Laman berita Malaysiakini dalam laporannya hari Isnin mendakwa telah memperolehi laporan dua muka surat oleh seorang doktor yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan yang menyatakan tidak terdapat kesan liwat seperti yang didakwa.
Laporan hospital Pusrawi itu yang dikatakan telah tersebar luas memetik laporan seorang doktor, Mohd Osman Abdul Hamid yang melakukan pemeriksaan ke atas Saiful yang dikatakan telah pergi ke hospital itu terlebih dahulu sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Saiful dalam laporan polisnya mendakwa telah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif ketika dihubungi Agendadaily menyifatkan, laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan perubatan tiada kesan liwat ke atas Saiful berniat jahat bagi beri gambaran tidak berlakunya perbuatan liwat.
“Laporan ini mempunyai unsur mala fide. Apa juga bentuk laporan sama ada kesan calar ada atau tidak, tiada siapa boleh buat kesimpulan liwat tidak berlaku selagi perkara berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah,” katanya.
Lagi pun jelasnya, prosedur pemeriksaan juga mestilah mengikut prosedur siasatan sekiranya ia melibatkan aduan jenayah .
Sehubungan itu, Dr Latif berkata, jika benar ada laporan doktor mengenai isu liwat berkenaan, Saiful sebagai pesakit boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah AKta Perubatan 1971.
Ini kerana katanya, doktor mempunyai sumpah kerahsiaan dengan pesakit. Tambah beliau, mengikut etika tiada doktor boleh dedahkan laporan pesakit kecuali laporan berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah dan dibawa ke mahkamah.
Secara sinis beliau berkata, jika laporan pesakit segaja didedahkan "itu adalah di luar tabie". – 28/7/2008
TERBARU sumber rapat dengan Saiful Bukhari mempertikaikan kesahihan dokumen yang dikatakan sebagai laporan perubatan yang menyebut tiada kesan liwat terhadap Saiful. Kata sumber itu, berdasarkan kertas yang diedarkan itu, ia bukan laporan perubatan sebaliknya hanya berupa catatan. Katanya, jika ia laporan perubatan, ia mestilah dalam format tertentu yang ditetapkan dan ada prosedur tertentu yang mesti dipenuhi oleh seorang doktor sebelum laporan berkenaan boleh diterima dan dibentangkan di mahkamah.. - 27/7/2008
baca sumber asal di Agendadaily.com
4 ulasan:
Ha..ha...Anuwar dah takut,gelabah dan macam2 lagi perasaan takut yg sewaktu dengannya
Pandai pulak cari jalan nak pusing citer liwat dia
Takkan si Saiful tu nak bagitau doc yg dia kena liwat.Dia pun ada perasaan malu jugak.Cheq rasa doc perempuan yg periksa dia tu,sebab tu malu nak cakap....
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=19874#518108
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=19878#518101
Pada mereka yang cuba untuk dapatkan maklumat lanjut cuba klik link2 tu. sendiri fikir
Haiyaa... wa talak dengar itu Saiful pigi itu hospital Pusrawi. Ini betul atau talak betul? Wa lasa ada dua kemungkinan:
1. Kalau itu Saiful betul ada pigi itu hospital Pusrawi sebelum itu HKL, wa lasa itu doktor maa.. misti bagus. Wa pernah pigi klinik sama manyak hospital kasi check sakit wa.. Satu klinik kata.. talak apa2 lu manyak sihat. Satu lagi doktor itu hospital punya kata... haiyaa.. sapa kata lu talak ada apa2. Lu mahu kena operate lorr.. Lu ingat itu semua doktor manyak pandai kaa. Itu kalau kasi peliksa sama itu doktor baru habis belajar.. haiyoo manyak suay oooo... Itu doktor pakar pun lu kena kasi jumpa paling kulang 2 olang lor... Kasi konfirm itu penyakit. Itu dulu maa.. itu wa ada kes itu satu dokto kata wa kena cancer.. manyak cilaka punya dokto... tapi wa jumpa itu specialist dia kata talak betul lor.. Lu hanya kena tumor saja. See... apa macam??
2. Itu kemungkinan nombor dua, wa lasa itu Saiful talak jumpa itu doktor, tapi itu doktor olang PKR kasi bikin itu report kasi selamat sama itu bapak liwat lor.
Aku tak faham apa yg doktor tu tulis....lepas itu siap lukis2 pulak tu...mana kesan objek tumpul tu????
Catat Ulasan