Berikut adalah keputusan yang diberikan setelah beberapa orang rakan Majlis Debat Universiti (MADUM) dan bekas bekas hakim Debat Piala Diraja duduk semeja menilai hujah kedua dua orang pembahas ini.
Anwar berperanan selaku pihak kerajaan bagi usul dan Sabry Chek berperanan selaku pihak pembangkang bagi usul. Keputusannya ialah usul ditolak oleh dewan. Ini kerana Anwar gagal menjawab dua soalan yang dikemukakan sampai akhir sesi pergulungan.
Pertamanya, Anwar gagal menjawab apakah dia bersetuju subsidi terus diberikan kepada peruncit minyak di Malaysia, sedangkan 58% pasaran dikuasai oleh syarikat asing.
Keduanya, Anwar gagal menjawab soalan daripada Tan Sri Nordin Kardi. Anwar juga gagal menyakinkan bahawa mekanisma apakah yang dipakainya untuk turunkan harga minyak menjadi 50 sen.
Anwar sekadar menyatakan kaedah penjimatan dan andaian, sedangkan kos untuk subsidi harga minyak yang semakin naik adalah lebih besar dari jumlah RM5 bilion. Anwar gagal meyakinkan bahawa hanya RM5 bilion sahaja diperlukan untuk stabilkan harga pada kadar 2.20 seliter dan lebih murah lagi selepas itu. Akhirnya, Anwar bersetuju harga minyak terpaksa dinaikkan. Jika begitu berapa lama harga RM2.20 seliter boleh bertahan jika Anwar jadi PM? Sebulan atau seminggu sahaja? Bermakna jika hari ini memerintah, esok belum tentu harga minyak turun.
Anwar banyak memberikan andaian dan hujah dengan menggunakan logik akal. Manakala Sabry menceritakan realiti sebenar yang berlaku tetapi cuba dinafikan oleh Anwar. Malah Anwar tidak memberikan kaedah untuk mengatasi harga minyak di Malaysia sekiranya harga minyak dunia terus naik.
Premis Anwar bahawa minyak akan turun pada 2.20 sen seliter dijawab secara jelas oleh Sabry. Ini menunjukkan bahawa Anwar bersetuju dengan kenaikan minyak yang sedang berlaku.
Isu rasuah, integriti dan ketirisan adalah hujah sokongan Anwar sedangkan perkara yang sama berlaku ketika beliau menjadi TPM. Malah Anwar sendiri ialah Pengerusi IMF untuk rantau Asia Tenggara ketika krisis ekonomi 1998.
Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri sambut Michael Camdessus,Pengerusi IMF. Dalam debat Anwar-Shabey, Anwar menafikan beliau terlibat dengan IMF sedangkan fakta World Bank menyebut beliau dilantik "Chairman of the IMF Development Committee" pada 1998. Gambar di atas sudah membuktikannya bertapa eratnya hubungan mereka, sampai berpeluk-pelukan.
Apakah Anwar hendak menyalahkan dirinya sendiri selaku wakil IMF di Asia Tenggara? Anwar sendiri baik dengan baik hinggakan berpeluk dengan Michael Camdessus (Pengerusi IMF). Bukankah Camdessus ialah bos Anwar dalam IMF?
Kesimpulannya, Anwar selaku bekas pelajar sastera di UM gagal menandingi ketenangan Sabry Chek yang merupakan bekas pensyarah ekonomi di Universiti Malaya. Anwar tidak sehebat mana pun dalam berdebat untuk mencabar separuh barisan kabinet berdebat dengannya.
Selepas ini, minta Tan Sri Khalid Ibrahim vs Khir Toyo, Ustaz Azizan vs Datuk Mahazir Khalid, Tajol Rosli vs Nizar, Rafidah vs Wan Azizah atau Samy Vellu vs Gobalakrishnan.
Inilah manifestasi keterbukaan demokrasi di Malaysia. Program sebegini harus diteruskan untuk mengalakkan ruang perdebatan politik secara konstruktif dijadikan medan sebenar rakyat untuk menilai isu semasa negara. Bukan lagi melalui demonstrasi di atas jalan.
AZRINIZAM BIN IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
baca artikel asal di anginperubahan.blogspot.com
53 ulasan:
setuju 101%
-kucarlanar
apa la ke bangang ko ni...????...BODOH!!!!!!
UNIVERSITI MANA?
UUM??? hahahaha.
apa2pun, Shabery tak jawab soalan!!!!!! kalau BM SPM atau UPSR, dah FAIL tuh!!!!
ANWAR berhujah penuh dengan fakta dan kaedah. SHABERY penuh dengan mangkuk2 FITNAH!!!
1974 diulang tidak diulang tahun 1987!!!
SHABERY dinobatkan sebagai BUIH HADHARI.
Azrinizam Bin Ibrahim mentah dan apa yg dia tahu dia menyokong untuk terus mendapat biasiswa kalau dia membeli minyak baru dia tahu President tidak bercakap begitu buat research baca jernal buku ingggeris yang terkini idea awak sangat lapok bukan bacaan kita zaman ini.Budak, apa tujuan GPMM ? kalau tidak membangkang bagus tak payah tubuh ? Tujauan nya adalah watchdog, GPMM adalah NGO tau tak kau tak boleh buat komen mentah berdasarkan Tv yg kau tonton.....mahasisiwa apa ini....intellectual kah ini kalau pembangkang menang esok kau nak sokong apa? sebab itu berhati-hati pegang pada prinsip .kenyataan kamu pun tak suka harga minyak naik mendadak?
Saya bekas Guru Pemeriksa Soalan SPM & STPM.
Saya kurang setuju pemarkahan di tas. Bagi saya markah isi Shabery sepatutnya 40/50, Anwar 25/50. Anwar hanya menang gaya dan bahasa saja sesuailah ngurat Saiful dan mana2 yang dia nak...
Mamat kaki kencing bersepah-sepah. Nak dipercaya buat ape... Buang masa aku je...
Alo...Saya sebagai rakyat biasa yang mengikuti perdebatan itu begitu teruja dengan cara Anuar dengan segala fakta-fakta yang jelas dan secara profesional dengan mefokuskan kepada topik yang didebatkan sebaliknya Sabri hanyalah berdebat tanpa fakta yang betul dan contoh2 yang mengarut seperti Venuzela, Iran dsb sambil menyentuh soal2 peribadi dan tak menjawab soalan seperti budak sekolah (macam saya sekolah rendah berdebat dululah..hahaha). Yang jelas jika Anuar jadi PM begitu yakin kini kebanyakan persoalan dan permasalahan rakyat dapat diatasi. Sabri tak layak berdebat dengan Anuar. Porahh...Be End. Porah...UMNO. Tak seorang pun Pemimpin Umno sekarang yang Layak jadi PM.
