MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Jul 2008

DEBAT ANWAR - KOMEN TUN DR MAHATHIR



DEBAT ANWAR- KOMEN TUN DR MAHATHIR


1. Saya harus mengucapkan tahniah kepada Kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Badawi kerana membenarkan debat antara Pembangkang dan Kerajaan, khususnya antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Shabery Cheek.

2. Ia bukanlah satu pertandingan yang adil. Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan didalam keadaan tertekan.

3. Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar.

4. Sebagaimana yang saya katakan, Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya. Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terhadap Anwar kali ini adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri.

5. Pada masa lalu saya adalah sasaran utama. Dato' Seri Abdullah telah menafikan pembabitannya kali ini tetapi media Barat dan teman-teman Anwar dari Amerika tidak dapat diyakinkan dan akan terus mengaitkan Abdullah.

6. Tetapi, adakah Kerajaan sekarang sebegitu bodoh dan tidak mempunyai daya imaginasi untuk menggunakan "taktik" yang sama terutamanya memandang kepada sikapnya yang kritikal terhadap Kerajaan dahulu? Pastinya ia mampu untuk menggunakan cerita lain yang lebih meyakinkan jika ia memang merancang ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Ada kebarangkalian bahawa ceritanya sama kerana ianya benar.

7. Mungkinkah pihak yang membuat lapuran kali ini seorang yang cuba meniru? Agak mustahil. Tidak ramai yang sanggup kehadapan dan mengumumkan sesuatu yang amat mengaibkan seperti kena liwat. Sebenarnya, dalam peristiwa yang lalu, sekurang-kurangnya dua orang menemui saya dan membuat pengakuan mereka telah diliwat oleh Anwar. Tetapi mereka tidak sanggup membuat lapuran ataupun menjadi saksi dimahkamah. Bagaimanapun, seorang dari mereka telah pergi menemui Imam Masjid Negara (sekarang ini ahli parliamen PAS) untuk mendapatkan nasihat dari sudut agama.

8. Ada beberapa tabiat yang sukar untuk dibuang. Perokok tegar akan menyatakan sedemikian. Begitu juga penagih dadah.

9. Sudah pasti ini tergantung kepada mahkamah untuk menentukan dan inipun jika kes ini akhirnya sampa kemahkamah. Mahkamah mungkin mendapati Anwar bersalah. Dia kemudiannya boleh merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi malahan kemahkamah-mahkamah khas yang diadakan untuknya.

10. Jika dia berjaya membuat Saiful kelihatan sebagai pasangan yang rela seperti didalam kes Azizan, maka kenyataan Saiful tidak boleh dianggap sebagai bukti yang tidak dapat dipertikaikan. Anwar akan dibebaskan.

11. Anwar telah menolak untuk bersumpah diatas Quran untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Tetapi Saiful sanggup untuk melakukannya didalam masjid dan disaksikan oleh alim ulamak.

12. Tetapi ada seorang Mufti yang menentang cadangan ini. Jika seseorang itu tidak bersalah mengapa dia tidak boleh bersumpah untuk membersihkan namanya.

13. Menimbulkan isu "qazaf" hanyalah bertujuan untuk megalihkan tumpuan. Ianya satu ugutan terhadap sipenuduh iaitu jika dia tidak dapat mengemukakan saksi-saksi dianya akan dituduh melakukan fitnah dan akan dihukum sebat.

14. Didalam Quran terdapat banyak penekanan terhadap keadilan. Berulangkali (sekurang-kurangnya 43 ayat) didalam Quran menyeru "bila kamu menghukum, hukumlah dengan adil."

15. Syariah itu bukanlah sekadar proses membuat penghakiman dan menjatuhkan hukuman. Undang-undang syariah bertujuan untuk memastikan keadilan dilaksanakan. Akan menjadi satu ketidakadilan jika orang yang menjadi mangsa dihukum (kerana gagal mengemukakan empat orang saksi) manakala orang yang melakukan penganiayaan lepas bebas. Ini adalah satu ketidakadilan yang ketara. Pastinya tidak mungkin undang-undang Islam mengabaikan keadilan dan cuma tumpu kepada perbicaraan dan hukuman.

16. Diriwayatkan didalam Quran mengenai Zulaikha yang cintanya kepada Nabi Yusof dan dianya dipercayai mengejar Yusof kerana baju Yusof koyak dibahagian belakang.

17. Amat jelas Quran menerima bukti-bukti bersandarkan kepada keadaan (circumstantial evidence) walaupun tidak disokong oleh saksi-saksi. Ini kerana Islam meletakkan nilai yang tinggi kepada keadilan. Proses yang diambil didalam membuat sesuatu penghakiman adalah untuk memastikan keadilan tercapai. Proses itu tidak boleh disalahgunakan dan diperalatkan untuk menyekat keadilan.

18. Kerana itu Anwar tidak harus mengelakkan diri dari diadili dengan menimbulkan soal qazaf. Dia mungkin boleh mencuba melakukannya dengan undang-undang buatan manusia tetapi dia tidak harus menggunakan hukum Allah untuk mencapai ketidakadilan. Ianya melanggar lunas Islam dan ini adalah berdosa.

baca artikel asal di chedet.com

5 ulasan:

Unknown berkata...

dr.m mmg hebat
tapi nuar mmg bodoh

apo nak dikato? nuar...nuar

pengkhianat bangsa melayu moden=nuar

lepas ni mula la belakon drama sakit itu ini pulak...

patut pun org gelar nuar ni 'drama king'

dulu nak pilihanraya 12, cakap pok pek pok pek nak bagi petrol 30sen 1 liter. la ni nak bagi turun 5 kupang je?
kesimpulannya:
bodoh=nuar=bodoh

DR N berkata...

Bodoh betul si nuar ni. Last time sebelum PRU12 kata nak turun kan minyak 30sen. Masa tu minyak baru 1.92 se liter. Maknanya jadi 1.62 se liter lah. Sekarang turun lebih sikit dari tuh...

Camana nak memerintah, pembohong besar, penakut, tak ada teloq, kalau ada pun guna kot lain.... hampeh!

Dah perintah selangor, turunkanlah minyak! Apsal tak turn 30sen hah? Kau janji nak turun, tapi tak turun turun gak, yang naik barang lain... untuk kegunaan lain... hampeh2x!!!!

Sape yang buta huruf, buta tuli, buta akal dan fikiran yang pangkah lebai songsang nih?

Wan Azizah, kasi dia TALAK 3!!!

jebat berkata...

Azizah,jangan kau hipokrit,nak lindungi ANU-war syaitan yang bertopeng manusia.Laki kau tu lebih hina dari pelacur & pondan yg menjual tuboh.Tak takut AID ke.Kasihan anak2 kau yg terpaksa mengikut rentak bapa segala syaitan,yahudi,dajal yang ada didunia. Semoga ALLAH membuka pintu hati kau . . Azizah

jebat berkata...

Azizah,jangan kau hipokrit,nak lindungi ANU-war syaitan yang bertopeng manusia.Laki kau tu lebih hina dari pelacur & pondan yg menjual tuboh.Tak takut AID ke.Kasihan anak2 kau yg terpaksa mengikut rentak bapa segala syaitan,yahudi,dajal yang ada didunia. Semoga ALLAH membuka pintu hati kau . . Azizah

Stan berkata...

HEI...KAMU BUDAK YANG DILIWAT? MACAM MANA KAMU TAU? TAK MALUKAH KAMU SEMUA? KAMU TAU EKONOMI? MACAM MANA BOLEH SESIAPA BOLEH TURUN HARGA MINYAK TANPA PERLEMBAGAAN? BODOH? CAKAP BN...KENAPA NAIK HARGA? KALAU NAIK, SIKITLAH. BUKAN SEPERTI TINGGI ITU..KALAU NAK TURUN, PUN SIKIT...IA AKAN MENGELIRU EKONOMI ITU..FIKIR ITU AIR LONGKANG? KALAU DIA SALAH, DIA KENA PENGAJARAN..KALAU DIA TAK ADA, OK LAH..JANGAN SUMPAH BINI DAN ANAK ANAK..KAMU ADA HAK? SAYA KAGUM DR M..TAPI DIA PUN ADA MAKAN DAN KERJA..CUKULAH 50 TAHUN...PAK LAH? KJ? SAYA KECEWA LAH...JANGAN CAKAP KAMU TAK ADA CARI AYAM-AYAM LIAR? KONONNYA