Oleh Ab. Jalil Backer
Saya tertanya-tanya apakah agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Lebih mengelirukan mengapa laporan ini khabarnya direstui oleh ulama-ulama di dalam Parti Islam Se-Malaysia (Pas)? Ia turut digembar-gemburkan oleh laman web harakahdaily, organ rasmi Pas.
Tindakan ini bukan sahaja mengelirukan malah jelas memburukkan imej agama Islam. Apa jenis agama memaksa orang membuat laporan diliwat atau dirogol harus mengemukakan empat saksi atau menghadapi hukuman?
Adilkah agama Islam jika orang bukan Islam melihatnya bersandarkan reaksi dan tindak-tanduk Anwar dan ulama-ulama dalam Pas ini?
Jika kita teliti, qazaf sebenarnya khusus kepada tuduhan zina, yakni persetubuhan suka sama suka diluar ikatan perkahwinan. Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nur (ayat 4) yang bermaksud,
"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik"
Peruntukan Qazaf sepatutnya hanya terpakai kepada penuduh yang berupa orang ketiga, yakni bukan di kalangan mereka yang terbabit sendiri dengan perbuatan tersebut. Ia bertujuan mengelakkan fitnah dan adu domba dalam masyarakat.
Sebaliknya dalam kes Datuk Seri Anwar, orang yang membuat tuduhan ialah mangsa sendiri. Saudara Saiful bukan pihak ketiga yang membuat tuduhan melulu. Sebaliknya beliau merupakan mangsa dalam isu ini (jika benar tuduhan tersebut).
Apa yang beliau lakukan ialah mengadu kepada pihak berkuasa. Jika beliau perlu membawa empat saksi untuk mengadu nescaya tiada satu pun kes liwat dan rogol dapat dibicarakan di Malaysia lagi.
Apa akan jadi kepada mangsa liwat dan rogol jika setiap mereka mahu membuat aduan maka harus membawa empat saksi? Perlu diingat liwat bukanlah persetubuhan suka sama suka. Perbuatan liwat sama dengan rogol, iaitu berlaku hubungan seks tanpa kerelaan pihak yang satu lagi.
Jika benar dakwaan Datuk Seri Anwar bahawa beliau dinasihati oleh para ulama, maka kita mahu tahu siapakah ulama-ulama memalukan Islam ini.
Para ulama harus menjadi pemikir, cendekiawan dan pakar. Malang bagi kita jika ulama yang ada dalam Pas dan PKR tidak pun mampu memahami makna dan perbezaan antara penuduh dengan pengadu.
Apa pula akan terjadi jika setiap perogol dan peliwat membuat aduan qazaf di pejabat agama bersandarkan pandangan ulama yang menasihati Anwar?
Pada hemat saya aduan ini bukanlah dinasihati oleh ulama sebenar tetapi hanya oleh orang-orang politik yang bertopengkan agama. Bagi menjaga nama baik Anwar maka satu penyelesaian politik perlu dilakukan.
Bagi mereka, cara terbaik ialah dengan menggunakan undang-undang Islam dan istilah-istilah Islam bagi memulihkan imej Anwar yang kian tercemar. Ini adalah kebiasaan politik Anwar dan Pas yang kerap kali mempergunakan Islam bagi melepaskan diri atau memulihkan imej politik mereka.
Malang sungguh bagi umat Islam di Malaysia, maruah agama bukan lagi sedang dicabar oleh kumpulan bukan Islam tertentu tetapi juga oleh pemimpin-pemimpin politik yang terdesak meraih sokongan.
Kesimpulan
Jalan terbaik buat Datuk Seri Anwar dan Saiful ialah melakukan Mubahalah seperti cadangan mufti Perlis dan beberapa tokoh ulama lain.
Sumpah ini sebenarnya lebih afdal berbanding laporan qazaf. Ini bersandarkan firman Allah, ayat 6-9 dalam surah an-Nur,
"Dan orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi yang mengesahkan tuduhannya itu hanya dirinya sendiri, maka persaksian seseorang yang menuduh itu empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya ia dari orang yang benar. Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata: Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang yang berdusta.
"Dan menghindarkan hukuman seksa dari isteri itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya dari orang yang berdusta; Dan sumpah yang kelima hendaklah ia berkata; Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang yang benar."
Sungguhpun ayat ini memberi panduan kepada tuduhan zina oleh suami ke atas isteri tetapi kaedah ini pastinya lebih tepat dalam menyelesaikan masalah antara Anwar dan Saiful.
Saiful telah pun membuat aduan ia menjadi mangsa liwat Anwar. Anwar pula menafikan.
Benar ada undang-undang negara yang boleh menyelesaikan isu ini. Namun oleh kerana Anwar sudah menggunakan Islam sebagai alat untuk menyelamatkan diri, maka sewajarnya masalah ini turut diselesaikan secara Islam, tanpa mengenepikan prosedur jenayah sedia ada.
