13 Julai, 2008 17:52 PM
KOTA KINABALU, 13 Julai (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hanya akan menjalankan siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut peruntukan qazaf sekiranya siasatan polis dan laporan Jabatan Kimia membuktikan ada kes, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya beliau telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Datuk Ibrahim Lembut dan penasihat undang-undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mengenai hukum dan peruntukan qazaf dalam enakmen undang-undang syariah.
Beliau berkata dalam kes yang mungkin tidak mempunyai saksi, beliau diberitahu bermubahalah atau pengakuan bersumpah merupakan langkah terbaik bagi membuktikan pihak yang benar atau salah.
"Siapa yang menuduh dan juga yang dituduh hendaklah bersumpah jika tidak ada empat orang saksi, kedua-dua pihak perlu bersumpah laknat bagi membuktikan siapa benar atau salah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana dan Pengurusan Islam Kepada Pemimpin Wanita di sini, Ahad.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang dibuat oleh Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat kepada Jawi pada 9 Julai lalu yang menuntut supaya tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Anwar meliwatnya.
baca sumber asal di bernama.com
3 ulasan:
Tak paham betul la dgn Anwar ni.
Dulu hentam Mahkamah Syariah kaw..kaw.Sekarang minta bantuan dgn Mahkamah Syariah plk.
Ludah lepas tu jilat balik
Apa jenis orang da.......
Betul tu...
Anwar ni lidah bercabang
Tak tetap pendirian...
Korang perasan tak kenapa Anu war gunakan Mahkamah Syariah? Sebabnya, diakan org belakang (bukan jubor ye) di sebalik IFC. IFC byk kali tewas kepada kes-kes berkaitan Mahkamah syariah seperti kes Lina Joy dan Kes Moorthy. Jadi, sekarang, dia nak buktikan Mahkamah Syariah takder hak utk berada dalam Perlembagaan Persekutuan kerana peruntukan Mahkamah Syariah dan Sivil bertindih serta menyebabkan rakyat Malaysia keliru dan sekiranya ini disokong oleh bukan Muslim, Mahkamah Syariah hanya tinggal nama dan tidak lagi berada dalam Perlembagaan Persekutuan. Allah jahanmkan Anu war !! Ameeen..
Catat Ulasan