MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Jul 2008

Kenapakah Anwar kelihatan sukar bersumpah ?


Kenapakah Anwar kelihatan sukar bersumpah ?


Isu liwat Anwar-Saiful yang dikatakan mengelirukan rakyat, telah diusul penyelesaiannya oleh Mufti Perlis, Dr Mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Beliau mencadangkan Anwar dan Saiful bersumpah laknat (bermubahalah) dengan lafaz:

"Ya Allah! Jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku" untuk Anwar.

"Ya Allah! Jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku" untuk Saiful.

Sebentar tadi Anwar sudah umum kesediaannya untuk bersumpah, dengan syarat:

1. Kes beliau dibicarakan sepenuhnya di Mahkamah Syariah
2. Mengikut nasihat ulama

"Saya bersedia bersumpah asalkan dinasihatkan ulama. Jika mahu ikut syariat Islam, kerajaan boleh hadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Masa itu kalau diperlukan bersumpah, saya sedia (untuk bersumpah), kata beliau, dipetik dari mStar Online. Laporan berkaitan juga boleh dibaca di sini.

Manakala bekas pembantunya, Saiful turut menyatakan kesanggupannya untuk bersumpah.

(I)

Ada sedikit percanggahan faham berhubung isu ini.

Harakahdaily melaporkan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain berkata Anwar tidak perlu bersumpah kerana ia tidak menepati undang-undang Islam.

Berikut merupakan petikan laporan berkenaan:


Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.

"Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," tegasnya.


1. Dalam laporan lain, Harussani sebelum ini menyatakan Anwar perlu bersumpah sekiranya tiada bukti dan keterangan yang boleh dijawab. Lihat laporan ini.

2. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam. Lihat laporan ini.

3. Dr Asri berkata, bersumpah dengan menjunjung Al Quran bukanlah kaedah Islam dan beliau tidak mencadangkan sumpah dengan kaedah itu. Lihat laporan ini.

Ini masalah media agaknya. Kita tidak mempersoalkan kredibiliti wartawan, tetapi kita ragu-ragu pada ketepatan fakta yang dikeluarkan oleh tokoh agama di atas - sebab kecondongan politik.

Malah, kalau dirujuk pada laporan-laporan di atas, kita takut kalau-kalau tersangka bahawa tokoh-tokoh ini tidak 'sebulu'. Misalnya, ia telah pun dibuktikan pada petikan laporan Harakahdaily ini:

Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, "itu cadangan dari orang yang terlebih pandai."

(II)

Saya masih tidak mengerti kenapakah Anwar kelihatan seperti sukar untuk bersumpah, walhal beliau berkeras mengatakan ini hanyalah konspirasi. Ada beberapa dalih yang terang-terang ditunjukkan, misalnya mahukan perbicaraan di bawah bidang kuasa syariah dan khabar-khabar yang menyatakan beliau cuba lari daripada menjawab soalan wartawan berhubung isu sumpah, sebelum ini.

Antara lain, soalan yang timbul ialah - bagaimanakah yang dikatakan 'mengikut nasihat ulama' - ulama yang mana, adakah hanya pada mereka yang menasihati Anwar tidak perlu bersumpah? Atau keputusan majoriti Majlis Ulama Malaysia?

Perbuatannya ini lebih menambah curiga, apatah lagi sesudah fakta penghakiman kes liwatnya sebelum ini dibangkitkan semula:

Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah ke atasnya (Chedet.com).

Anwar tidak perlu menunjukkan rambang ketakutan, bahkan kesediaannya secara tegas boleh menjerat politikus lain, misalnya TPM sendiri berhubung isu Altantuya.

Oleh Hamdi Hanapi pada 1:31 AM

baca artikel asal di akalmuda.blogspot.com

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,


Khas untuk penyokong setia Anwar.......

Mengenai Soal Anwar yang beria-ria nak jadi PM, di sini saya catitkan rentetan kisah Anwar kepada semua..........


1.Pernahkah anda tahu Anwar telah membuat keputusan utk membuat pinjaman drpd IMF yang diterajui Yahudi ketika Malaysia gawat pada tahun 1997-98(ketika itu Menteri Kewangan)?

2.Pernahkah anda tahu tindakan Anwar itu menunjukkan dia ingin menjual Malaysia kepada Yahudi?

3.Pernahkah anda tahu Anwar pernah berjumpa PAUL WOLFOWITZ, neo-konsevatif Yahudi yang menjadi arkitek perang di Iraq(juga pengerusi IMF sekarang) untuk mendapat sokongan supaya beliau dapat menjadi PM Malaysia?(video ada di Youtube- Angkara Yahudi di M'sia)

4.Pernahkah anda tahu Anwar pernah mengatakan tiada social justification di Malaysia dalam satu wawancara secara langsung di Indonesia juga memburukkan Malaysia yang ditonton puluhan juta rakyat Indonesia?(video ada dalam Youtube)

5.Anwar juga menyokong Indonesia dengan mengatakan kes kekejaman Nirmala Bonat biasa berlaku di malaysia seolah-olah rakyat Malaysia suka mendera sedangkan banyak jenayah dilakukan rakyat Indonesia di Malaysia?

6.Pernahkah anda tahu Anwar menyokong Hindraf yang mengatakan berlaku penghapusan etnik Hindu di Malaysia sepertimana rakyat Bosnia ketika dibunuh Serbia.

7.Pernahkah anda tahu Anwar pernah berusaha menjatuhkan TUN semasa dia menjadi TPM dengan merancang Pemilihan Agung UMNO sebagai medan terakhir TUN tumbang jawatan Presiden?

8. Anwar juga menyatakan dengan tegas dalam wawancara di New York dan Singapore bahawa dia akan menghapuskan DEB apabila dia berkuasa sebagai PM?

9. Anwar kan berusaha dengan apa cara sekalipun termasuklah mendapatkan sokongan orang Cina, Hindu dan Yahudi demi mencapai cita-citanya menjadi PM bulan September ini.

Berfikir sebelum bercakap atau menulis ...

Banyakkan membaca atau carilah bukti sebelum limpahkan idea yang tiada membawa manfaat,

Video menunjukkan pengakuan TUN yang Anwar tidak bersalah telah diedit. TUN telah mengakui hal tersebut semasa temubual bersama wartawan ketika TUN berkempen untuk Mukhriz di Jerlun pada PRU 12.(lihat Youtube-taip Bongkar Putar Belit 'Video Pengakuan Mahathir Zalimi Anwar' ada link ke website dan article untuk di baca)

Wasalam....

(teks diambil dr msg seorg pengunjung chedet.com)

Samwan berkata...

saya tak sokong anwar tapi tidak menyokong rasuah.

adakah anda terfikir implikasi apabila Malaysia menerima bantuan IMF pada 1998.
1. Seluruh perbelanjaan akan di audit
2. timbul lah salah laku rasuah bila diaudit
3. sapa yg akan menjawap soklan rasuah itu

cuma sekadar renungan saja

Tanpa Nama berkata...

Anwar adalah syaitan.

Dia bersahabat dgn org2 jahat.

Dia meminta wang dgn Amerika.
Dia terdesak nak jadi PM.Kalau tak dapat bulan 9 ni, mampus dia. Jd mcm Buttho. Agen yg gagal. Duit habis dikebas.

Dia dah deal dgn Amerika, bukan
PAS & DAP. Sebab tu Pas & DAP tak terdesak sangat.

Nak sumpah liwat tak berani. Pasal apa? Sumpah la kalu tak liwat.
Kalau dah tau tak ada moral berenti. Clinto dulu pun berenti.. baru oral aje..

Tanpa Nama berkata...

samwan..apa guna nya di audit kalau negara tergadai, pakai otak sikit. semua negara yang termakan pinjaman IMF sampai sekarang kedaulatannya di liwat...dan tak bebas membuat keputusan...itu kau nak?

ggk21

Tanpa Nama berkata...

Tujuan Anwar mahu dibicarakan oleh mahkamah syariah ialah fahaman DSAI ialah untuk membuktikan kenyataan, memerlukan 4 orang saksi yang tiada boleh dipertikaikan kewibawaan saksi saksi itu .... Manalah ada org meliwat, berzina atau mangsa rogol bawa saksi untuk kejadian sedemikian. Boleh ker Mahkamah syariah membenarkan bukti forensik seperti mana Nabi Musa memnta mangsa bunuh memberi keterangan drngan mukjizat baginda???

Tanpa Nama berkata...

Anda HEBAT! Anda sudah tahu kebenarannya. HEBAT! HEBAT! HEBAT!