MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Jul 2008

VIDEO:Komen Syed Hamid Albar tentang Anwar


+++++Tidak perlu klik selanjutnya. Video hanya sampai di sini.+++++





3 ulasan:

ujangmuiz berkata...

Sebenarnya DSAI memang dari dulu lagi bersikap sedemikian.

Dia memang tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin negara kerana sikap dan keperibadian beliau.

Saya amat berharap setiap penyokong PKR dapat menggunakan akal fikiran yang waras untuk menilai pemimpin mereka ini agar begar kita tidak tergadai satu hari nanti.

Betapa susah Tun menghilangkan keraguan rakyat terhadap kerajaan selama ini sehingga BN mendapat sokongan besar pada PRU 11. Namun ianya dihancurkan oleh Perdana Menteri kita sekarang sehingga kita kehilangan 4 negeri dan 1 wilayah.

Silap siapa lagi sehingga rakyat menolak untuk menyokong UMNO & BN.
Dahulu pembangkang kehabisan isu kerana segalanya telah ditangani dengan baik oleh Tun. Sekarang, belum habis satu isu, keluar lagi 3 isu. Bila boleh habis? Sekiranya keadaan ini berterusan habislah generasi kita yang akan datang.

Sekarang ini pun kita dah dapat bahananya dengan keputusan kerajaan untuk mengubah jumlah pengagihan biasiswa antara bumiputera dan kaum lain.

Betapa risaunya saya memikirkan nasib generasi selepas saya.

NTanwar berkata...

02 July 2008
Pintu Belakang Untuk Oportunis
Sungguh, amat berharap kegelisahan kita ini lekas berakhir. Seperti anda, kita juga tidak berani untuk percaya sebarang tuduhan liar. Kita mengira ruang keadilan dalam agama yang haq ini begitu luas untuk semua pihak. Islam tidak menjatuhkan hukuman terlalu cepat. Pertimbangannya ada. Sebagai muslim kita harus kembali kepada Allah (al-Quran) dan Rasulullah saw (sunnah).

Dan yang paling tidak suka kita kembali kepada agama, ialah 'iblis dunia'. Kita gelisah apabila Amerika Syarikat mulai bersuara. Kita benar-benar kurang senang bila setan besar ini 'menyemak' urusan rumahtangga kita. Rekod campur tangan Amerika di negara-negara umat Islam dan negara yang ingin dibulinya tidak menarik sama sekali. Malah rekod Amerika sendiri terhadap warganya tidak dapat dipertanggungjawabkan.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat Tom Casey kelihatan sibuk 'memerhati': "So we would hope that there's not a pattern here. Washington would be concerned about 'anything that was a politically motivated investigation or prosecution'."

Moga-moga keadaan akan kembali waras, aman, dan permainan politik dimainkan dengan cara sebenar di gelanggang sebenar. Ya, permainan politik pintu hadapan untuk kesejahteraan rakyat pelbagai agama dan kaum.

Sebagai seniman, antara lain tugas kita ialah untuk bersama merasai dan menyuarakan keresahan awam. Keresahan yang jelas ialah tekanan hidup akibat harga minyak dan barang makanan. Moga ia tetap menjadi renungan penguasa di tengah kesibukan drama politik yang tidak menentu ini. Dan semoga tiada oportunis dapat mengambil peluang oleh keresahan ekonomi dan politik ini. Oportunis yang mengintai kekayaan uranium banjaran Titiwangsa kerana wanginya ia tercium jauh. Mungkin, mungkin sejauh Tel Aviv.

Faisal Tehrani
http://tehranifaisal.blogspot.com/2008/07/pintu-belakang-untuk-oportunis.html

NTanwar berkata...

ARKIB : 02/07/2008
Hisham pelik AS hanya minat pasal Anwar

Oleh AMRAN MULUP

KUALA LUMPUR 1 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melahirkan rasa pelik dengan sikap Amerika Syarikat (AS) yang hanya campur tangan dalam kes-kes mahkamah di Malaysia apabila ia melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, sikap AS yang hanya menjurus kepada pihak tertentu jelas mempunyai tujuan tersembunyi.

“Kenapa AS hanya bersikap campur tangan dalam kes-kes yang melibatkan Anwar? Kenapa mereka tidak cuba campur tangan dalam hal-hal lain dan kes orang lain?

“Bagi saya, sikap AS ini memang agak pelik dan menjadi tanda tanya... nampaknya mereka memilih kes dan isu tertentu,’’ katanya di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas kenyataan pentadbiran AS semalam yang menyatakan ia menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar yang bermotifkan politik.

“Sudah pasti (kita) akan menentang sebarang penguatkuasaan undang-undang atau prosedur kehakiman atau apa juga yang tidak mengikut undang-undang.

“Perkara utama bagi kami adalah kedaulatan undang-undang mengatasi politik,’’ kata jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey.

Pentadbiran AS memberikan reaksi itu selepas seorang pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, menuduh Anwar, 60, meliwatnya beberapa kali, satu tuduhan yang dinafikan oleh Anwar.

Ini merupakan kali kedua bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa terlibat dalam jenayah seks luar tabii selepas tuduhan sama 10 tahun lalu yang turut mendapat simpati AS.

Menurut Hishammuddin, Washington tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan perundangan negara lain termasuk dalam kes dakwaan liwat melibatkan Anwar.

AS, katanya, tidak boleh mempertikaikan kewibawaan perundangan Malaysia serta siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara ini dalam kes tersebut.

“Pemuda UMNO menentang sekeras-kerasnya campur tangan AS ini,’’ tegas Menteri Pelajaran itu.

Beliau memberitahu, Pemuda UMNO mahu siasatan dakwaan liwat melibatkan Anwar dijalankan dengan ketelusan dan keterbukaan tanpa pembabitan pihak lain.

“Pemuda juga mahu pemeriksaan kesihatan ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar dijalankan dengan telus dan terbuka.

“Kalau boleh hasil laporan penuh pemeriksaan tersebut perlu didedahkan kepada umum,’’ katanya.

Beliau kecewa dengan tuduhan pihak pembangkang yang membuat andaian dakwaan liwat itu adalah konspirasi kerajaan.

Hishammuddin menasihatkan semua pihak memberi peluang kepada polis bagi mengetahui kebenaran kes itu.

Utusan Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0702&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm