MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Jul 2008

Titik mula Anwar dicurigai...


Titik mula Anwar dicurigai..


Saya amat menghormati Dato Seri Anwar Ibrahim dan saya adalah orang yang paling lantang memperjuang kan nasib Anwar sejurus selepas Anwar di pecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya tidak berharap apa-apa balasan memperjuangkan bersama-sama beliau tetapi lebih kepada untuk mendapatkan keadilan kerana saya percaya Anwar tidak bersalah diatas beberapa tuduhan yang telah dilemparkan kepada beliau.

Secara peribadinya, saudara Anwar sememangnya tidak mengenali saya tetap saya amat teruja untuk membantu beliau yang dilihat seperti teraniaya. Pada satu ketika saya amat berharap saudara Anwar akan menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dengan ciri-ciri warak dan alim sudah cukup untuk menyakinkan saya bahawa Anwar adalah seorang pemimpin yang akan membawa rakyat Malaysia khususnya orang Melayu menuju kearah yang lebih maju dari segi agama, ekonomi dan sosial.

Namun semenjak saya mengikuti perkembangan saudara Anwar dari sehari ke sehari, beberapa tindakan beliau dilihat seperti tidak menunjukkan apa yang saya fikirkan sebelum ini. Semenjak beliau dipenjarakan, beberapa usaha beliau untuk meminta bantuan pihak luar dalam usaha untuk memberikan tekanan kepada kerajaan Malaysia adalah satu usaha yang boleh dilabelkan sebagai 'pengkhianat negara'.

Apakah tujuan anwar sebenarnya yang memburukkan Negara sendiri di luar Negara, sebuah Negara yang memberikan beliau tempat untuk berteduh, mendapatkan pendidikan serta membesarkan anak-beliau dan tapak beliau untuk menceburi diri dalam bidang politik sehingga menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri.

Apakah Anwar ingin melihat kehancuran Negara sendiri semata-mata untuk mencapai cita-cita beliau sebagai Perdana Menteri? Apakah rakyat Malaysia boleh menerima seorang Perdana Menteri melalui hasil campur tangan orang luar seperti apa yang berlaku kepada Iraq yang sehingga sekarang tiada kesudahan untuk membentuk sebuah kerajaan yang boleh membela rakyat mereka walaupun Perdana Menteri baru telah dilantik bagi menggantikan mantan Presiden Saddam Hussien? Apakah Negara ini akan menjadi lebih maju berbanding sekarang jika beliau dilantik sebagai Perdana Menteri setelah berlakunya HURU-HARA ke atas Negara yang dicintai ini. Renung-renungkanlah……



Terbaru, dalam isu HINDRAF, Anwar dilihat cuba menjadi HERO kepada kaum India di mana seperti yang kita tahu motif perjuangan HINDRAF adalah untuk menafikan hak orang melayu yang selama ini tidak pernah dipertikaikan oleh kaum lain. Apakah tujuan utama beliau yang sanggup memberikan sokongan kepada seorang peguam yang juga penaung HINDRAF di Klang sewaktu P. Uthayakumar dihadapkan ke mahkamah. Kenapa beliau tidak memperjuangkan dahulu nasib orang Melayu berbanding kaum India? Mengapakah beliau tidak memperjuangkan nasib kaum India sebelum isu HINDRAF ini timbul? Inikah yang dikatakan seorang pemimpin yang kita agung-agungkan selama ini? Fikir-fikirkanlah….

Sebagai rakyat biasa, kita tidak mudah tertipu dengan lakonan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim selama ini. Pernah satu ketika dahulu Anwar pernah berkata akan mendedahkan bukti-bukti penyelewengan kerajaan kepada umum dengan mengatakan yang beliau mempunyai berkotak-kotak dokumen rahsia kerajaan. Namun sehingga ke hari ini bukti-bukti tersebut tidak dikemukakan.



Antara lakonan yang tidak dapat diterima adalah lakonan beliau sewaktu beliau mengunjungi pusara arwah bondanya dengan berkerusi roda di mana beliau didapati tidak mampu untuk berjalan tetapi apabila tiba di hospital beliau seperti seorang yang cergas berdiri tanpa bantuan sesiapa.

Justeru itu, saya ingin melontarkan beberapa persoalan kepada anda semua, inikah ciri-ciri seorang bakal Perdana Menteri yang kita harapkan? Dimanakah kebenaran perjuangan Anwar ibrahim selama ini? Adakah Anwar seorang pejuang bangsa yang boleh dipercayai? Mengapakah bantuan dari pihak asing diperlukan? Apakah wajar negara ini diburuk-burukkan pada pihak luar?

SEBAGAI SEORANG RAKYAT MALAYSIA YANG SAYANGKAN NEGARANYA, ANDA PASTI MEMPUNYAI JAWAPAN YANG RELEVAN TENTANG ARTIKEL INI……

baca artikel asal akupening. fawked.net



Tiada ulasan: