Pada 7 Julai, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mencadangkan Mursyidul Am Pas menjadi orang tengah yang akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan untuk 'mubahalah' sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional. Katanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat terutama di kalangan para penyokong Pas dan sudah semestinya beliau layak untuk menjadi orang tengah itu. "Saya percaya dengan pengaruhnya, Nik Aziz berupaya menjadi orang tengah," kata Mufti Perlis.
Namun, ketika berucap di hadapan 15,000 orang penyokongnya di Kelana Jaya pada 6 Julai 2008, Anwar Ibrahim meletakkan syarat tertentu sebelum bersumpah. Anwar mahu melakukannya di hadapan ulama-ulama yang berwibawa dari dalam dan luar negara. “Malah untuk bersumpah kali ini, saya setuju untuk berbuat demikian atas nasihat ulama-ulama berwibawa dari dalam dan luar negara,” kata Anwar. Apakah yang sebenarnya dimahukan oleh Anwar? Ketika dicabar untuk berdebat dengan Ahmad Shabery Cheek, Anwar berkata “Separuh Kabinet saya cabar berdebat dengan saya. Biar saya ajar (mereka) bagaimana hendak turunkan harga minyak,” kata Anwar.
Sekali lagi Anwar cuba berdalih dan cuba beretorik. Dalam Pakatan Rakyat sudah ada dua orang Tuan Guru yang diiktriraf oleh ahli ahli PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi Awang. Apakah Anwar tidak mengiktiraf mereka sebagai Tuan Guru? Mengapa perlu lagi syarat ulama dari luar negara? Suka benar Anwar dengan luar negara. Dulu masa sakit tengkuk dan pinggang pun nak ke luar negara. Semasa lepas keluar penjara, selalu ke luar negara. Berlindung pun di kedutaan negara luar. Syaratnya mesti luar negara.
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Baca sumber asal di angin perubahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan