29 Ogos, 2008 18:08 PM
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Duta Besar Amerika ke Malaysia James R. Keith hari ini menyampaikan ucapan selamat kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara hujung mingu ini.
"Bagi pihak kedutaan Amerika di Kuala Lumpur, saya ingin menyampaikan ucap selamat kepada negara yang gemilang ini, yang akan menyambut ulang tahun ke-51 pada hari Ahad, 31 Ogos ini.
"Amerika benar-benar berhasrat meneruskan hubungan yang akrab dengan Malaysia," menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu pejabat kedutaan Amerika di sini akan ditutup pada hari Isnin, 1 September, bagi meraikan Hari Pekerja, iaitu hari cuti nasional di Amerika.
Semua perkhidmatan kedutaan, termasuk visa dan pasport Amerika, serta perkhidmatan notary, akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Selasa.
sumber : bernama
1 ulasan:
ketahuilah bangsaku....amerika bukan sahaja berhasrat untuk meneruskan hubungan yang akrab dengan malaysia...tetapi telah berjaya sebenarnya menguasai malaysia secara halus melalui proksi mereka tanpa pertumpahan darah dan segala rancangan jahat mereka ditutupi oleh pelakon sandiwara banjingan mereka yang bertopengkan islam dan demokrasi barat...
pengertian tentang islam ..mereka telah ciptakan satu definisi baru...iaitu islam moderate...dimana islam moderate ini tidak ada dalam mana-mana hadis atau isi kandungan al-qur an...mereka selalu mengkaji islam...dengan hanya satu tujuan...untuk menghancurleburkan islam melalui tangan-tangan orang islam sendiri agar tidak nampak kesan campurtangan jahat mereka yang sebenar dibalik tabir....
jika ada orang islam seperti anwar telah diiktiraf sebagai seorang tokoh islam moderate...maka telah terbukti mereka telah memperkudakan anwar demi mencapai hasrat jahat mereka....
penjajahan dalam bentuk baru oleh zionis telah bermula dan kita akan lihat satu persatu natijahnya nanti....
sesungguhnya kemerdekaan tiada ertinya kepada mereka yang masih terjajah....apa lagi untuk menyambutnya dan melaungkan ucapan keramat "merdeka" itu....
biasanya sejarah ditulis oleh mereka yang menang....
sesungguhnya banyak sejarah dunia telah diubah oleh zionis...maka jadilah kita penganut sejarah yang sesat dan sering mengagung-agungkan penjajah....
sejarah melayu yang ditulis oleh tun sri lanang...sudah beberapa kali diubah suai oleh sir stanford raffles di singapura malah lebih awal daripada itu telah di bawa ke London untuk diubah suai...
untuk apakah semua itu wahai bangsaku???...saya ulangi semula...biasanya sejarah ditulis oleh mereka yang menang....
kini sejarah bakal berulang....apa yang mereka mahukan ialah... selat melaka...
mereka juga sangat mengidam untuk menakluk semula "semenanjung emas" ini....
maka....makna melayu....
MELAYU= PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERAGAMA ISLAM.... ini tidak pernah ada dalam mana-mana sejarah!!!
Catat Ulasan