MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Jul 2008

Saiful tak pernah lakukan pemeriksaan akibat liwat - Pusrawi



Saiful tak pernah lakukan pemeriksaan akibat liwat - Pusrawi

30/07/2008 3:50pm

KUALA LUMPUR 30 Julai – Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. hari ini menafikan bahawa seorang doktor pakarnya telah melakukan pemeriksaan terhadap aduan liwat terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.



Sebaliknya, pihak hospital itu menegaskan, pegawai perubatannya, Dr. Mohamad Osman Abdul Hamid bukan seorang doktor pakar dan tidak pernah menjalankan pemeriksaan aduan sodomi (liwat) ke atas Mohd. Saiful Bukhari.

Sebaliknya, Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi, Dr. Kamarudin Ahmad dalam sidang akhbarnya di sini petang ini memberitahu, Dr. Mohamad Osman hanya pegawai perubatan yang bertugas di Klinik Kemalangan dan Kecemasan pada hari berkenaan.

“Beliau (Dr. Mohamad Osman) bukan seorang doktor pakar... dia menasihatkan pesakit (Mohd. Saiful Bukhari) supaya menjalani pemeriksaan lanjut di hospital kerajaan.

“Tiada pemeriksaan lanjut berkaitan aduan sodomi (liwat),” tegasnya. - Utusan

baca artikel asal di Utusan online

2 ulasan:

Unknown berkata...

Biasalah tu AIDC, Anu war kan maksum. Tarafnya bagi ahli Parti Keldaian Rakyat adalah melebihi taraf Ashaari Mohamad yang dikatakan sebagai Imam Mahdi. Jadi, sebenarnya, pengikut totok atau penyokong Anu war ni lebih taksub dari pengikut Kahar. Kerana apa? Kahar, masa kena charge kat luar Mahkamah Syariah Shah Alam, boleh buat statement letak jawatan sebagai rasul Melayu (refer Edisi Siasat NTV 7).Tapi still pengikut dia ramai.

Tapi Anu war, tak penah pun buat statement letak jawatan Parti, tapi penyokong dia lak yang kecoh2...dan penyokong dia lagi ramai daripada penyokong Rasul Melayu.

Maksudnya, Anu war lagi maksum dari Kahar..he..he..

Unknown berkata...

Hairan bin Ajaib sungguh...Siapa pulak tu??? Datang planet mana pulak....OOOO mesti org upahan si Anwar ni....