MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Jul 2008

Cabar Anwar bersumpah junjung Al-Qur`an


Cabar Anwar bersumpah junjung Al-Qur`an


ANWAR Ibrahim tidak perlu menyalahkan sesiapa. Baik polis, kerajaan, UMNO atau sesiapa sahaja apabila dituduh meliwat. Anwar juga tidak perlu menggunakan rakyat jelata sebagai benteng untuk mempertahankan dirinya bagi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah dan Anwar juga tidak perlu menggunakan pentas ceramah politik ketika ini untuk memutarbelitkan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya dengan menyalahkan orang itu dan orang ini.

Editor Utama Malaysia-hariini.com, Mohd Rafi @ Eman JR, Mobile: +6012 6882 089, mencabar Anwar bersumpah junjung Al Quran untuk membuktikan kebenarannya tidak meliwat.


Anwar juga tidak perlu menggunakan ataupun mengulangi kembali skrip ucapan lama beliau seperti tahun 1998-1999 dengan mendakwa bahawa ada konspirasi yang sedang dibuat bagi membunuh karier politiknya kerana hari ini rakyat sudah semakin cerdik untuk menilai mana satu cerita bohong dan mana satu cerita benar.

Dan hari ini cakap Anwar masih belum terbukti benar apabila tidak ada seorang pun MP UMNO melompat parti, sehingga hari ini kerajaan Barisan Nasional masih memerintah dan Anwar terus memutarbelitkan segala kenyataan hanya sekadar mahu menyedapkan hati penyokong dan wakil rakyat mereka sendiri. Kononnya mereka akan jadi kerajaan.

Sebagai seorang Muslim yang menganut agama Islam, Anwar ada satu senjata untuk membersihkan diri beliau dari segala tuduhan ini dan bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bersih dan tidak berdosa serta tidak melakukan liwat terhadap Saiful ataupun sesiapa sahaja, Anwar dicabar untuk bersumpah dengan menjunjung kitab suci Al-Qur`an dimana sahaja masjid dalam Negara ini dengan disaksikan oleh semua ulama termasuklah Nik Aziz dan juga Haji Hadi.

Ini sahaja jalan ataupun pendekatan yang boleh menyelamat Anwar daripada segala tuduhan ini dan sumpah tersebut haruslah dibuat perlaksanaannya mengikut tatacara Islam seperti semua orang Islam ketahui. Kalau tidak percaya kepada ulama UMNO, Tanya Nik Aziz, bagaimana sumpah yang benar berlandaskan agama.

Anwar tidak perlu mengheret rakyat. Tidak perlu memohon simpati rakyat untuk tidak mempercayai segala tuduhan terbaru ini. Anwar tidak perlu mencari alasan dengan menjadikan Najib sasaran beliau. Kalau Anwar sememangnya berani dan dilahirkan untuk menjadi pemimpin ataupun Perdana Menteri dalam Negara ini, Anwar juga kena berani menyahut cabaran untuk bersumpah ini dan kita percaya sekiranya Anwar benar-benar tidak berdosa serta bersalah, Allah S.W.T akan menyelamatkan beliau tetapi sekiranya beliau benar-benar melakukan kesalahan tersebut, Anwar dan semua orang tahu risiko ataupun bala yang bakal Anwar terima.

Rakyat telah cukup lama terpedaya dengan segala helah politik Anwar. Rakyat telah lama termakan dengan segala bujuk rayu Anwar ketika meraih undi bagi kepentingan parti serta rakan-rakannya dan Anwar hari ini tidak perlu menggunakan topeng untuk menutup wajahnya sekiranya beliau benar-benar seorang yang bersih daripada melakukan dosa-dosa besar.

Kita kena percaya serta yakin bahawa seandainya kita tidak bersalah, diciptalah segala-galanya untuk mensabitkan, percaya serta yakinlah Allah S.W.T akan menyelamatkan seseorang itu daripada terkena malapetaka.

Dan Anwar harus menyahut cabaran ini.

baca artikel asal di malaysia-hariini.com

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Probably I can say with this blog make, more some interesting topics.

Tanpa Nama berkata...

Anwar ni makin lamer makin nampak dier nie ibarat macam PENGKHIANAT BANGSA

NTanwar berkata...

Beberapa teori & analisis sudah mula diperkatakan & diperbincangkan tentang kes Saiful Bukhari & Anwar.

Antaranya ialah seperti berikut:

Analisis Pertama: Saiful Bukhari dikatakan menjadi mangsa perbuatan tersebut oleh Anwar Ibrahim. Namun perkara ini disangkal oleh tertuduh dan para penyokongnya. Jika keputusan DNA positif, apakah orang-orang PKR akan percaya? Sudah tentu tidak. Malah perkara ini akan dikatakan sebagai fitnah oleh mereka.

Analisis Kedua: Saiful Bukhari dikatakan agen kerajaan oleh Anwar Ibrahim dan para penyokongnya. Saiful Bukhari dikatakan mereka-reka cerita liwat tersebut. Anwar sudah mula memperkatakan bahawa Saiful rapat dengan TPM, Rosmah dan Khairil Anas berdasarkan gambar ketika Saiful pergi memohon surat sokongan pinjaman MARA. Kononya, Saiful dikatakan meletupkan C4 yang kedua bagi menutup kes C4 Althantunya.

Analisis Ketiga: Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim sama-sama merancang kes ini agar dapat menutup semua kes-kes Anwar sebelum ini?. Sekaligus akan terhapus perkataan “liwat” dari kamus hidup Anwar. Ini kerana, Saiful amat obses dengan Anwar, tidak mustahil Saiful akan melakukan apa sahaja untuk kembalikan kredibiliti Anwar. Ianya semata-mata mahu membersihkan nama Anwar Ibrahim setelah kes dengan Sukma mendapat kemenangan 2-1.

Kes ini adalah kemuncak kemarahan rakyat pada kerajaan setelah Pak Lah dimarahi dengan isu minyak, maka Najib pula akan dibenci oleh rakyat kerana didakwa merancang kes liwat Anwar. Maka orang no.1 dan no.2 dalam UMNO/BN sudah dilemahkan, jadi rakyat akan anggap Anwar sahaja yang layak jadi PM pada September ini.

Menurut beberapa orang mahasiswa UNITEN yang rapat dengan Saiful Bukhari, mereka menyatakan bahawa Saiful Bukhari adalah seorang womanizer. Saiful Bukhari pernah mempunyai seorang girlfriend berbangsa Indonesia bernama Rafika Ida Murtia (bekas calon pilihan raya kampus UNITEN 2006/07).

Rafika Ida Murtia memakai kereta Chevrolet Aveo berwarna hijau. Menurut responden tersebut, Saiful Bukhari clash dengan Rafika setelah suka pada seorang perempuan yang lain. Persoalannya, atas desakan apa tiba-tiba Saiful bertukar taste?

Bagaimana gambar-gambar Saiful dengan Khairil Anas, Shahir Samad, Azalina dan Tok Pa boleh didedahkan dalam masa yang singkat dan terancang oleh penyokong PKR?

Apakah tidak ada gambar-gambar lain sama dalam folder gambar tersebut? Dari mana gambar itu diambil? Atau ianya sudah dirancang?

Allah SWT tidak akan menzalimi orang yang teraniaya. Namun setiap daripada kita adalah makhluknya yang tidak terlepas dari melakukan salah dan silap.

Tom Casey (Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat) menentang sebarang siasatan ke atas Anwar. Sayang benar Amerika pada Anwar. Mengapa ya?

Apakah Anwar tergolong dalam golongan orang-orang yang maksum? Orang yang maksum tidak akan lari bersembunyi di kedutaan Turki.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

http://anginperubahan.blogspot.com/2008/07/saiful-bukhari-mangsa-atau-kambing.html

Tanpa Nama berkata...

Selain Anuar...

Ajak Rosmah (ni make sure sebelum bersumpah pakai tudung dulu), Najib bersumpah yang dia takde kena mengena dengan kes pembunuhan atlantuya..

So jangan ingat sumpah ni senang jer..

kalau anuar..siasat..kalau rosmah..nafi ikut media pun dah ok

NTanwar berkata...

Asalamualaikum rakyat malaysia yang saya kasihi, ini adalah makluman kepada anda bahawa kita telah kenal pasti ketua penupu besar iaitu penasihat PKR, keraguan saya ialah jika penasihat itu tidak bersalah kenapa harus beliau lari ke kedutaan Turkey, malahan negara kita ini selamat daripada kekejaman dunia.

Walaupun ada ugutan membunuh beliau dimana saya tidak percaya kerana ini semua adalah rekaan semata-mata. untuk makluman penasihat PKR ini hanya berdepan dengan pegawai kanannya bukannya hantu jembalang dan dia mesti tahu perwatakan orang kanan dia.

dia menuduh kerajaan konspirasikan cerita ini dan membunuh karier politiknya jika jangkaan meliau benar, mengapa harus perdana menteri kita keluarkan beliau daripada bilik besi, seharusnya beliau tidak dikeluarkan. Jangan lah dijadikan isu ini sebagai isu yang tidak masuk akal.

semasa beliau dikeluarkan ramai yang tidak bersetuju dan marah kepada perdana menteri kita, beliau seharusnya berterima kasih kepada kerajaan malaysia kita. bagi pendapat saya, Jika dia tidak bersalah saya syorkan dia pergi ke masjid di depan Tok Guru Nik Aziz beliau menjunjung sumpah quran dan mengatakan beliau tidak berbuat demikian.

saya serta rakan-rakan saya yang beribu-ribu diluar berpendapat orang kanannya tidak tahan diperlakukan sebegitu.

oleh kerana itulah beliau membuat laporan. saya juga merasai yang membuat laporan ini bukannya orang bodoh atau penipu.

presiden PKR harus peka dan tahu apa yang suaminya lakukan jangan tuduh melulu kepada orang di luar. pemimpin-pemimpin kita semuanya berpelajaran dan mempunyai minda yang cerdik. saya menyeru kepada ahli-ahli PKR janganlah anda gadaikan negara ini demi kepentingan parti anda..

saya mohan kepada kerajaan malaysia menjaga keselamatan si mangsa.

BrokenTHEcode
http://brokenthecode.blogspot.com/2008/06/penipu-nombor-satu-dunia-boleh-jadi.html

NTanwar berkata...

Saiful in hiding, uncle has faith
The man who lodged a police report against Anwar Ibrahim - his special aide Mohd Saiful Bukhari Azlan - is already undergoing a character trial on the Internet. Further, the most talked about 23-year-old in Malaysia is nowhere to be found.

Saiful now stands accused of being part of a conspiracy plot orchestrated by politicians from the Barisan Nasional government to defame or have Anwar jailed once again.

He alleged that the PKR de facto leader sodomised him at a luxury condominium in Damansara.

And at a PKR press conference yesterday - and now all over blogs and the Internet - pictures of Saiful and various BN politicians were distributed.

Besides posing with ministers like Shahrir Abdul Samad, Azalina Othman Said and Mustapa Mohamed, Saiful has also taken pictures with Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak's special officer Khairil Anas Yusof.

Najib today denied any involvement with Saiful.

A visit to Saiful's home in Bandar Utama in Petaling Jaya this afternoon showed no signs of people.

However, after several minutes of buzzing the house bell, a man who said he was Saiful's uncle answered the door.

A good kid

According to the uncle, who did not want to give his name, his nephew had gone into hiding and he had not contacted him since news of the report broke out on Saturday.

"But I believe in Saiful," said the twenty-something-year-old at the double-storey house. "He is a good kid and all that he has done, he has done with honesty.

"I just got back from Perak and we've not been in touch but I know why he lodged the report," he added.

Teary-eyed, the uncle said that his nephew reported the matter as he wanted to expose the PKR leader for what he was.

When asked about Saiful's alleged links to Umno politicians, the uncle brushed them off.

"We've got no help or connections with Umno. All he wanted to do is to expose the heinous crime."
Besides his safety, Saiful also stands to lose big if his allegations do not hold water.

At midday today, Anwar's lawyers have filed a defamation suit against the former Uniten dropout.

In the suit which was filed at the Kuala Lumpur High Court registry in Jalan Duta, Anwar also claimed that the police report lodged by Saiful was an abuse of the process of law.

Anwar is also in hiding
Meanwhile, Anwar is also in hiding - albeit in a more public and protected enclave - at the Turkish Embassy.

Citing unidentified sources who want to harm him, the former deputy prime minister moved into the embassy at 6am yesterday.
This was after Saturday's press conference where Anwar revealed that he had evidence implicating police chief Musa Hassan and attorney-general Abdul Gani Patail of alleged misconduct during his trials in 1998-1999.

PKR officials have postponed their plans to lodge a police report against the duo, a decision probably caused by the present developments.

Family shoots down conspiracy theory

PETALING JAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan’s family stands by him and stresses that no one put them up to accuse Datuk Seri Anwar Ibrahim of sodomy.

An uncle of Mohd Saiful, who did not want to be named, said the family was on its own in this matter.

“We are not getting any backing from the Government. We are on our own but as a family we fully support Saiful.

“We had asked for the Government’s help but they have chosen to back off and not dirty their hands,” he said when met at his house here yesterday.

The uncle added that they had repeatedly called the Inspector-General of Police but were told to stop calling his number.

He said his nephew had initially approached the Bukit Aman police station to lodge his report against Anwar but they turned him away upon learning who he was accusing.

Mohd Saiful eventually found a police station in Kuala Lumpur which was willing to accept his report, his uncle added.

“Saiful is no longer in the hospital but is under police protection and even our family does not know his whereabouts,” he said.

The uncle said the family would eventually hold a press conference to allow Saiful to “explain from A to Z” his accusations against Anwar.

“Our family is a small family and we do not benefit in any way from Saiful’s revelation.

“We are not getting any money and in fact our family is being cut off by other people.

“Saiful is sacrificing himself for the country even though he knows that society will scorn him and the family for his accusation,” the uncle said.

He said Mohd Saiful had also contemplated suicide as he felt that he had committed a sin.
The uncle said he had been a strong supporter of Anwar but was disillusioned now.

On why Mohd Saiful had pictures with of him posing with Cabinet Ministers and a Prime Minister’s Department aide, his uncle said it was normal for a student leader to take pictures with government officials.


tunku : i guess those unidentified sources who want to harm anwar is sukma and friends, maybe they were jealous. well this is just a perception as i can't see anyone else want to harm the moron. anyway judging by saiful's uncle statement, looks like they know who is anwar ibrahim and want to expose to the public.i have photo taken with anwar in 1996, does that means i'm his man or got something to do with him? i have taken photos with many politician too.

tunkuaisha.blogspot.com

http://tunkuaisha.blogspot.com/2008/06/saiful-in-hiding-uncle-has-faith.html

Tanpa Nama berkata...

Jangan pertikai 'kenapa Anwar bersembunyi kalau tak bersalah'..ingat masa lampau..dulu pun dia tak bersalah..dia tak bersembunyi, tapi alih2 datang FRU tangkap dan akhirnya kena jugak..so kalau pun dia bersembunyi, hanya untuk keselamatannya sebab walau macammanapun polis akan senang2 tangkapnya..tapi bila kes bunuh Rosmah dikaitkan, ada ke polis nak tangkap macam kes Anwar 1998 dulu? Ingat, aku bukan sokong Anwar bersembunyi, tapi cukuplah penderitaan 6 tahun dipenjara terpisah dengan keluarga tersayang..korang kalau ada family sendiri pasti tak nak berpisah dengan keluarga tercinta..so kalau Anwar tak bersembunyi silap2 hari ini dah ditahan reman dan kes akan berulang..fikir fikirkanlah...

zalwani berkata...

apa masalah org2 melayu sekarang ni hah. cuba korang buka minda sikit. jgn terpengaruh dgn penulisan di dlm alam cyber yg kini penuh dgn fitnah.boleh tak kita tumpu dan menangani masalah sosial golongan muda dan tua di dlm masyarakat malayu islam yg telah hampir mengalami keruntuhan ahlak. bukanya gembar gemburkan kes liwat anuar ibrahim ni. kita kan ada undang2 biarlah polis2 tu buat keje sikit.jgn hina dia hanya krn dikatakan tergilakan2 sgt nak jadi perdana menteri. kalau dia rasa dia boleh jadi pemimpin, biarkanlah. dia pun melayu juga, org islam pulak.yuo all semua tak de cita2 nak jadi pemimpin ke atau ketua kat tpt kerje.?inilah masalahnya segelintir org melayu- islam. dia tak bercita2 tinggi tapi marahkan org lain yg ada cita2 , ada yg malas tapi nak jawatan besar tapi tak dapat.. mulalah buruk2 org lain.( ini yg berlaku kat GLC com) kita tolak tepi dulu kes liwat yg tak pasti ni. cuba tgk keperibadian dia dgn pemimpin malaysia yg lain tak jauh bezanya kan....so jgnlah nak mengata keperibadian org lain.penulis & pengomen di sini pun belum tentu sembahyangnya.nie aku nak bagi tip supaya hati kita tdk busuk dan penuh syak wasangka .. tolong fahami setiap apa yg disebut di dlm sembahyang anda. saya memang tak suka peliwat.bukan tu saje tapi pemfitnah, perasuah dan penyangak cyber.

so akhir kata marilah kita sama2 menuntut hak kita sbg rakyat malaysia.. mintak pak lah lakukan perubahan.. tendang keluar penyangak... kaki ampu, pak pandir, rasuah dan semua yg buruklah.nak manusia perfect utk jadi perdana menteri? korang koreklah kat lubang cacing. kita tak peduli siapa jadi pm tapi kita menolak pm yg jelas menggunakan duit rakyat, melakukan pembangunan tanpa menghiraukan keutamaan dan kita benci pemerintahan yg menutup kebebasan bersuara di dlm media massa & etc. menutup kebebasan bersuara dan hanya memuji kerajaan itu adalah negara komunis!!!.
kalau pak lah tak dpt melakukan semua ini.. kita hentam habis-habisan... tapi siapa yg layak ??? kita tanya penulis dan konco2nya.
kalau diikutkan org yg jujur skrg ni.. adalah Ezam !

AIDC berkata...

kenapa tak boleh pertikai Anwar sembunyi ?

Kenapa pula Anwar tak berani BERSUMPAH dengan nama ALLAH SWT ?

Anonymous kata -" Jangan pertikai 'kenapa Anwar bersembunyi kalau tak bersalah'..ingat masa lampau..dulu pun dia tak bersalah..dia tak bersembunyi, tapi alih2 datang FRU tangkap dan akhirnya kena jugak..so kalau pun dia bersembunyi, hanya untuk keselamatannya sebab walau macam manapun polis akan senang2 tangkapnya"

saya kata "semak balik sejarah sebab musabab anwar ditangkap 1998

1.Kaji balik sejarah, dulu anwar ditangkap kes rasuah atau kes liwat ? Jawabnya kes rasuah

2. Anwar ditangkap, sehari lepas report polis dibuat? Jawabnya BUKAN

3. Anwar ditangkap kerana report polis ? TIDAK.

Anwar ditahan kerana cubaan menghasut. Anwar tuduh bukan2 kpd kerajaan. Rakyat memberontak. Demonstrasi mula semarak di KL. Kalau Anwar tak mulakan siri ucapan menghasut dan rakyat tidak merusuh, Anwar tak ditangkap.

Orang lain pun ramai (termasuk Rosmah) dikenakan report polis tapi tidak ada tindak balas macam Anwar, tunggu hasil siasatan, pendakwaan & mahkamah. sebab itu tiada tangkapan.

4. Sama tak kes 1998 dgn 2008 ? Tidak sama. 2008, petang laporan polis, sebelah malamnya anwar bersembunyi. Kenapa Anwar ramal dirinya ditangkap?.

Selepas 2004, ada beberapa report polis lagi dibuat ke atas Anwar. Kenapa Anwar tak takut dan tak lari diri ?. Kenapa pula KES LIWAT, anwar benar2takut?


Anonymous kata “tapi bila kes bunuh Rosmah dikaitkan, ada ke polis nak tangkap macam kes Anwar 1998 dulu? Ingat, aku bukan sokong Anwar bersembunyi, tapi cukuplah penderitaan 6 tahun dipenjara terpisah dengan keluarga tersayang..korang kalau ada family sendiri pasti tak nak berpisah dengan keluarga tercinta..so kalau Anwar tak bersembunyi silap2 hari ini dah ditahan reman dan kes akan berulang..”

Saya kata; Sepatutnya Anwar juga mencontohi Rosmah tidak bersembunyi walaupun laporan polis dibuat. Hanya laporan polis kenapa takut ?? Kalau laporan polis dibuat, Anwar sepatutnya contohi Rosmah beri kerjasama kepada polis. Beri keterangan balas apa yang disiasat polis. Jadi kenapa perlu bersembunyi. Itu yang dipertikaikan!

1. Wan Azizah pun tak perlu gelabah, sampai jumpa PM minta ‘perlindungan’. Perlindungan apa ? Apa Wan Azizah takut sampai mengelabah begitu sekali ?

2. Anwar dipenjara 6 tahun bukan kes liwat, tetapi kes rasuah. Mahkamah berjaya membuktikan Anwar bersalah dan Anwar menerima hukumannya. Anwar tidak pertikaikan kesalahannya itu.

3. Dalam kes liwat, Anwar juga didapati bersalah, tetapi dibebaskan setelah Anwar merayu di Mahkamah Rayuan. Ketiga-tiga hakim mahkamah rayuan sebulat suara bersetuju mengatakan Anwar meliwat, tetapi Anwar dibebaskan kerana 2 drp hakim mempertikaikan soal perbezaan fakta.

4. Maknanya kes liwat 1998 dulu, hakim bersetuju Anwar Peliwat tetapi dibebaskan di mahkamah rayuan kerana masalah teknikal.

5. Sebab itu dalam kes liwat 2008, Anwar sepatutnya tidak tunjukkan rasa bersalah dan mengelabah yang dianggap ‘over acting’ dengan bersembunyi di kedutaan asing. Apa yang Anwar terlalu takutkan sangat, hanya laporan polis peringkat pertama..belum ada siasatan..belum ada bukti kes..belum masuk ke peringkat peguam Negara..belum masuk mahkamah..belum dijatuhkan hukuman. Semuanya belum.

6. Yang dipertikaikan, kenapa Anwar bersembunyi, sebaik sahaja Anwar tahu laporan polis dibuat ? Anwar masih melihat lagi ker?

