07-07-2008 07:49:31 PM
Oleh ZIEMAN
PETALING JAYA: Tunang Saiful Bukhari Azlan, Janna Mohd Zaki menganggapnya sebagai hero walau apapun cemuhan yang dilemparkan terhadap Saiful. Janna meluahkan isi hatinya ini di dalam nota terbaru di blognya sempena hari lahir Saiful yang ke 23 semalam, 6 Julai.
Saiful Bukhari merupakan bekas pembantu peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa dirinya telah diliwat oleh bekas majikannya itu.
Dalam posting terbarunya dalam blog, 'A Step in My Pink Mary Janes', Janna berkata walaupun dia tidak dapat menunaikan segala hasrat menyambut hari lahir Saiful seperti yang dirancang setelah berhempas pulas membuat segala persiapan, dia tidak terkilan.
"Di mata saya, Saiful adalah hero. Pada mereka yang menghujani kami dengan sumpahan dan kata-kata hinaan, saya ucapkan Alhamdulillah. Saya menggunakan kesempatan ini untuk mendekatkan diri pada Allah"
"Kami tidak ada kuasa untuk membuat orang berhenti bercakap perkara yang memedihkan tentang kami. Saya percaya pada Saiful dan saya tahu, kebenaran itu akan datang jua satu hari nanti," jelas Janna dalam blognya yang bertarikh semalam.
Di bawah posting terbaru yang bertajuk "Happy Birthday" itu juga, Janna turut membuat pautan dengan laman profile milik tunangnya itu menerusi laman web popular Friendster di url http://profiles.friendster.com/saifulbukhari.
Di halaman pautan tersebut, tertera ayat yang menggambarkan seolah-olah Saiful mencabar Anwar iaitu: "Wahai Anwar munafik! Aku cabar kau bermubahalah! Tetapkan tempat dan waktu! Aku akan datang! Yang hak pasti berdiri.Yang bathil pasti jatuh!Aku tak takut mati. ALLAHHUAKBAR!"
baca artikel asal di MStar online
1 ulasan:
kami sokong awak saiful,awak sudah lama menjadi hamba nafsu anwar...jangan takut
Catat Ulasan