MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Jul 2008

Pertemuan Anwar-Rudd inisiatif Australia

Pertemuan Anwar, Nurul Izzah dan Wan Azizah dengan bekas Setiausaha Agung PBB Kofi Annan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur pada Julai 2007 bersempena lawatan Kofi Annan ke Malaysia. Anwar amat berminat berjumpa dengan tokoh-tokoh luar negara yang datang melawat Malaysia.


Pertemuan Anwar-Rudd inisiatif Australia

Jul 11, 08 2:47pm

Anak ketua umum PKR, Nurul Izzah berkata rancangan untuk mengadakan pertemuan antara Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd dengan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pemimpin Pakatan Rakyat, sebenarnya diatur atas inisiatif Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia (DFAT).


Sehubungan itu, Nurul Izzah yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan bahawa rancangan pertemuan itu bukan diatur oleh PKR atau pihak pejabatnya.

Katanya, apabila pertemuan itu tidak menjadi kenyataan, ia telah diperbesar-besarnya, dan sekaligus mendedah bahawa ada pihak yang berasa tidak selamat kerana menghadapi krisis kepimpinan.

"Anggapan bahawa dengan meminum teh dengan pemimpin Pakatan, ia boleh membahayakan hubungan baik Australia-Malaysia yang membabitkan perdagangan berjumlah A$3.2 bilion setahun, adalah sesuatu yang amat menakjubkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah mengulas laporan sebuah akhbar sebuah akhbar Australia - Sydney Morning Herald - yang bertajuk Meet my father, urges Anwar's daughter (Jumpakah bapa saya, gesa anak perempuan Anwar).

Menurutnya lagi, ketika dunia menjadi tanpa sempadan dan menyambut globalisasi bagi menggalakan hubungan dengan semua parti dan ideologi, pemimpin negara ini masih kuat mengamalkan sikap perlindungan.

Katanya, memandangkan Pakatan rakyat menguasai lima buah negeri, dengan kira-kira 65 peratus kekayaan negara, maka ia juga mempunyai hak dan bertanggungjawab dalam menentukan kemajuan pembangunan negara.

"Kita pasti mengalu-alukan Encik Rudd atau mana-mana pemimpin dunia yang ingin bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin PKR atau Pakatan Rakyat untuk tujuan tersebut," tambahnya.

Katanya, pertemuan seumpama itu akan meningkatkan lagi komunikasi yang dapat menyelesaikan lebih banyak masalah dan membina jambatan persahabatan, tidak kira sama ada mereka dari Australia, Timur Tengah, Afrika, Eropah atau Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, kata Nurul Izzah lagi, pihaknya memahami kerumitan dalam hubungan diplomasi dan bahawa Rudd terpaksa memberi muka kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi menyifatkannya sebagai sesuatu yang malang bagi semua.

"Namun begitu, bila tiba 16 September, kami dengan sukacitanya akan memberi mereka layanan sewajarnya dan jika beliau ingin membuat kunjungan hormat terhadap bakal ketua pembangkang (ketika itu) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Datuk Seri Najib Tun Razak - kami dengan sukacitanya akan membantu," tambahnya.

baca sumber asal di malaysiakini.com

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Like father,like daughter..all POWER CRAZY!!..so you are positive by Sept 16th. your what so called 'GAY FATHER will be the number one in Msia...I doubt it..in your dream babes...

Tanpa Nama berkata...

hahahaha...yeke Anu war bakal jadi PM Sept nie..tgk2 lari pi kedutaan lagi..ari tue kedutaan turki..pas nie kedutaan mana pula...

Pas tue apa alasan pula yang nak cakap kat penyokong PKR..ari tue cakap nyawa terancam..

Maybe pas nie alasan nyer..ancaman kena gangbang kut..

Tanpa Nama berkata...

YB Izzah,

Bukannya pemimpin dunia tak mahu jumpa ayah kau tanpa sebab kukuh. Diorang tu semua takut kalau pen terjatuh ke, kertas terjatuh ke, nak tungging ambil balik pun was-was...

Berdiri pun nanti kena berdiri belakang ayah kau je.. Takut nak berdiri depan dia.. Maklumlah.. Belum kira naik tangga lagi, jenuh diorang nak naik secara gostan..

Kalau jumpa orang Arab nanti, asal nak berpeluk & pegang tangan memanjang.. Diorang cium pipi 3 kali, ayah kau nanti silap2 nak cemolot lak..

Jumpa orang Maori NZ pun sama, diorang gesel hidung, ayah kau entah hape lak geselnya nanti..

Pas tu nanti, diorang takut bila tengah syok2 sembang, tiba2 ayah kau tergolek dog sebab keracunan arsenik yang dah bertahun2 tunggu masa je nak jadi kenyataan.. Hah! Macamana??

Lagipun, tentu diorang takut jumpa ayah kau sebab kan keselamatan ayah kau terancam giler? Kalau orang upahan tu gi miss ayah kau, tak pasal pasal diorang lak yang kena rembat..

Malu siapa nanti? Dah tentu bukan kau & mak kau sebab memang dah terbukti korang tak tau malu..

Ayah kau kena tibai kat lokap dulu sebab mulut dia kurang ajar..maki orang dengan kata kesat tak hengat.. yang silapnya sebab dia digari..kalau tak digari dulu pun takpe, sama je penyudahnya.

Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..Sengal la kau YB.

Tanpa Nama berkata...

inilah metelity species anuar. semuanya main ikut belakang. lari kat kedutaan turki ikut belakang, nak jumpa pm australia ikut belakang, nak lepas dari liwat pi kat jawi pun ikut belakang, nak perintah negarapun pujuk wakil rakyat bn pun ikut belakang ........semuanya belakang

kui..kui...kui apa nak jadi...macam inipun ada yang sokong.

Tanpa Nama berkata...

aku surrender kat hg ka anon no 3. aku gelak macam nak pecah perut ja! hahaha.

Tanpa Nama berkata...

Aloo...sedara-sedara semua. Jangan lah busuk hati sangat, mengata tak tentu hala. Dia orang dok berusaha dan itulah salah satu tugas sebagai pemimpin, bukannya asyik nak tidur..!!!! saja, macam pempimpin tertinggi kaorang tu. hahaha....