberi tempoh 48 jam kepada Hamzah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO memohon maaf kepadanya jika tidak surat saman RM10 juta akan sampai.
Ini gara-gara kenyataan Hamzah yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Jit Poh mendakwa Anwar pernah cuba ‘ganggu’ isterinya pada tahun 1998 walaupun mereka merupakan sahabat baik ketika itu.
Kerana itu beliau juga dipetik sebagai menyeru para pengundi di Permatang Pauh agar tidak memilih Anwar.
Anwar menghantar surat tuntutan mohon maaf itu menerusi peguamnya Sankara Nair.
Apakah reaksi Hamzah ketika tempoh 48 jam itu makin hampir tamat.
Ketika dihubungi Agendadaily petang Khamis beliau dengan nada suara bersahaja mencabar Anwar samannya.
“Biar dia tunggu 48 jam…kita tengok selepas 48 jam apa dia nak buat. Pasal apa saya nak minta maaf… dia yang buat perangai.
“Kalau dia nak saman saya, bawalah kes ini ke mahkamah di sana nanti saya akan kemukakan semua bukti…kita ada pita rakaman dan saksi. Saya tidak takut apa pun,” kata Hamzah.
“Lawan tetap lawan,” katanya sambil mempertahankan dakwaannya bahawa insiden ‘ kacau bini ’ itu memang benar-benar berlaku.- 21/8/2008
baca artikel asal di agendadaily.com
7 ulasan:
Dato Hamzah tu bukan baik sangat.Dulu dia janji nak bagi RM 400,000 untuk projek bina masjid kat sebelah Hospital Ipoh. Lepas dapat publisiti kononnya murah hati nak bina mesjid, sampai sudah dia tak bagi satu sen pun. AJK bina masjid dibuat macam kucing kurap bila cuba tuntut duit tu.
Macam mana org mcm ni boleh diterima oleh UMNO sampai jadi timbalan menteri...
Biasalah jika kamu jadi DPM...Suadah tak jadi..orang akan cakap bukan-bukan..mungkin si isteri tu perempuan simapanan...tentu ada dapat komisen
bawa ke mahkamah pun x guna..anwar dah kata mahkamah memihak kepada kerajaan,kan ?
saya cadangkan ..kalau anwar tak saman pun..kena dedah juga kes kacau bini orang ni...ada saksi...ada pita rakaman lagi....kalau boleh buat pendedahan di permatang pauh depan khemah atau dewan pkr...
anwar ni bab mengorat..mesti la power...ayat-ayat dia memang power gila...tangkap cintan,lemah longlai dibuatnya(ijazah sastera la katakan...)...tu sebab azizah percaya separuh mati kat dia,tapi anaknya si ehsan...rasa-rasanya dah hilang kepercayaan pada nuar ni...
kepada sesiapa yang ada buahtangan untuk anwar seperti kes kacau bini orang...dialu-alukan menghulurkannya sekarang untuk membantu menjatuhkan si nuar ni...
apapun pengikut taksubnya...tetap mendewa-dewakan nuar...contohnya bila kita kata anwar rasuah...diaorang kata menteri umno rasuah juga...kita kata anwar kacau bini orang dia kata orang tu waktu dia jadi bla-bla dia menipu,janji tak tunai...bla-bla...kita suruh nuar sumpah...dia kata kenapa najib tak sumpah..bila najib bersumpah...pengikut dia kata tak payah sumpah sebab nuar ikut fatwa tu fatwa ni...banyak la auta kau orang nak bela nuar ni...
ayat power nuar waktu cakap dengan nirmala pasal beli hadiah jam dan nirmala tak nak lagi teruskan hubungan sulit dengan anwar tu kenapa tak ada dalam bolok ni? kalau tengok dalam you tube tu ada.
korang pun jangan sembang je pung pang..kalau betul bukti cukup, kenapa x tunjukkan..kalau setakat rakaman suara je, budak darjah 1 sekolah kat kampung aku boleh la percaya.ini bukti pun ntah sahih ntah tidak, melulu nak percaya..xcukup dgn tu pulak nak srh orang lain pun percaya jugak,kurang2 tunjuk lah gambar ke,video ke,'TILAM' lagi ke, baru orang boleh percaya.wake up la my fren, ingat orang skang ni xde otak ke nak pikir..kalau isu orang kerajaan yang dah terpampang gambar tu xnak pulak percaya..ape pun cara korang nak jatuh kan Datuk seri maybe dah terlambat sebab orang ramai dah mula sedar..cuma ade serpihan je lagi yang bukan xsedar,tapi TAK NAK SEDAR-SEDAR..penyokong PR bukannye bodoh nak percaya benda2 yang simple macam ni..agaknye orang2 macam ni kot yang selalu kena tipu ngan skim cepat kaya/sms agaknye..tapi ape pun sokongan xberbelah bagi kepada datuk seri dan saya ucapkan semoga PRK kali ini PKR mendapt majoriti lebih tinggi.walaupun pihak lawan menggunakan taktik yang amat kotor..LAWAN TATAP LAWAN...
ABU = ABYTHING BUT UN-WAR!
Saudara Justice,
Teruskan sokongan padu yang tak berbelahbagi tu. Memang la. Penyokong taksub macam kita ni tidak akan sokong orang lain sebab kita sudah bagai cipan dicucuk hidung. Susah mau buka fikiran kita walaupun sudah didedahkan dengan pelbagai bukti. Masalah utama ialah kita tak mahu berfikir.
Jangan nak sebut pasal orang UMNO yang melompat ke PKR, tapi kena kaji juga berapa orang PKR yang sudah lompat ke BN atau parti lain. Bandingkan statistik penyokong tahun 1998 dengan tahun 2008. Pilihanraya kita menang sebab Boss kita ampu HINDRAF, janji mau kasi tanah pada Cina, mau hapus DEB, mau kasi hak sama rata pada semua kaum.
Mestila dapat sokongan. Tapi kalau dari orang Melayu, minta maaf.
Saya sudah cakap sama boss, kalau dia jadi PM dan tidak tunaikan janji. sikit masa dia kena guling.
Catat Ulasan