"Esok saya akan menghadapi pertuduhan fitnah yang saya tidak lakukan, tuduhan yang digunakan untuk aibkan sama seperti pada tahun 98 dan 99," kata beliau pada sidang akhbar kira-kira pukul 3.15 petang ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.
Beliau akan diwakili pasukan sembilan peguam termasuk R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli dan Sulaiman Abdullah.
Dengan ditemani ahli keluarga termasuk isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR dan pasukan peguamnya, Anwar memberitahu, beliau menerima sapina daripada polis kira-kira sejam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumakn tarikh pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau tetap akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut walaupun ditahan dalam lokap sementara menanti perbicaraan kelak.
Anwar dijangka didakwa di bawah Seksyen 377A ataupun Seksyen 377C Kanun Keseksaan, berkaitan dengan perbuatan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 377A, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dirotan manakala Seksyen 377C pula membawa hukuman tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman dirotan.
Seksyen 377A dan 377C tidak membenarkan jamin diberikan. Bagaimanapun di bawah Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah boleh membenarkan jamin.
Dengan suara yang kelihatan 'agak sedih' di peringkat awal ketika membacakan kenyataan akhbar yang disediakan, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengulangi bahawa tuduhan yang bakal hadapi esok - kali kedua dalam tempoh 10 tahun - merupakan satu lagi konspirasi politik kerajaan.
"Keputusan (membawa ke mahkamah) tidak mungkin berlaku tanpa arahan peribadi Perdana Menteri.
"Saya mendapat maklumat siasatan (dakwaan meliwat ini) menghadapi banyak masalah kerana tidak cukup bukti," katanya.
Anwar menambah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menggunakan kesnya itu untuk mengalih perhatian daripada masalah-masalah yang dihadapinya.
"Hari ini Perdana Menteri ada krisis kepimpinan dan keyakinan semakin merudum," katanya lagi.
Terdahulu, Ketua Jabatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin mengesahkan bahawa pegawai penyiasatnya, ASP Jude Pereira telah pergi ke rumah Anwar untuk menyampaikan sapina tersebut.
Ketika ditanya apakah kandungan sapina berkenaan, Bakri bagaimanapun enggan mengulas.
"Maaf saya tidak boleh mendedahkan apa kandungan sapina tersebut," kata beliau ketika dihubungi mStar Online hari ini.
baca artikel asal di mstar.com
4 ulasan:
sapa yang fitnah siapa?Kalau untuk hang semua fitnah..! habis yang hang Fitnah Tan Sri Musa Hassan,Tan Sri Ghani Patail,Datuk Seri Najib,Tun Mahatdhir,Tuan Guru Nik Aziz dan banyak lagi x larat aku nak karang hang panggil apa ?.Kalau ada bukti mereka terlibat dalam konspirasi sila jelaskan.Kalau penjelasan x diterima dalam masa 48jam aku gelar hang ANWAR DAJJAL LAKNATTULLAH.....!!!!
Aikk... wa talak paham lor... Dulu kata itu Najib bikin fitnah.. Sikalang Pak Lah pulak?? Haiyaa.. mana satu yg betul lor... Wa manyak konpius.
Itu Pak Lah walaupun talak bagus jadi PM, dia talak pernah mau aniaya olang lor. Pak Lah itu very naive punya olang. Ini nampak jelas lor itu Anwar cuba reka itu konspirasi lor.
Wa manyak helan... apa pasal lamai olang buta mata talak nampak itu Anwar manyak salah?
Perlu ker nak dibela sampai guna 9 peguam. Kes tahun 1998 juga Anwar telah dibicarakan selama 9 bulan menggunakan 9 peguam. Tapi akhirnya Anwar tetap didapati bersalah walaupun telah dilepaskan oleh mahkamah rayuan. Apasal laa punya bodoh org2 PKR ni yer. Dia orang ingat bila Anwar telah dibebaskan oleh mahkamah itu bukti Anwar tidak bersalah. Tapi dia org tak dengar apa hakim mahkamah bagitahu semasa Anwar dibebaskan. Taksub nak mampus. Anwar ni dah jadi macam Ayah Pin.. pengikut2 Ayah Pin semuanya taksub kat Ayah Pin.
Haiiya Ah Chai, gimmick mesti la nak kena lebih, dia punya pengikut suka itu over-over, kasi gempak. Dia bilang dia tak salah. Sudah buat keputusan untuk mahkamah. Tapi kenapa 20 orang saja yang sambut masa balik? Adakah petanda sokongan PKR sudah makin lemah.... dan ramai yang sudah mula berfikir.
Catat Ulasan