MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Jul 2008

‘Tergesa-gesa, cari perlindungan’


KUALA LUMPUR 9 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan tidak tergesa-gesa menuntut diadili mengikut peruntukan qazaf kerana dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan masih lagi dalam siasatan polis.

Penasihat Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Paduka Zaitoon Othman berkata, tindakan Anwar membawa isu liwat itu ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) seolah-olah menjadi satu usaha untuk ‘mencari perlindungan’ atas dakwaan liwat yang masih belum dibuktikan.

“Dia (Anwar) boleh buat apa sahaja termasuk aduan qazaf, tetapi mengapa dia terlalu cepat mengadu sedangkan isu liwat itu masih belum selesai disiasat polis.

“JAWI perlu membuat siasatan, terpulang kepada JAWI sebelum ia mengambil sebarang tindakan susulan,” kata Zaitoon ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang membuat laporan kepada JAWI untuk meminta jabatan itu menyiasat dakwaan liwat oleh Mohd. Saiful di bawah peruntukan qazaf, iaitu membuat tuduhan bohong mengenai zina.

Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 menyebut: “Mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan mengikut hukum syarak empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh adalah melakukan suatu kesalahan.”

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketika ditanya keperluan untuk mengemukakan empat saksi semasa pertuduhan di Mahkamah Syariah, Zaitoon menjelaskan:

“Ia merupakan satu keperluan jika mengikut hukum syariah. Prosesnya jelas. Tetapi, ia tetap bergantung kepada budi bicara hakim itu sendiri.”

Sementara itu, seorang peguam terkenal, Dr. Ridzuan Ibrahim berkata, isu qazaf hanya timbul seandainya terdapat tuduhan zina.

“Ia tidak merujuk kepada tuduhan liwat seperti yang dihadapi Anwar sekarang.

“Kes itu masih dalam siasatan polis. Anwar membuat aduan qazaf yang hanya boleh digunakan untuk kesalahan zina,” ujarnya.

Beliau berkata, aduan Anwar itu hanya prosedur biasa yang akan disiasat oleh JAWI.

“Saya pasti JAWI akan jalankan siasatan terhadap aduan Anwar. Dia memang berhak membuat sebarang aduan seandainya merasakan diri teraniaya,” jelas beliau.

Menurut peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hasan, Anwar sebenarnya sudah ‘melompat’ daripada prosedur yang sepatutnya.

“Proses siasatan baru dimulakan. Masih belum ada sebarang pertuduhan, terlalu awal untuk Anwar mengadu kepada JAWI,” ujarnya.

baca artikel asal di Utusan Online

Tiada ulasan: