26/08/2008 12:59pm
BUKIT MERTAJAM 26 Ogos – Sebanyak 30.6 peratus pengundi telah keluar untuk menunaikan tanggungjawab bagi memilih Ahli Parlimen Permatang Pauh di 25 pusat pengundian yang disediakan di sini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor berkata, peratusan itu diperolehi setakat pukul 11 pagi ini.
``Keadaan di semua pusat pengundian adalah terkawal namun orang ramai dinasihatkan supaya keluar mengundi lebih awal disebabkan ramalan cuaca yang tidak menentu hari ini,'' katanya. - Utusan
baca artikel asal di utusan malaysia
1 ulasan:
berita lanjut ?
http://beritamalaysiakini.wordpress.com
Catat Ulasan