DEBAT ANWAR VS SABRY CHEK MEMANG HANGAT DAN PANAS...
TAPI SABRY CHEK TIDAK JAWAB SOALAN, LEBIH BANYAK MENYERANG ANWAR MENGENAI ISU PERIBADI...
DAH TAK ADA MODAL LAIN DA....
anu war nampak gelabah jer bila disoal oleh Tan Sri Nordin Kardi...
Anu war memang tak layak berdebat dgn PM dan TPM....Jangan nak berangan...
Apa Suara Keadilan lapor hari ini ?
Shabery serang peribadi Anwar !
hahahahaha
tak ada isu.
Mati akal.
Dah start ragu kot !
Kickdefella ucap tahniah kepada Shabery !!!!
dan cadang kekalkan Shabery.
beliau dan Pembangkang hari ini termasuk no2umno sekadar ulas isu Shabery kritik peribadi Anwar.
Walhal ia juga berkait rapat dengan isu subsidi secara tidak langsung.
Tahniah semua ! kita berjaya...
Patutlah Pak Lah asyik puji Shabery pun.. Dia memang berbakat dan hebat.
Bagi aku,apa yg 'segelintir' penonton nak tengok adalah persembahan.Yang kurang mahu dirujuk 'segelintir' adalah realiti dan kaitannya.
Showmanship Anwar seperti biasa walaupun terkucil pada awalnya akibat terlalu biasa dengan ucapan berteks yg dihafal.Kena impromptu gelabah jugak dia.
Tapi,hakikatnya juga,shabery nampak 'geram' sampai berbuih mulut dia.Mungkin sebab putar alam anwar yg banyak lari dari persoalan pokok.Kaedah mengaitkan anwar dengan sejarah dan peribadi juga aku rasa patut dikaji semula sebab ada kaedah lain yg lebih sesuai.
Apa pun,medium ini patut digunakan sehabisnya dan membuka lagi ruang perbincangan lain dalam peringkat tertinggi.Mahasiswa patut digerakkan ke dalam dewan negara!
Bekas cikgu x payah lah emotional sgt... we are talking bout harga minyak.. apa kena mengena dgn si saiful tu?....La ni kita fikirkan kaedah atau formula yg Anwar proposed to the government... x salah dia bagi idea n x salah juga kalu Malaysia apply that formula...
Masalah sekarang ni bukan soal merapa markah atau pun sape menang atau kalah... masalah sekarang ialah kebajikan rakyat yang perlu dijaga... tanya diri masing2 terasa tak dengan kenaikan minyak???? jgn nak bohong kalau korang tak terasa laa... tepuk dada tanya selera...
Actually sape yg vote dia jadi presiden GPMM? pelik nya nama je mahasiswa... n pernah masuk debat tak??? cuba tengok semula debat tu n kaji sape yg tak jawab soalan? Anwar ke Shabery? Ni debat tentang kenaikan minyak bukan debat utk tembak menembak... ada ke Anwar tembak shabery dalam debat tu??? At least Anwar become professional x mcm Shabery yg bertubi2 tembak Anwar semata2 untuk lari dari menjawab soalan... ada ke Anwar sentuh kisah peribadi beliau ketika beliau dalam S46? xde kan....so be professional laa....
Cuba faham betul2 key point Anwar n fakta yg Anwar raisedkan tu... and apa fakta Shabery???
wei sedara yg bangang dan x nmpk tipu daya Anwar tu sedar lah.. org ni pndi ckp je. buat la kajian sket psl isu2 semasa kat dalam dan luar negara ni. korg kalo xnk naik harga minyak pergila duduk kt Venezuela sana tu. Harga minyak seliter 10 sen. untung2 dpt kahwin ngan Miss Universe tu. Anwar kata keuntungan Petronas tidak diurustadbir dgn baik...kalau tdk diuruskan dgn baik masakan termasuk dlm majalah Fortunes sbgi 8 syarikat di dunia plg untung...ini kenyataan. Xkanlah nak harapkn Petronas punye keuntungan utk dijadikan subsidi smpikan satu masa nnti Petronas tiada keuntungan. Apa yg kerajaan buat skrg adalah untuk generasi masa depan yg terdiri drp anak2, dan cucu saya dan saudara dan bukannya untuk masa sekarg je...Xkan lah kita nak anak2 kita terhimpit dgn masalah yg lebih teruk dari apa yg kita hadapi skrg? Kalo lah Anwar turun harga minyak arini kenapa dia hanya turrun rm 2.20 kenapa x turun smpi harga rm1.92 seliter? Atau turun lagi drp harga itu? fikir2 kan lah. Di sini pun Anwar dah putar belit. Kalo dia turun pun sampi bila bole tahan?
helo...YB shabery bukan menyerang peribadi.tapi sekadar mengingat kan anuar tentang dirinya sendiri satu ketika dahulu antara pemimpin tertinggi BN.semasa ade kuase kenape sokong BN??kenape setia dengan BN??bile dah kene pecat baru nak kate BN ini lar..itu lar..mmg dasar hipokrit si anuar ni!!kesian dengan penyokong2 dier..kene tipu idup2 dengan topeng yg dipakai si anuar..tunaikan aper yg dijanji Pakatan Rakyat dulu mase pilihanraya.belambak lagi janji yang belum tunai..asik bagi alasan itu ini.mase sebelum berjanji nape x pk dulu baik buruk janji tu..apa ra..pemimpin ape macam ni??eh, lari topik lar plak..haha.ape2 pon semoga tuhan tunjukkan segala kebenaran.semoga terhindarlah negara kita tercinta ini dari pengkhianat2 negara dan agama yang bertopengkan manusia yang bijaksana kononnya..amin...
lantak korang semua la nak kata apa!! janji tanahair aku selamat walafiat. tak kira la siapa menang siapa kalah. sekurang-kurangnya kita dapat lihat mana satu yang boleh diikut dan dipakai...dan juga yang mana hanya boleh dilihat pandang dan dengar. daripada kita sebagai rakyat yang bercakaran sesama sendiri hasil dari perbalahan pemimpin? apa ni??? sekurang-kurangnya kita bersyukur seadanya kerana negara kita tak jadi macam negara bergolak seperti apa yang kita lihat dia asia barat...seperti di afrika yang krisis kebuluran yang sehingga ke hari ni masih tiada kesudahannya. sudah-sudah la tu tuan-tuan dan puan-puan...pada saya secara peribadi...bersyukur sahajalah dengan nikmat apa yang ada.
Anwar kata keuntungan Petronas tidak diurustadbir dgn baik...kalau tdk diuruskan dgn baik masakan termasuk dlm majalah Fortunes sbgi 8 syarikat di dunia plg untung...ini kenyataan..
>>> Maksud anwar dana yg kerajaan dapat dari petronas tak diuruskan dengan baik. bukan pentadbiran petronas tak diuruskan dengan baik.
Xkanlah nak harapkn Petronas punye keuntungan utk dijadikan subsidi smpikan satu masa nnti Petronas tiada keuntungan.
>>> Kita kena akui petronas byk beri sumbangan pada negara. apa masalahnya kita mengharapkan dana dari petronas? Tu sbb kerajaan kena buat research utk cari alternative petrol. Proton ada buat research ke nak buat kereta hibrid?
Apa yg kerajaan buat skrg adalah untuk generasi masa depan yg terdiri drp anak2, dan cucu saya dan saudara dan bukannya untuk masa sekarg je
>>> Sekiranya generasi skarang lingkup, masih adakah masa depan generasi akan datang?
Kalo lah Anwar turun harga minyak arini kenapa dia hanya turrun rm 2.20 kenapa x turun smpi harga rm1.92 seliter.
>>> la... kan dia dah cakap turun berperingkat.
SOALAN UTK SEMUA:
Benarkan anda tiada rasa sebarang beban selepas kenaikan minyak?
salam, buat mereka yang susah hendak menerima qada dan qadar berdebatlah sampai kiamat pun tidak akan habis. Hakikatnya akuilah bahawa harga minyak tidak boleh dikawal oleh sesiapa pun. Sumbernya akan habis. Kalau Anwar perintah pun, belum tentu harga minyak akan murah. Anwar gagal berikan mekanisme yang menyakinkan untuk kekalkan harga RM2.20. Mengapa tidak dibawah 1.92 seliter? Maknya Anwar setuju Pak Lah naikkan harga minyak. Persoalkan mengapa Parti Mahasiswa Negara yang hanya ada 2 ribu org tu, siapa elect Azlan Zainal jadi President? Bertanding di UM pun kalah. Bawa bersabar kepada siapa yang sokong Anwar bahawa Anwar hanya pandai berjanji tetapi bila sudah jadi PM belum tentu Anwar akan tunaikan janji. Dulu ketika TPM dan Menteri Kewangan, Anwar beretorik sebegini juga di hadapan kami pemimpin pemimpin mahasiswa ketika itu. Untuk sesiapa yang tidak pernah berdebat fahami betul betul maksud premis, isi dan kaedah sebelum melatah tidak tentu hala dengan komen yang bukan bukan.
Salam.
sokong!!!sokong!!! kerajaan malaysia sentiasa mencari alternatif laen tuk meminimumkan kesengsaraan rakyat.rebet tuh khas tuk rakyat malaysia..1 lgkah yg sgt bijak!!tahniah pak lah!!anuar mmg pakar putar belit n pakar bab2 nak tarik perhatian dan sokongan rakyat.bersyukurlah dengan keadaan negara kita sekarang..walaupun agak terbeban tapi belum ader yg mati lagi sebab x mampu tampung harga minyak n kos sara idop kat malaysia..kerajaan akan bantu sape2 yg dirasa perlu di bantu,,don wory..be hepi beb!!!tapi banyak yg mati sebab berebut kuase..so, watch out!!!hehe...
memang betul harga minyak tak dapat dikawal oleh mana mana pihak sebab ianya problem antarabangsa. Tapi pelik jugak kan kenapa arab saudi, iran, venuzuela dan negara2 minyak yg lain (kecuali m'sia) dapat kawal harga utk pasaran tempatan dorang. Jadi betul ke ungkapan "harga minyak naik peringkat global dan kita kena ikut"..
Saya PM berjanji utk pecat menteri penerangan Dato' Shabery kechik kerana tlh mmalukn BN & umno khususnya. Mulut beliau berbuih2 mpthnkn hujah & ini amat mmalukan PM.
Sekian
Terima Kasih
yazid kalau tak suka duk Malaysia pergi duduk venezuela lah, kahwin dengan miss universe yang baru
siapa dia AZRINIZAM BIN IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)??
sebenarnya apa tujuan GPMM ditubuhkan dan blog ini dicipta?
percayalah..ini adalah satu cara untuk memburukkan bakal PM.mengapa harus menggunakan nama anwar ibrahim sebagai tagline blog ini..seingat saya,pertama kali melayari blog ini..pasti menceritakan tentang kisah2 semasa,ttp tidak.sibuk nak menghentam anwar dan memutarbelitkan fakta..
inilah satu lagi perancangan jahat dari suku-suku kaum yang sentiasa mencari salah seseorang yang tidak tahu kebenarannya(FITNAH)...
balik ke tajuk asal..
-beberapa orang rakan Majlis Debat Universiti (MADUM) dan bekas bekas hakim Debat Piala Diraja duduk semeja menilai hujah kedua dua orang pembahas ini..(siapa mereka semua ini?semua pun boleh ditulis..tlong buktikan?mungkin pemberi2 markah ini sudah lupa akan tajuk perdebatan.."hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak".siapakah mereka ini?adakah mereka ahli dewan negara atau rakyat?mahu menolak usul ini?ini hanya perdebatan dan usul ini tidak mungkin akan masuk ke dalam parlimen kerana BN sedang memerintah.jadi usul ditolak tidak sepatutnya berlaku.mungkin yang arif sekalian menilai berpaksikan perasaan benci yang amat sangat terhadap anwar..kajilah dahulu tajuk perdebatan sedalam2nya..ianya akan terjadi apabila Pakatan Rakyat memerintah,INSYAALLAH..jadi penilaian awal yang dilakukan oleh pakar2 debat diatas,hanya penilaian kosong..