7. Bersembunyi adalah satu teknik yang tunjuk 'rasa bersalah'. Banyak lagi teknik lain yg lebih berkesan.

Benar kata Ibrahim Ali(IA), tindakan Anwar bersembunyi 'over acting'. Kata IA, Anwar tak perlu takut, hadapi dgn tenang. Kalau takut hadapi siasatn polis, IA sedia temani dan AI kata dia sanggup dipenjarakan sama2 dgn Anwar, kalau polis benar2 tak ikut prosedur.

8. Teknik lebih berkesan drp bersembunyi adalah jumpa tok guru, bersumpah dgn Al Quran di mana2 masjid, Anwar tak meliwat. Kenapa Anwar tak percaya kpd tok guru dan sedia pilih jalan agama ?

9. Kalau Anwar tak percayakan polis, tak percayakan peguam Negara, tak percayakan hakim, Anwar kena kuasa ALLAH swt. Anwar kena bersihkan imejnya dengan jumpa tok guru dan bersedia masuk masjid, junjung Al QURAN, bersumpah secara spesifik, “DENGAN NAMA ALLAH SWT, SAYA ANWAR IBRAHIM TIDAK PERNAH MELIWAT ATAU DILIWAT LELAKI BERNAMA SAIFUL BUKHARI AZLAN PADA BILA2 MASA DAN DI MANA JUA2”

10. kalau Anwar berani bersumpah secara spesifik seperti diatas, dengan rakaman dan disaksikan oleh ramai pihak, saya berjanji saya antaranya yang akan jadi tukang sebar pengakuan sumpah Anwar dan disebarkan diyoutube. Saya akan lawan sesiapa sahaja yang masih tuduh Anwar peliwat!

11. Jangan pula Anwar kata saya dah bersumpah dengan kata “SAYA DAH BERSUMPAH TAK MELAKUKAN PERBUATAN TERKUTUK ITU. Itu tak jadi, itu sebut sahaja perkataan BERSUMPAH tetapi terlalu umum.

12. Anwar perlu BERSUMPAH SECARA SPESIFIK sepertimana yang dituduh keatasnya.

13. Kalau Anwar juga tak percaya kepada Tok Guru dan bersumpah junjung Al Quran, habis Anwar percaya apa?

DiNO-JPB berkata...

Jangan pertikai 'kenapa Anwar bersembunyi kalau tak bersalah'..ingat masa lampau..dulu pun dia tak bersalah


---NAK TANYA APA SEBAB MUSTAJAB KATA ANWAR TAK BERSALAH?...Apa buktinya dia tak bersalah pada masa lalu....
Kalau dia beranidan mempertahankan dia tak bersalah dia MESTI menjunjung sumpah quran

Sebab perkara yang dia lakukan hanya allah yang mengetahui jadi dia kena bersumpah atas nama allah

Tanpa Nama berkata...

KITA BAWA NAJIB DAN ROSMAH KE MAHKAMAH ANTARABANGSA, NAK TAK?????


SEBAB APA TAK MINTAK NAJIB DAN ROSMAH JUNJUNG AL-QUR'AN?

HAK TUH, BANYAK BUKTI LAGI BEB!!!!

MUSA HASAN PUN KENA MASUK PENJARA SUNGAI BULOH.... TAK PUN HANTAR KAT PENJARA AMERIKA SYARIKAT!!!!

KAMI DAH TAK MAHU MEREKA YANG JAHAT DI MALAYSIA NIH....... BIARLAH ORANG TALIBAN YANG AjaR NAJIB, ROSMAH dan MUSA HASAN tuh......


SEMAKIN MENARIK nih..... ANTARA SAIFOOLIWATI DAN GENG2NYA DI DALAM LAMAN WEB INI DAN RAKYAT JELATA YANG MENGHENTAM PEMBUNUH!!!!

Nizam Gtz berkata...

Wargh... Bangsaku... lebih yakin dengan Amerika Syarikat daripada bumi Malaysia...

Bangsaku
Teguhkanlah mindamu
Jangan kerana hatimu nan sakit
Kamu menjauhkan nasihat mindamu
Lalu tersejat kewarasanmu
Hanya kerana perjuangan peribadimu...

Bangsaku
Tenangkanlah jiwamu
Kerana kesabaran dan ketabahan lambang kekuatanmu...
Dengan ketenangan kamu berfikirlah dengan kewarasan
Jiwailah ketenangan abadi sebelum ajalmu

Kerana di situ tempat tujumu...
Berjuang sehingga khusnul khatimah di penghujung nafasmu
semoga kamu menerima buku dengan tangan kananmu...

FikirFikir berkata...

aku melayu.. jadi pengkhianat bangsa melayu yg tak berguna takpe... buat ape sokong lagi org yg zalim and rasuah.... aku sokong orang islam yg beriman tak kesahlah dia bangsa ape pun.. cina kena india ke siam ke... asalkan dia org islam yg beriman..kalu islam saje takde iman tak berguna jugak...

dlm dunia ni kita berasal dari adam dan hawa... kita semua sepupu yg ke 1xxxxxxxxxxxxxx bermula dgn adam dan hawa

kalu aku berjuang utk bangsa melayu je tak mati sahih pun...


maaf zahir batin jika ade yg terasa
sekadar peringatan..
p/s: forum yg sokong anwar lebih byk doa dari kutuk saje tu perbezaannya insaflah

Skullsplitter berkata...

FikirFikir said : aku melayu.. jadi pengkhianat bangsa melayu yg tak berguna takpe... buat ape sokong lagi org yg zalim and rasuah.... aku sokong orang islam yg beriman tak kesahlah dia bangsa ape pun.. cina kena india ke siam ke... asalkan dia org islam yg beriman..kalu islam saje takde iman tak berguna jugak...

dlm dunia ni kita berasal dari adam dan hawa... kita semua sepupu yg ke 1xxxxxxxxxxxxxx bermula dgn adam dan hawa

kalu aku berjuang utk bangsa melayu je tak mati sahih pun...

.........
Masyaallah Saudaraku.

Kamu berkata seperti kamu insan luhur tanpa sebarang dosa. Bukan baru sebentar tadi kamu sendiri mengeluarkan hukum. Berjuang untuk bangsa tidak mati shahid? Siapa yang tentukan hukum? Bukankah Allah SWT? Dari mana kamu dapat hukum itu?

Kita bermula dari Allah. Bukan dari Adam dan Hawa. Jasad pun darinya, ditiupkan roh pun darinya.

.........
FikirFikir said : p/s: forum yg sokong anwar lebih byk doa dari kutuk saje tu perbezaannya insaflah

Bagaimana dengan forum mengatakan Anwar maksum? Taukah apa maksum ini? Dari mana datangnya. Ini satu doa? Bagaimana blog Azmin Ali? Tidak mengutuk? Riwayat Hayat?

Bercakap biar dengan fakta yang kukuh, bukan sekadar angkuh menunjukkan lagak. Pendedahan disini saya dapat lihat beserta bukti bergambar dan video. Bukan rekaan. Jadi kita baca dan nilai. Bukan menjadi pengkhianat. Insyaallah.

Salam
skullsplitter

Skullsplitter berkata...

zalwani said : so jgnlah nak mengata keperibadian org lain.penulis & pengomen di sini pun belum tentu sembahyangnya.nie aku nak bagi tip supaya hati kita tdk busuk dan penuh syak wasangka .. tolong fahami setiap apa yg disebut di dlm sembahyang anda. saya memang tak suka peliwat.bukan tu saje tapi pemfitnah, perasuah dan penyangak cyber.

..........
Assalamulaikum Saudara/i zalwani. Bukan kerja kita untuk menghukum manusia sembahyang atau tidak. Jgn bersangka buruk pada sesama kita. Sangka buruk ini sebenarnya kunci kepada kebencian & hati yang tidak elok.

Tip untuk bersihkan hati adalah zikir tanpa henti. Setiap dengupan jantung dan helaian nafas dengan kalimah Allah. Huraikan Bismillahirrahmanirahim dahulu bukan sekadar maksudnya,tetapi yang tersiratnya. Bagaimana? Fikirkan. Jgn hanya pandang pada orang yang berkata, pandang pada kata-katanya. Insyaallah.

Salam,
skullsplitter

Tanpa Nama berkata...

Mmm..anwar dan najib tak selesai2, paklah dah boleh lega dengan kenaikan minyak hari tu..orang dah mula lupa sedikit demi sedikit...entah2 perancangan paling dasyat Kahiri dan Pak lah ni..kita sebagai rakyat ditupu hidup2 lak..baik Anwar atau najib, Bersumpahlah secara Islam, jgn letakkan kesalahan pada Anwar sahaja sebab dia pembangkang...sekurang2nya, biarlah adil

zalwani berkata...

assalamualaikum,, skullspliter.. saya samasekali tdk menghukum manusia itu sembahyang atau tdk tetapi seperti yg anda katakan.. jgn pandang siapa yg berkata tetapi pandang pd kata2nya. nah disini saya memandang pd kata2nya. saya tdk nampak yg positive disini sblknya membakar api kmrhn didlm jiwa seseorg.artikel di sini tdk mengambarkan sbg satu cerita tetapi satu tuduhan yg yg ditulis dgn penuh dendam dan kesumat.kita semua bersaudara..tulisan dgn niat utk menyampaikan matlumat tak sama dgn tulisan yg berbentuk tohmahan. adakah islam membenarkan kita utk mengeji & mencerca serta menceritakan kbrkan seseorg individu? jawapannya tdk!walaupun iantya seorg pelacur. anda sdr tahu bagaimana pendekatan yg di amalkan oleh agama islam.di sini kita semua menceritakan tentang ahlak seseorg. seperti yg anda nyatakan tadi "Tip untuk bersihkan hati adalah zikir tanpa henti. Setiap dengupan jantung dan helaian nafas dengan kalimah Allah. Huraikan Bismillahirrahmanirahim dahulu bukan sekadar maksudnya,tetapi yang tersiratnya." jika ini difahami.. tdk sampai di hati kita utk membuat tohmahan terhadap org lain.

saya tdk menyokong anuar.. malah saya masih mengikuti perkembangannya.. andainya benar alangkah malangnya mjd hamba yg dilahnati.. tetapi andainya tdk.. maka latnatlah org yg menyebarkan fitnah! tq

Tanpa Nama berkata...

ini adalah blog BABI!!!!!

Tanpa Nama berkata...

best gak blog ni..
slalu dok bace blog maki hamun kerajaan je.
ade blog ni..bleh gak tau ape agenda pembangkang...baru adil...dapt maklumat dr dua2 blah pihak.

aku nak cakap kt sini...same ade anuar besalah atau x dlm kes liwat ni....sampai ke mati pun aku x izinkan bumi bertuah malaysia ni anuar pegang..x akan aku gadaikan hidup anak cucu aku ke tangan talibarut luar.cukuplah dulu tanah melayu ade tali barut jepun...kononnya jepun boleh tolong usir british..akhir sekali..sbb percaya dengan org asing...bumi tergadai.

Al-Yousry berkata...

Salam,

Do all, come back to your senses.

Just about wants to open the case involving the death of Altantuya and Najib, suddenly this sodomy case immerges out of nowhere. Why now and so sudden?

These are tactics. No doubt, Anwar also use this chance over this Altantuya case to win supporters belief. I can see nothing wrong about that because murder case is serious. In fact, if Najib's wife, Rosmah were involved in that case, then there were no investigations and she didn't pay a single cent, like what happen to Anwar. This is unfair. Clearly unfair.

If Anwar were accused, while the other 2 chaps; Najib and his wife, were accused as well, then all should be in court. But that's not what happen here in Malaysia.

I still remember when Pak Lah said, "Who is Anwar?", and something like he said that Anwar is nothing, not a threat to our nation and all that. But lately, theres an order that Anwar must not get any near to the parliment for 5 Kilometers! He's making Anwar as if he's a monster of some sort. This truly shows how dangerous Anwar is to the government.

People shouldn't be afraid of their government. Government should be afraid of their people. People must know the politic scenario here in Malaysia. If the government have over rule the court, which they cannot or musn't, and this is something that is so wrong.

Lastly, I don't vote or bias at anyone's side; between Anwar or Najib. But the governments, especially Pak Lah who are known as a 'religious' person, he should know better.

Come on you people, WAKE UP. Anwar is a Muslim. What is the matter with this government? Don't they have any love between one another? Don't they have mercy? Anwar is your brother who is also a Muslim!

Even if it is really true that Anwar did the sodomy, should the case be open to public? So that people can make fun of him and his family over sodomy? This is so very clear to us. It's a plan to make a fun of ONE of our brother Muslim- Anwar.

Sodom is different than the murder case. It is a much more disgusting case compare to murder. I think it is a good choice for government to use it for Anwar case and they have used them.

Those who support this jahilliyah acts, then SHAME ON YOU ALL. Shame to the non-Muslims and for a Mualaf like me! Why making fun of your own brother Muslim? Where is your love? Where is Islam pride, until Saiful had to confess to public with a Quran which is closed and read the confession on a piece of paper? That is not 'junjung Quran' or 'sumpah' at all!

Allahuakbar! I don't where are the Malays pride and Islam's religion now is something I see with my own eyes a tool to win and making fun and to play with. Islam is WEAK in this country, like the 'leader'. Everyone is making fun of our own religion! And this is so sad.

Ashamed of yourself!

Wassalam.

p/s : There are no witnesses regarding Anwar's case, where it should be 4 people. Open Quran and know the laws of Islam. Anwar shouldn't do any confession on the Quran at anyway. Please government and the pro-government, DON'T MAKE FUN OF OUR OWN AL-QURAN NUR KARIM!