MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Ogo 2008

Anwar ambil RM60 juta duit judi - Nalakaruppan


Anwar ambil RM60 juta duit judi - Nalakaruppan


Teman sepermainan tenis Anwar, Datuk S. Nalakaruppan Jumaat malam mendedahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengambil wang sebanyak RM60 juta daripada syarikat judi Magnum Corporation. Bagaimanapun katanya, beliau tidak tahu wang itu digunakan untuk apa.

Beliau berkata pendedahan ini dibuat kerana rasa cintakan negara ini dan tidak mahu pemimpin yang tidak boleh dipercayai menerajui negara ini.

"Saya sudah buat salah dulu (kepada rakyat), saya mahu minta maaf kerana mengikut Anwar dahulu," katanya.

Ekoran pendedahannya itu Nalakaruppan awal pagi ini menerima 10 SMS ugutan yang memintanya meninggalkan Permatang Pauh. Selain itu, Nalakaruppan juga berkata, beliau ada menyimpan lima rakaman video di luar negara yang dikatakan ada kiatan dengan Anwar. Katanya beliau sedia membawa pita video itu balik ke Malaysia sekiranya berlaku sesuatu kepada dirinya.

baca artikel asal di agendadaily.com

4 ulasan:

wokyoh berkata...

bagus la tu kalau nalla sudah mengaku salah...jadi kami maafkan dia...cuma kalau nalla boleh bawa balik 5 rakaman video anwar kat luar negara tu...baru la kita orang betul-betul maafkan nalla...tolong keluarkan pita itu sekarang..dengan kamu pun ada 2 pita yang telah kamu tunjukkan pada ezam sebelum ezam tinggalkan pkr....boleh hantar terus ke AIDC atau kirimkan saja kepada saudara stan..... kita orang pun nak tengok juga...

Kepoh berkata...

wallawei. satu-satu bekas orang kuat boss saya sudah mengaku salah. jadi saya kena mengaku bersalah juga? saya ada video terbaru boss saya berlakon. Itu cerita Lord of the ring, boss saya jadi itu Golum, amat segak.

Ameera berkata...

Salammm...

Datuk Nalla, kalau nak tunggu apa-apa berlaku, alamat tak sampai2 la video tu ke Malaysia. Nuar tu bukannya goblok, dia pun ada banyak kaki2 yang power... boleh hapus bukti, sorok bukti, create bukti, ubah bukti dan macam-macam lagi.

Tak payah nak main tarik rambut dalam tepung, dedahkan saja video tu. Rakyat Malaysia semua nak tahu kesudahannya. Jangan ikut cara beliau, ada bukti itu, ada bukti ini, tapi yang ada, air liur basi saja.

Jadi, dedahkan video-video itu..

NORA berkata...

Dalam satu riwayat disampaikan Ibn Mardawaihi daripada Ibn Abbas bahawa seorang sahabat Rasulullah, Saad Ibn Abu Waqqas memohon Baginda memohon kepada Allah supaya apa saja doa disampaikannya kepada Tuhan, supaya dikabulkan.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangannya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, tidaklah akan diterima amalnya selama empat puluh hari. Barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari harta yang haram dan riba, maka api lebih baik baginya.”

Hadis ini sudah tentu menggerunkan hati kita menjauhi makanan haram dan makanan daripada sumber haram. Seandainya ingin doa dimakbul Allah, maka kita perlu menjaga makanan yang disuap ke mulut kita.

Perut dipenuhi makanan yang haram akan mempengaruhi jiwa. Seharusnya pengajaran hadis Rasulullah dijadikan iktibar untuk kita memperhalusi jika selama ini doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah.

Perincikan di mana salah kita, pekerjaan, makanan dan adakah kita berusaha di dalam hidup ini hanya sekadar untuk memenuhi perut kita? Bagaimana mungkin hati yang kotor akan dikabulkan doanya, perut terisi makanan haram dapat menjelmakan peribadi yang salih?