-ulasan yang dikemukan oleh penulis juga amat berat sebelah.(Anwar banyak memberikan andaian dan hujah dengan menggunakan logik akal.)perlu difahami disini,anugerah terbesar yang dikurniakan pada manusia adalah akal.jadi soal logik akal,mungkin boleh dimanupulasi oleh penulis.tetapi,logik akal tidak akan dapat dicapai jika tiada kajian yang terperinci mengenainya.jika benar ulasan dari penulis,mengapa anwar mampu mengemukakan fakta yang kukuh.
-(Manakala Sabry menceritakan realiti sebenar yang berlaku).apa realitinya?apakah malaysia harus dibandingkan dengan Norway?adakah kenaikan harga minyak yang begitu mendadak di Malaysia disebabkan pasaran global?adakah dengan berulang kali menyebut peristiwa 1974 satu realiti?adakah dengan menyerang anwar dengan kenyataan yang provokasi(tidak tahu kebenarannya) dikatakan sebagai satu realiti?adakah perbandingan harga beras tatkala membincangkan harga minyak 1 realiti?
-(Anwar gagal menjawab soalan daripada Tan Sri Nordin Kardi. Anwar juga gagal menyakinkan bahawa mekanisma apakah yang dipakainya untuk turunkan harga minyak menjadi 50 sen.)apakah soalan yang dikemukan oleh Nordin Kardi?Nordin hanya mampu memberi penggulungan dan anwar mencantas penggulungan yang tidak tepat.sungguh memalukan apabila seorang wakil kerajaan gagal untuk memahami apa itu IPP?(Anwar juga gagal menyakinkan bahawa mekanisma apakah yang dipakainya untuk turunkan harga minyak menjadi 50 sen.)mungkin ini adalah satu kesilapan dari anwar.
-adakah shabery langsung tidak melakukan kesilapan.jika ya,mengapa ucapan shabery chik terhenti seketika dan menyambung dengan ucapan yang sama"percayalah".jika kesemua ucapan shabery relevan dan rasional,mengapa harus menyebut tentang peristiwa 1978 berulang kali?ika anwar gagal mengemukakan mekanisme terbaik.adakah shabery berjaya meyakinkan penonton apakah mekanisme dalam "sistem ekonomi sihat" yang cb diterangkan dan mengapa shabery gagal untuk mencantas anwar apabila anwar bertanya "apakah mekanisme yang diguna pakai oleh kerajaan sekarang"?
-benar anwar gagal untuk mengatakan perkara yang sama sebelum PRU12,"harga minyak dibawah Rm1.92"tapi anwar tidak menipu rakyat,dan janji Pakatan Rakyat adalah untuk menurunkan sebanyak RM0.50,dan inilah yang ditegaskan oleh anwar dalam debat.tetapi sentiasa dinafikan oleh shabery.
-ini adalah jawapan mengapa anwar mengatakan harga minyak RM2.20 jika memerintah bukannya RM1.92.1.BN telah menipu rakyat bahawa tiada kenaikan bahan api selepas PRU12.tetapi BN telah menaikkan harga bahan api dengan begitu mendadak sekali.janji yang dilontarkan oleh Pakatan Rakyat ialah RM1.42(penurunan rm0.50) sblm PRU12, jadi apabila kerajaan menaikkan harga minyak kepada RM 2.70,bermakna secara logiknya penurunan hanya kepada RM2.20(masih turun sebanyak RM0.50).sebenarnya siapa yang gagal dalam usul ini?anwar@pakatan rakyat yang tetap dengan janji penurunan RM0.50 ataupun shabery@BN yang cuba mempertahankan sistem politik kotor mereka.
-adakah ulasan tentang anwar dan IMF oleh penulis sesuatu yang benar?ataupun penulis cuba menjadi seperti shabery,mengeluarkan fakta yang mereka sendiri tidak tahu hujung pangkalnya..
-(Kesimpulannya, Anwar selaku bekas pelajar sastera di UM gagal menandingi ketenangan Sabry Chek yang merupakan bekas pensyarah ekonomi di Universiti Malaya. Anwar tidak sehebat mana pun dalam berdebat untuk mencabar separuh barisan kabinet berdebat dengannya.)
cuba tanya pada penonton sekalian,siapa yang lebih tenang,seorang yang diasak dengan sentimen peribadi tetapi tetap mampu tersenyum serta mampu membalas ucapan berdasarkan tajuk ataupun seorang yang bercakap sehingga mengeluarkan buih di bibirnya,menyerang lawannya dengan ucapan2 yang terkeluar tajuk dan sentiasa mengeluarkan ucapan2 yang lagsung tidak diucap oleh lawannya?
Jika anwar dikatakan betul2 gagal dan tidak mampu berdebat,mengapa PM dan TPM menghantar wakil yang sentiasa berucap terkeluar topik?
"saya pantang dicabar!",dicabar oleh anwar langsung tak keluar berita.
SAYA SETUJU DENGAN PRO BOTAK
tu dia geng2 AIC dah muncul..bravo2..berbaloi FNF taja blogger AIC..marini..najwan..matkeri..mari semua tolong idola al jub kamu tuh..
duduk kat AIC memanglah aljubs tu hebat..cuba keluar realiti..orang awam..muda mudi yang XAIC..apa tanggapan meke apa aljubs..hampeh..bacul..talam dua muka..agen Yahudi..proHindraf..proCauvanis Cina etc..itulah hakikat sebenarnya..kena terima hakikat tuh..
sebelum PRU undi protes terhadap BN..selepas PRU undi protes terhadap Anwar lak sebab ikut bontot Cina..beri muka pada teresa kok..kandang babi..beri muka pd Xaxier Jayakumar misi mengkristiankan rakyat selangor
nak termuntah aku tgk komen2 cakap DASC bagus la, mematahkan hujah DSAI la, penuh dgn fakta la, berwibawa la. piiiii rahhhhh. sama macam nak muntah aku tgk buih kat mulut DASC. korang jgn nak komen macam2 la, tgk kajian malaysiakini, berapa kerat je yg sokong DASC.
Sekian
Terima kasih
yazid kalau tak suka duk Malaysia pergi duduk venezuela lah, kahwin dengan miss universe yang baru
>> haha...best tu.. rilek le bro, jgn le melatah. aku tade pulak kata tak suka dok m'sia. aku cuma ckp "betul ke harga minyak kita tak dapat control utk warga tempatan?" Kalau betul, kenapa negara lain mampu buat?
to mr the who:
Ini daripada malaysia kini:
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai "pemenang" debat mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi, demikian menurut tinjauan pendapat oleh Malaysiakini.
Tinjauan selama 12 jam itu dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek selesai pada jam 10 malam tadi.
Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.
Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.
Menariknya, walaupun Anwar dilihat lebih menyerlah dalam perdebatan tersebut, tetapi majoriti pembaca (57 peratus) berkata beliau kelihatan bergantung pada notanya.
Shabery pula kelihatan kurang merujuk kepada nota-notanya.
Bagaimanapun, 90 peratus pembaca percaya, menteri penerangan itu mengelak menjawab banyak soalan yang dikemukakan oleh moderator dan dua orang penalis.
Diminta memberi mata 1 hingga 10 bagi kedua-dua pendebat tersebut, Anwar ternyata lebih menyerlah daripada Shabery.
Perdebatan selama sejam itu merupakan yang pertama membabitkan seorang menteri dengan seorang tokoh pembangkang yang disiarkan secara langsung di TV.
Sesungguhnya kenaikan harga minyak itu dah ditentukan Allah. Kalau dia turun pun dah ditentukan Allah.penyebabnya hanya manusia..Allah yang aturkan supaya PakLah naikkan harga minyak.Kita kene ingat,banyakkan bersyukur..sebab kita masih boleh hidup lagi walaupun harga minyak naik.Fikirkan negara yang lebih teruk dari kita..Ini semua ujian dari Allah.Sama2 kita reda. Bukan salahkan orang itu orang ini.Orang itu betul orang itu salah..
DA Sabry Chik sebenarnya secara tidak langsung memalukan BN secara nyata, walau dia ada fakta tapi cara dia menyerang secara peribadi itu tidak bertamadun... DSAI tidak sekali2 menyentuh peribadi, dia pemidato terbaik... dan berdisiplin malah walau fakta dia tidak benar sekalipun cara dia cukup bertamadun
aku setuju dgn hujah2 pro-botak..ade logiknyer..Allah bg kite akal utk bercakap, jadi bile nak bercakap kenala gune akal..bukan gune emosi semata-mata..aku tak sebelah anwar atau shabry tu, aku natural..aku sebagai pemerhati luar dan nilai yang mane betul atau salah..idea anwar mmg ade logiknye..jangan la pandang pada siapa yg berkata2, tapi pandanglah ape yg dikatakan..
kerajaan baru tak perlu pun ditubuhkan, tapi ape salahnyer terima usul turunkan harga minyak..mungkin kite tak terase sgt beban harga minyak naik sbb kite hidup senang, ckup makan sume tapi pk kan org2 pendalaman yg miskin, diaorg akan bertambah2 susah..yg miskin akan bertambah miskin..yg kaya tak kan rase pape effect pun..kita akan jadi mcm indonesia tak lame lg kalau keadaan ni berterusan..nasihat aku pada korang, janganlah emo sbb yg bercakap tu org yg dbenci..tapi amekla ape isi penting yg dia cakapkan tu..Wallahua'lam
Shabery adalh ZAM kedua....
Tahniah Shabery....
2013 konfirm Pakatan Rakyat sapu bersih.....
Kepada penyokong2 Anwar,bukankah untuk mengetahui sesuatu kita mesti mengetahui sejarahnya dulu.
Kalau begitu,tidak perlulah diadakan matapelajaran Sejarah.
Dato Shabery Cheek bukannya menyerang 'peribadi' Anwar TETAPI menyingkap sejarah siapa Anwar.
Cth paling remeh.Kalau saudara/i berjumpa doktor (mesti ada sakit).Doktor pun akan tanya sejarah kesihatan anda.Barulah doktor boleh memberi rawatan yg betul.
Korang marah sebab sejarah Anwar tu betul.Ntah2 korang sendiri pun tak tahu...sebab tu marah
Anyway,bagus Dato Shabery ungkap sejarah Siapa Anwar ni.Sekurang-kurangnya benda yg kita tak tahu jadi tahu
Syabas Anwar kerana hanya mennag retorik sahaja
ditujukan khas kepada said...
apa standard cikgu untuk menilai dan memberi pemarkahan di ats perdebatan itu..
tahap cikgu hanya setakat menanda kertas peperiksaan pelajar2 sekolah menengah..pada hakikatnya,cikgu memang tidak layak dan gelaran "bekas" cikgu itu telah membuktikan bahawa panca indera cikgu sudah tidak berfungsi dgn baik dan cikgu sebenarnya malu untuk mengatakan bahawa pandangan dr mata cikgu sudah kabur dan tdk mampu untuk bertahan selama sejam..jadi,berpaksikan pengalaman menanda kertas2 pelajar dan hasil kekurangan cikgu..terkeluarlah penilaian yang begitu sentimental,emosional dan tidak begitu rasional..
apa formula yg cikgu guna untuk menilai markah.40/50 dan 25/50...
ini bukan debat budak tadika.
ini debat antara menteri.untuk rakyat.dengan penilain ini,membuktikan bahawa bekas cikgu said seorang yang BODOH!BANGANG!BAHALOL!unta padang pasir pun tak bodoh mcm cikgu said..minta maaf pada guru2 yang laen,kerana bekas cikgu said memburukkan dan memalukan proffesion sebagai seorang guru.
saya tertanya2..apa yg telah terjadi kpd anak bangsa didikan cikgu said,jika dia sendiri gagal menunjukkan contoh dan tewas dlam permainan emosi...sedarlah!!!!
salam sahabat sahabat,
sedarkah sahabat sahabat bahawa topik yang kita bincang ialah kaedah subsidi? Sedarkah bahawa tatkala harga minyak naik, kerajaan sekarang ini terpaksa menambah subsidi. Yang dikurangkan ialah subsidi kepada syarikat runcit minyak, sebab 58% dikuasai oleh orang asing. Faedahnya daripada dapat duit RM625 dan RM150 kepada Shell, BHP dan Caltex, lebih baik duit itu diberikan kepada mereka yang rakyat Malaysia. Anwar hanya kemukan cadangan 50 sen dan 5 bilion. Tapi mekanisme jangka panjang untuk pengekalan harga ialah tidak jelas dan tidak menjamin harga minyak dari terus naik. Inilah titik tolak kemenangan Sabry dalam debat semalam. Buat pro botak dan kumpulan AIC teruskanlah bersama membela perkara yang benar dan menegah yang salah. Kalau kebenaran yg datang maka iyakan kebenaran jangan nafikan semata mata kerana ianya bertentangan dengan kehendak Anwar dan fahaman pembangkang. Apa yang menggembirakan ialah orang Melayu sudah berbincang secara terbuka tentang isu yang melanda negara. Kita ambil dari segi positif untuk membetulkan keadaan dan suasana. Marah dan sentimen yang berlebihan pada seseorang tidak akan menyelesaikan masalah. Marilah bersama-sama berfikir ke arah penyelesaian yang bernas untuk umat Melayu.
Tahniah kpd DSAI krn dilihat berjaya menepati tema debat smlm. Biasa la pemidato hebat di dunia,sememangnya mempunyai fikiran yang tajam dan petah berkata. DASC tak la teruk sgt mcm ZAM dulu, tetapi dia gagal mengikuti tajuk debat ditetapkan. Dilihat seperti tidak profesional. Kurang fakta yang jelas. Debat ini tanda satu perubahan positif dalam senario politik orang Melayu, harap diteruskan lg. Walaupun bagaimanapun, jgn la kita dibuai dengan karisma seorang pemidato hebat. Sejarah mengajar kita, HITLER dan SUKARNO pun pemidato hebat jugak tetapi keperibadiannya diragui. Sememangnya aku bersetuju kerajaan skrg ini ditukar kalau masih gagal memberikan idea bg menangani isu minyak ini, dibimbangi memberikan impak negatif kepada ekonomi. Tetapi PMnya bukan la DSAI...
site ni mngarut. korang kne bayar ker nk sebarkan cerita mngarut. ckp mcm org xde ilmu..
Frankly speaking, shabery yang byk xjwab soalan dgn mengelak kpd political propaganda.
Anyways, Anwar did mentioned he dont agree with former PM decision. sebagai TPM pd ms itu xkan anwar nk letak jwtan? klau die xdpt la nk btulkan keadaan..ape susa sgt .
aku tw aku buang mase ckp dgn korang ni sbb site ni pon anti anwar and the same person keep posting comments/chats.
good luck to u guys. may wtever god u believe in be with u.
officially site ni boring..and i will never visit it again.
Kalau setakat hebat berpidato tak guna jgk.Tapi 'otak' tak de.
Aku tak jelas mcm mana Anwar nak turunkan minyak sbyk 0.50 sen.Berapa bulan boleh bertahan?
Silap2 gaya,harga minyak lebih tinggi kalau Anwar "memerintah'
Aku muak ar baca komen - komen rakyat Malaysia yang KONON - KONON tak terkesan dengan kenaikkan minyak.
Cakaplah kau orang tak pernah mengeluh pasal harga minyak naik?
Lepas ada hati suruh orang lain yang tak suka duduk dekat Malaysia pergi pindah negara lain, tapi kau sendiri duduk dekat Malaysia mengamalkan racism??
Yang kau cakap cium bontot Cina buat apa? Inikan negara berbilang kaum. Yang kau racist ni apahal?
Nampak sangat yang kau sendiri tak boleh terimah ada kaum lain kat Malaysia.
Tapi tak nak mengaku. Baik kau duduk diam dan jangan bersuara apa - apa. Ataupun ini je tempat yang kau berani nak bersuara kot? Sebab kau tak pernah berani nak bersuara dekat luar.
Bekas guru, aku tak tahu macam mana kau boleh jadi guru. Emosi.
assalamualaikum!
Lebih baik kita melihat dari sudut ilmiah perdebatan ini dan saya rasa saudara penulis keliru dengan fakta sehinggakan membuat anggapan gambar Anwar memeluk Chairman IMF dijadikan bukti Anwar rapat dengan beliau.
Adalah menjadi kebiasaan seorg pemimpin bersalam/memeluk seseorang yang dianggap sebagai pelawat kepada kerajaan mengikut kebiasaan beliau (terpulang kepada cara masing-masing).
Saya kurang yakin dengan markah yang diberikan oleh saudara pengarang tentang isi kedua-dua pendebat. Tambahan lagi saudara pengarang mungkin terlepas pandang dengan menganggap Ahmad Sabry lebih arif dalam ehwal ekonomi negara dengan hanya berlandaskan fakta bahawa beliau adalah bekas pensyarah ekonomi sedangkan Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan selama 9 tahun. Satu perbandingan yang saya anggap kebudak-budakan.
Tentang langkah menurunkan 50 sen itu adalah langkah awal menurut Anwar. Dalam erti kata lain langah segera untuk menampung kenaikan dan pelan jangka panjang adalah berbeza dan boleh dilakukan dengan bijak oleh kerajaan jika kerajaan mahu berusaha kearah itu.Saya anggap Anwar telah memberikan kaedah namun YB Menteri tidak memberikan hujah balas berkenaan itu. Hujah balas yang baik adalah perkara asas dalam perdebatan. Mungkin saudara penulis agak kabur dengan perkara ini.
Seterusnya saya memohon maaf kerana saya beranggapan saudara penulis memberi pandagan kurang matang tentang isi "wang yang diperolehi dari Petronas". Saudara memberitahu bahawa Petronas merupakan syarikat yang berjaya. Ini diakui oleh kedua-dua pendebat tetapi apa yang menjadi persoalan adalah pentadbiran wang yang diterima dari Petronas yamg mana diuruskan oleh kerajaan bukan pengurusan Petronas itu sendiri. Ini sepertimana YB Ahmad Sabry yang dibidas Anwar kerana tidak faham apa yang dibahaskan sehingga Anwar menyebut "Kalau inipun Pak Menteri tak paham..".
Anwar menjawab 80 peratus dari soalan mankala YB 40 peratus sehinggakan soalan dari moderator pihak Anwar tak terjawab lansung seperti yang berlaku bahkan medarator berkenaan berkata " YB, yang saya tanya adalah" dan ketika itu dipotong oleh medarator utama.
Namun perdebatan ini seharusnya menjadi wadah penyubur idea dan bukan penentuan siapa yang menang dan siapa yg kecundang. Apa yang dibincangkan membawa kebaikan kepada negara lebih enak dibawa kemeja perbincangan pihak kerajaan dan bukan menolak secara total.
Selain itu juga, suka saya membuat teguran kepada semua saudara yang memberi komen. Jangan bincangkan isu yang belum pasti kerana tuduhan yang belum disahkan benar dengan prosedur yang betul adalah fitnah. Saya bimbang dalam kita memberi komen tercatat dosa besar yang sukar diampunkan kerana ia bersangkutan dengan hubungan sesama manusia.
Akhir kata,wassalam
ARNINIZAM said
("Kita ambil dari segi positif untuk membetulkan keadaan dan suasana. Marah dan sentimen yang berlebihan pada SESEORANG tidak akan menyelesaikan masalah. Marilah bersama-sama berfikir ke arah penyelesaian yang bernas untuk umat Melayu.")
saya ingin mengemukakan persoalan antara KENYATAAN SAUDARA diatas dengan pengwujudan NAMA blog ini yg dilihat seperti provokasi kepada individu. soalan saya, mengapa ini boleh berlaku? mengapa tidak menggunakan nama saudara sendiri ataupun yang tidak melibat kan org lain.jika saudara mengatakan ianya hanya nama,dan bukan provokasi kaepada individu lain tetapi mengapa ada poster yg mengaitkan DSAI dengan geng bush. ini satu bukti.
tidakkah ia kelihatan seperti ketidak jujuran dalam membuat setiap perkataan dalam kenyataan.
inikah tindakan yg sentiasa diambil oleh president sebuah organisasi .sungguh tidak beretika sama sekali. saudara harus mengubah nya.
saya bukan lah pencari kesalahan sesiapa. tapi saya akan berusaha menjadi penegur kepada sesiapa. sesama ISLAM.
Hanya ISLAM yg sentiasa kekal. bukan MELAYU.
Harga minyak naik, orang malaysia masih cukup makan kan kan kan. Mentaliti Melayu. Cukuplah. Uhuk!
Aku rasa orang yang kutuk shabery cheek lagi tak faham format..
Tajuk debat, hari ni jadi kerajaan, esok turun harga minyak kan?
Ini untuk Anwar jawab bukannya Shabery..
Shabery kalau dok senyab bisu pun, bukan masalah dia..tapi nak jawab tajuk tu masalah Anwar sebab Anwar yang janji nak turun harga minyak, bukan shabery..
Kalau Anwar dok lari jawab soklan mcm apa nak buat kalau minyak habis, mcm mana nak jadi PM?
Hangpa kata saja Shabery serang peribadi Anwar..
Anwar lagi tak gentleman, dia serang Nordin kardi bila tanya soklan dengan kata ooo..ini cara kaunseling, sebab Nordin Kardi bekas lecturer kaunseling..
Nordin Kardi ni tak boleh jawab balik psal dia assistant saja..Tukang tanya soklan..Nak jawab balik tak boleh....Apa punya attitude Anwar pukul org kena ikat?
Lagi tak gentleman..Hangpa tak perasan ka????Tibai penanya soalan..Apa punya etika tu?
Tu ikut MADUM Anwar fail...ada paham?
Anwar pun ungkit Shabery tu bekas 46..lupa noo?
Shabery tu kira baikla...kalau nak serang peribadi, kes liwat boleh keluaq..kes menyorok kat kedutaan turki..kes tak mau pi balai..tapi shabery tak buat..Kira dah cukup baguihla tu...
Yg dia pertikai..track record...kan nak jadik PM..kalau dulu cakap tak serupa bikin, track rekod pun buruk, macam mana hari ni jd PM, esok nak turun harga minyak?
Blog ni kire bagusla sebb approved komen2 yg -Ve. cube tgk blog DSAI, seme komen memuji dia je.. naik muak aku baca. Aku try komen -ve sket kena rejek.. tk adil btol.. Anwar mmg tk sesuai jg PM malaysia. Sesuai jd President US..haha..
Website is Pro BN!
cakap telur busuk baik nilai and patut dibayar RM100 sebiji
saya menjemput anjing BN pergi malaysia today dan bagi komen...tengok macam mana kamu kena SHOOT kau kau
si ANJING yang tak comel dan berbau Babi!
saudara arinizam..
mengapa kadar subsidi yang saudara bangkitkan...
bukankah perdebatan itu tentang penurunan harga minyak...
benar,subsidi juga adalah perkara pokok dalam isu ini..
tetapi perbincangan itu adalah bagaimana penurunan harga minyak dapat dilaksanakan jika Pakatan Rakyat memerintah...
saya sokong dgn saudara anonymous diatas..penilaian yang dilakukan oleh penulis adalah tidak matang.
saya berkata tidak mengikut emosi.
tetapi berdasarkan perdebatan dan apa yang telah diutarakan oleh saudara penulis..
jika saudara menentukan kemenangan untuk pihak Shabery,pasti ramai tidak bersetuju..
RM625 dan RM150 itu adalah untuk rakyat yang berkenderaan.bagaimana mereka yang tidak memunyai kenderaan?
dapatkah saudara buktikan tentang subsidi yang tinggi harus ditanggung oleh kerajaan?
dan satu lagi..perbincangan itu bukanlah khusus untuk orang melayu,tetapi untuk semua rakyat Malaysia..
suadara cuba bermain dengan isu perkauman..
salam....
"Website is Pro BN!
cakap telur busuk baik nilai and patut dibayar RM100 sebiji
saya menjemput anjing BN pergi malaysia today dan bagi komen...tengok macam mana kamu kena SHOOT kau kau
si ANJING yang tak comel dan berbau Babi!"
kena shoot? bodoh kau ni..kau tau tak setiap komen aku kena rejek? tak sempat keluar pu dan kena rejek.
sama jugak kat web anwar semua kena rejek!
kebebasan bersuara konon! hark ptuih kerjanya menipu je.
ggk21
salam pro botak dan sahabat sahabat,
saya hanya sebut perdebatan ini adalah perkembangan baik untuk politik orang Melayu, bukan perkaumaan. Apakah kita tak nak langsung sebut terma "Melayu". Lagipun kedua dua orang yang berdebat di atas pentas ialah Melayu. Kita tidak pernah nafikan hak kaum lain di negara ini. Cuma keadaan ini bagus kiranya semua pemimpin Melayu dapat berdebat dan berdiskusi dengan cara yang konstruktif tanpa perlu gunakan cara lain seperti demonstrasi. Ini membuktikan bahawa Melayu layak jadi pemimpin baik dalam kerajaan atau pembangkang. Kita berada di negara kita yang dulu asalnya nama Tanah Melayu. Maafkan saya kalau pro botak bukan Melayu. Namun Malaysia ini adalah monumen kasih sayang antara kaum yang paling agung di dunia ini, ianya tidak ada di negara lain. Anwar yang bawakan soal subsidi minyak, 5 bilion tak cukup untuk turunkan 50 sen. Perkiraan Anwar silap. Mungkin kerana ketidak cekapan penasihat dan AIC yang memberi input kepada Anwar. Baca artikel lanjut di blog saya. Dalam sesetengah bab, kalau kita berkeras hati dan berdegil nak tegakkan benang basah, ianya tidak akan ke mana. Kalau akui kebenaran, kita akan temui ketenangan. Kalau kita mencari kepuasan diri sendiri, kita akan sering berkonflik dengan diri kita untuk menolak kebenaran. Ada perkara kita mudah fahami. Ada perkara yang kita memang tidak pernah nak faham pun.
Jangan setakat bercakap dekat sini tapi tak berani nak bercakap dekat luar. Setakat menaip fakta - fakta kosong, semua orang boleh buat.
Takpalah, kita tunggu rakyat bangun.
Rakyat dah nampak siapa yang patut dijatuhkan.
"Harga minyak naik, Melayu cukup makan" - tak habis - habis dengan Melayu, Melayu, Melayu.
Ini Malaysia saudara, jangan lupa kita ada bangsa lain selain daripada MELAYU dekat sini. Even budaya Melayu kita pun banyak yang ditiru dari luar, tak habis - habis Melayu.
Kita semua manusia, ok? MANUSIA.
Jadi hak patut dibahagia dengan sama rata.
Grow up.
Umno Terus Maju....
Untuk RAKYAT MALAYSIA...
but umno should think about how to reduced the inflasion and living cost in MALAYSIA.
bila anwar jadi PM terus harga minyak turun 50sen.alhamdulillah... ringan sikit beban rakyat.tapi bagaimana pulak dengan hak2 istimewa bumiputera? boleh kekal ke? jangan sampai semua sama rata sudah. sebab ini yang diperjuang oleh pakatan rakyat,khususnya DAP..ini lebih membimbangkan.
'wei sedara yg bangang dan x nmpk tipu daya Anwar tu sedar lah.. org ni pndi ckp je. buat la kajian sket psl isu2 semasa kat dalam dan luar negara ni. korg kalo xnk naik harga minyak pergila duduk kt Venezuela sana tu. Harga minyak seliter 10 sen. untung2 dpt kahwin ngan Miss Universe tu.'..buat sedara yang xberani letak namanya tu gunakanlah akal bila berkata2..akallah yang membezakan manusia dgn binatang...jadi gunakanlah akal sebaik-baiknya...jgn biarkan emosi mengawal akal..biar akal mengawal emosi..'Anwar kata keuntungan Petronas tidak diurustadbir dgn baik...kalau tdk diuruskan dgn baik masakan termasuk dlm majalah Fortunes sbgi 8 syarikat di dunia plg untung...ini kenyataan..' pembetulan..bukan dia kata keuntungan petronas x diurus dgn baik..ttp pengurusan kewangan yang diperolehi drpd petronas yang tidak diurus dengan kebijakan...siapa yang meguruskan kebijakan tersebut? kerajaan bukan?..siapa yg pegang kerajaan skrg?..gunakan lah akal..isu minyak hanya satu contoh dari kebanyakan isu yang lain..orang lebih mudah memahami dan juga banyak menggunakan minyak pada masa ini..makanya isu ini dibangkitkan untuk debat tersebut..sekali lagi akal memainkan peranan.<< Xkanlah nak harapkn Petronas punye keuntungan utk dijadikan subsidi smpikan satu masa nnti Petronas tiada keuntungan.>>.mengenai pemberian subsidi, untung rugi petronas semua itu berbalik kepada sistem pengurusan...sistem pengurusan yang baik akan menghasilkan pulangan yang baik..ibarat sebatang pokok, jika akarnya tidak sihat adakah pokok itu sihat? jika pokok itu 'sakit', hasilnya juga ikut sakit!..negara ini adalah pokok dan kita adalah akarnya...gunakan akal.<<.Apa yg kerajaan buat skrg adalah untuk generasi masa depan yg terdiri drp anak2, dan cucu saya dan saudara dan bukannya untuk masa sekarg je...Xkan lah kita nak anak2 kita terhimpit dgn masalah yg lebih teruk dari apa yg kita hadapi skrg?>>..mcm nilah klu skrg ini kita dah pun mula teruk apa mungkin anak2 kita lebih teruk dr skrg?...skrg ini saja dah banyak org kaya jadi marhaem apatah lg org yg x kaya? yg miskin dah jadi apa?..mslh sosial jd lebih parah, hubungan kekeluargaan jg tambah parah dek penangan ekonomi skrg..persoalannya skrg..bagaimanakah kita dapat menguruskan hasil sumber yang ada dgn baik dlam masa yang sama kita dapat menghasilkan pulangan yang lebih baik tanpa membunuh 'akar' yang sedia ada...'Kalo lah Anwar turun harga minyak arini kenapa dia hanya turrun rm 2.20 kenapa x turun smpi harga rm1.92 seliter? Atau turun lagi drp harga itu? fikir2 kan lah. Di sini pun Anwar dah putar belit. Kalo dia turun pun sampi bila bole tahan?'..haa disinilah kita dpat membezakan sama ada seseorang itu menggunakan akalnya atau tidak...'kebijakan..penggurusan..hasil...pulangan...dan kesejahteraan'...gunakanlah akal anda untuk menggunakan ayat diatas..mudah-mudahan anda jumpa apa yang dicari..wassalam
Anwar was focused, relaxed and professional. "If there was a contest, Anwar would have won hands down 10 to 1," he said in a statement here Wednesday.
The Minister, he said, also did not answer the question posed by a member of the panel on how the RM13 billion savings from subsidy would be utilised to improve public transportation as only RM800 million was spent from the earlier commitment of RM4 billion from a similar saving.
Shabery did not seem to listen to what Anwar was saying to the extent that the Minister could not differentiate between the revenues from Petronas to the government (which Anwar was referring) and the revenues retained and invested by Petronas.
He said the Minister was more interested in talking about the politics of the past (1974) which was totally unrelated to the debate rather than the current fuel price issues affecting the people.
"Unlike Anwar, who respected his opponent and avoided personal attacks, Shabery was totally defensive and unprofessional. Hence, Shabery should keep his pledge and resign. He is giving a bad leadership example for young people," he said.
Catat Ulasan