Saiful telah pun bersedia melakukan. Soalnya bersediakah Anwar?
baca sumber asal di mykmu.net
5 ulasan:
Apa jenis agama memaksa orang membuat laporan diliwat atau dirogol harus mengemukakan empat saksi atau menghadapi hukuman? (kata penulis)
apa ni.. siapa penulis yg jahil sgt ni.jgn bercakap kalau islam hanya mengetahui kulitnya shj.islam adlh luas kata2 anda blh menyebabkan anda mjd murtad.murtad bkn shj keluar dr agama islam malah murtad juga blk jika anda tersalah tafsir.jgn memandang kalam allah seperti anda memandang grsn yg lurus. seseorg manusia mengambil masa ayg lama utk menghurai setiap apa yg terkandung di dlm quran. tapi anda yg menceduk bbrp ayat quran dan menghuraikannya mengikut pikiran anda sendiri. kalau begitu mudah utk menghuraikan isi quran.. maka tdklah sukar utk org yg beragama hindu utk menghuraikannya.
bersumpah? anda percaya pd sumpah. kalau begitu senang utk melepaskan diri dr kslhn rasa2nya kosong jail kat malaysia ini. amalan ini akn lbh membuat org berama hindu @ budha mentertawakan akan agama kita.kalau tak percaya tanyalah org india & cina!. bersumpah adlh pilihan terakhir dan memerlukan bbrp syarat utk melakukannya.
anda pernah dengar ada org mengatakan sesetengah org islam blh berani melakukan dosa apa shj tak kira dosa bsr atau kecil kecuali MAKAN BABI.
kesimpulannya jgn pertikaikan apa yg DSAI lakukan, begitu juga dgn saiful. mrk ada hak utk membersihkan nama msg2.Agama islam itu adil cuma manusia shj yg tdk menggunakan kalam allah scr adil.
p/s buat penulis di dlm kes ini tdk ada bukti yg jelas lagi yg menunjukkan saiful diliwat olh DSAI. lapuran DNA pun blm keluar.(setahu saya). olh sbb ITU kes ini diklasifikasikan sbg fitnah dan blh meminta saiful utk mengemukakan 4 org saksi.utk kes2 rogol yg berlaku kbyk mempunyai bukti DNA, so tak payahlah nak mintak 4 org saksi. bukti dah ada.hukum islam blh dipakai sepanjang zaman dan sesuai dipakai mengikut peredaran semasa.sbb tu la mangsa rogol tdk blh mandi atau bersihkan diri jika ingin membuat lapuran.tq
Salam, tolong tanya mufti tu..apasal depa yg bermubahalah tu (contoh mufti bagi tu) lain orang yg bersumpah lain pulak orang yg kena.. macam lain orang makan nangka..lain orang pulak yg kena getah... minta penjelasan mufti tu pleaseeee
biarlah polis menunaikan tanggungjawabnya...marilah kita bersama2 menunaikan Solat Sunat Istikharah..tk pon solat sunat hajat memohon agar Allah memberi petunjuk kepada kebenaran dan kepalsuan...
i think it is very clear that Qazaf is for tuduhan Zina.oleh org Ketiga yg memerlukan 4 saksi yg memenuhi syarat sebagai saksi yang sah. what the writer says in the early paragraph sounds harsh tapi he got a point.why someone use Qazaf for himself?what is our religion dept respond to this? other religion will be interested to know how we stand on this.should saiful bring 4 witness if the case is classified as liwat?for rape case, it is very clear that it is different case and way of looking at it.not this way.we have to look for proof, not 4 witness.since people becomes dynamic everyday, A will says B rape her,but A doesnt have 4 witness and and very weak proof.So B decided, lets file for Qazaf since A is not in a strong position.classifying the cases is very important.
About sumpah/bersumpah atas nama Allah,if you as a muslim tak nak percaya bersumpah atas nama tuhan, jadi susahlah.you have to believe in Qada' and Qadar but again you question whether swearing in the name of god can be trusted or not.other religion also have some sort of swearing by god names.follow the requirement, swear and then, we leave it to God will and its Might.ramai org islam yg berani buat macam macam kecuali makan ****, tapi, to my experience, ask them to swear by God name denying things they do.the impact might not be immediate but they will think for the long run.maybe not all la.human beings.
my conclusion is, we have to use islam law according to what condition it was meant to be use.this is not civil court that you can twist this act, that section, this sub section number. it doesnt work that way. then we will see syariah lawyers taking advantage of this also.yes, islam ikut peredaran zaman tapi tidak dari segi hukum hakam yg jelas termaktub dan yg telah diriwayatkan.(sunnah/hadith).maybe ada yg nak revise akta Qazaf?mcm revise akta dadah?jadi, dont manipulate the religion for self interest.its the interest of the whole rakyat,including non muslim where if we can demonstrate the fairness that has been written in the book,then we can work towards having fairer society and less prejudism.
Aku mau tanya pada korang. Kalau ada seseorang nampak ada berlaku zina, orang yang nampak itu perlu memanggil 4 orang untuk menyaksikan zina sedang berlaku. Tapi bagi kes rogol atau liwat, adakah mangsa rogol atau liwat boleh panggil 4 orang saksi semasa dia sedang dirogol atau diliwat dan kemudian kembali kepada perogol atau peliwat untuk dirogol atau diliwat semula supaya 4 orang tadi boleh menjadi saksi?
Catat Ulasan