MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Ogo 2008

Anwar ke Parlimen esok walaupun belum angkat sumpah


Anwar ke Parlimen esok walaupun belum angkat sumpah

Aug 26, 08 10:26pm
Walaupun berdepan kemungkinan tidak akan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ahli parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan ke Parlimen esok selepas menang kerusi Permatang Pauh malam ini.

"Insya Allah, seandainya diizinkan dan jika tiada aral, saya akan melangkah masuk ke Parlimen seawal hari esok dengan menggalas harapan rakyat keseluruhannya," katanya di blognya sewaktu menunggu keputusan rasmi pilihanraya kecil tersebut.

"Saya ucap terima kasih atas kesudian dan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh yang memberikan undi kepada saya.

"Di sebalik pelbagai bentuk intimidasi yang dilaksanakan oleh Umno-BN, keberanian rakyat untuk menerobos halangan ini sangat dihargai."

Keputusan rasmi Anwar (foto, paling kanan) mendapat majoriti besar sebanyak 15,671 undi diketahui kira-kira 9.45 malam di pusat penjumlahan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tidak lama kemudian.

Penasihat PKR mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Majoriti undi PKR kali ini lebih tinggi daripada yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihanraya umum Mac lepas.

Kira-kira 81.1 peratus daripada 58,49 pemilih di Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata majlis angkat sumpah tidak perlu disegerakan dalam minggu ini, walaupun Dewan Rakyat sedang bersidang khususnya untuk pembentangan Bajet 2009 pada Jumaat.

Pandikar Amin juga berkata ahli parlimen baru itu boleh berbuat demikian dalam sesi persidangan dewan yang akan berlangsung semula pertengahan Oktober ini.

"Tiada keperluan untuk beliau mengangkat sumpah dengan segera. Bukannya ada perebutan kuasa," Pandikar Amin dipetik berkata.

"Mengapa perlu tergesa-gesa. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa orang yang menang pilihanraya itu akan terburu-buru datang dan berbahas dengan Speaker dan angkat sumpah.

"Ada sebulan lebih untuk sesiapa yang menang untuk kita tetapkan bila angkat sumpah, supaya ahli parlimen berkenaan boleh mengambil bahagian dalam perbahasan bajet, tetapi saya sudah bersiap sedia untuk segala-galanya."

baca artikel asal di Malaysiakini.com

5 ulasan:

Stan berkata...

Mampoi lah Pandikar ini..Bersiap sedia serangan bertubi-tubi...

Unknown berkata...

Anwar dah betul2 x sabar nak msk parlimen.....jangan terlalu gila kuasa, blm angkat sumpah dah...dh tak sabar nk berdebat....Lawan Tetap Lawan

wokyoh berkata...

memang tak sabar nak masuk parlimen....sebab banyak kes mahkamah dok tunggu.....mungkin tahun ni dan tahun depan akan banyak masa habis dengan bersidang di mahkamah dan seterusnya akan masuk sekali lagi penjara....

Unknown berkata...

Nampak sangat anuwar ni tak sabar2 nak menghentam pihak lawannya & bukannya nak bawa suara rakyat yang digalasnya.

Dendam kesumat sentiasa ada dihatinya.Ingatlah anuwar, jangan kamu terlalu gembira dengan berita kemenangan ini.Gembira hari ini belum tentu berpanjangan rasanya.Esok lusa mungkin diganti 'kegembiraan' yang lain.

Belajarlah bersyukur apa yang telah dikurniakan olehNya,jangan pula setelah ditarik nikmat itu barulah mula mahu belajar bersyukur.

Health Site berkata...

tak baik la kita kutuk anwar ke kutuk bn ke..adat bertanding mesti la ada menang kalah..lagi pun kita ni sesama Islam tak baik fanatik pada sesuatu pihak..yang baik kita ambik..yang buruk kita tinggalkan..kerana sikap orang Islam yang fanatik melampau ni la yang buat umat Islam seluruh dunia ni hancur..cuba kita tengok dan apa jadi pada negara Islam ni:Palestin, Pakistan, Afghanistan, Iraq, Somalia dan beberapa negara lagi yang hancur dek tangan orang Islam sendiri akibat fanatik kepada kumpulan masing-masing dan bercakaran sesama sendiri..bila kita lemah senang la musuh kita nak lanyak kita!! mintak umat Islam kat negara kita ni jangan la fanatik melampau macam tu..renung-renungkan la.