Oleh: Dr. Muzi
Pada pandangan saya usaha Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan puak-puak PKR menimbulkan isu laporan perubatan Saiful di Pusrawi hanya sebagai usaha terdesak, untuk PRE-EMPT apa sahaja kemungkinan yang akan wujud apabila Pihak Hospital mengeluarkan laporan mereka yang merupakan sebuah laporan RASMI, yang akan diterima oleh MAHKAMAH.
Usaha, RPK dan PKR ini hanya sebagai satu PUBLIC PLOY dengan niat untuk mencetuskan DILEMA dan mengukuhkan teori KONSPIRASI mereka di kalangan rakyat dan penyokong parti mereka.
Di dalam bidang PERUBATAN, di dalam senario di negara kita, MAHKAMAH akan bergantung kepada laporan perubatan yang disahkan oleh Hospital KERAJAAN. Apa-apa laporan yang dikeluarkan selebihnya oleh mana-mana pengamal perubatan, contohnya SWASTA akan dianggap sebagai sebuah laporan bagi SECONDARY OPINION (pandangan kedua).
Ini di perkukuhkan dengan kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini 29/7/08 di mana Kementerian akan hanya bersandarkan kepada Laporan Perubatan yang diberikan oleh para doktor di Hospital Kuala Lumpur.
Berbalik kepada apa yang dikatakan sebagai laporan perubatan Saiful yang dikeluarkan oleh Pusrawi.
Adakah ia sebuah laporan perubatan?
Apa yang dikeluarkan dan dipaparkan oleh RPK hanya nota ringkasan pesakit yang dirawat di A&E ataupun Klinik Pesakit Luar sesebuah hospital atau klinik. Ia tidak menepati langsung ciri-ciri sebuah laporan perubatan yang mempunyai FORMAT nya yang tersendiri.
Ia kekurangan dari aspek formaliti dan juga aspek KETERPERINCIAN yang diharapkan di dalam sebuah laporan perubatan.
Adakah doktor yang membuat laporan perubatan tersebut , mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk mengeluarkan sesebuah laporan perubatan untuk dipersoalkan di MAHKAMAH ?
Pada pengamatan saya, doktor tersebut hanyalah seorang PEGAWAI PERUBATAN biasa yang bertugas di unit kecemasan/klinik pesakit luar PUSRAWI.
Beliau tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk melakukan sebarang pemeriksaan untuk mengesahkan samada SAIFUL disahkan di SODOMI atau pun tidak.
Laporan perubatan beliau jika dibawa ke mana-mana mahkamah seluruh dunia akan dipersoalkan KREDIBILITI, kerana beliau bukan seorang yang pakar di dalam BIDANGnya.
Laporan perubatan untuk mengesahkan sama ada SODOMI sah berlaku ataupun tidak , hanya layak diketengahkan oleh mereka yang AHLI di dalam bidangnya iaitu PAKAR FORENSIC ataupun sekurang-kurang PAKAR PEMBEDAHAN.
Maka laporan perubatan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan biasa di Pusrawi tidak langsung mempunyai sebarang kredibiliti jika dihujahkan di Mahkamah berbanding dengan laporan perubatan RASMI dari pakar-pakar yang AHLI di dalam bidangnya.
Apakah rumusan yang dikeluarkan oleh laporan perubatan PUSRAWI?
Mana-mana nota pesakit ataupun laporan perubatan jika kita masih mahu menganggap apa yang dikeluarkan RPK ini sebagai sebuah laporan perubatan, ia mestilah mempunyai rumusan ataupun konklusi.
Di dalam nota pesakit yang dikeluarkan oleh Pusrawi ini rumusannya
terletak di bahagian terakhir iaitu di ruang DIAGNOSIS.
Apa yang dimaksudkan oleh DIAGNOSIS?
Diagnosis merupakan apa yang difikirkan oleh doktor sebagai kebarangkalian yang paling layak untuk seseorang yang mendapatkan rawatan di sesebuah hospital atau klinik.
contohnya:
Seorang pesakit ke klinik dengan muntah-muntah dan cirit-birit, setelah di periksa dan dilakukan penyiasatan yang sepatutnya, Doktor mungkin akan mencapai konklusi, dan menulis di nota pesakitnya: Diagnosis: Gastroenteritis
Begitu jugalah dengan doktor yang merawat dan memeriksa Saiful di PUSRAWI , beliau juga sudah tentu akan mencapai sesuatu konklusi setelah merawat dan memeriksa pesakitnya.
Mari kita lihat apa konklusi beliau di dalam nota pesakitnya mengenai Saiful:
Dalam laporan beliau di nota pesakit beliau setelah memeriksa Saiful, tertera : DIAGNOSIS: TO RULE OUT ASSAULT-SODOMY, advised to go to hospital.
Apa yang dimaksudkan TO RULE OUT ASSAULT-SODOMY?
TO RULE OUT di dalam bidang perubatan bermaksud: Kemungkinan berlaku tetapi perlu disahkan...
Bermakna konklusi doktor tersebut di dalam nota pesakitnya bermaksud:
KEMUNGKINAN SERANGAN/GANGUAN SEKSUAL-SODOMI, DINASIHATKAN ke HOSPITAL untuk PEMERIKSAAN dan RAWATAN LANJUT.
Di sini tidak harus saya tekankan, tiada langsung di dalam KONKLUSI beliau yang mengatakan pada bila-bila masa, tiada SODOMI ke atas SAIFUL.
Pertanyaan saya , di mana RPK mendapat konklusi tersebut, sedangkan doktor tersebut tidak langsung membuat rumusan sedemikian rupa seperti yang dinayatakan oleh RPK?
Adakah RPK ambil sekerat-sekarat berdasarkan kepada keputusan pemeriksaan fizikal terhadap Saiful pada muka surat satu nota pesakit tersebut?
Mengapa RPK langsung tidak menyentuh KONKLUSI doktor tersebut di muka surat 2 nota pesakit tersebut.
Kerja ambil sesuatu sekerat-sekerat ini adalah kerja orang orang yang mahu mencetuskan kekeliruan kepada masyarakat.
Disini dahulu penerangan saya mengenai laporan perubatan Saiful....selebihnya jika ada isu isu berbangkit akan saya terangkan di dalam komentar-komentar seterusnya.
wassalam.
baca artikel asal di mykmu.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan