MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Jul 2008

Bukan Laporan, Tapi Nota Perubatan, Kata Dr Abd Latiff


Bukan Laporan, Tapi Nota Perubatan, Kata Dr Abd Latiff

30 Julai, 2008 20:46 PM

PUTRAJAYA, 30 Julai (Bernama) -- Laporan perubatan yang dikatakan dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi berkenaan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebenarnya hanyalah nota perubatan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad hari ini.


Menurut beliau, ini kerana mengikut amalan pengamal perubatan, laporan perubatan seharusnya lengkap dan bertaip, bukannya hanya bertulis tangan.

"Ini bukan laporan perubatan. Pengamal perubatan faham ia mesti lengkap, bukan tulisan cakar ayam sahaja.

"Ini apa yang doktor tulis pun tak faham. Tulisan doktor ini selalu doktor yang tulis sahaja yang faham," katanya di sini ketika ditanya pemberita mengenai perkembangan kes itu ekoran pendedahan portal media mengenai konon wujudnya laporan perubatan itu.

Bagaimanapun, Dr Abd Latiff berkata kementerian masih menyiasat kesahihan nota perubatan itu.

Semalam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta polis menghentikan siasatan terhadapnya kerana mendakwa rekod perubatan Pusrawi yang diedarkannya kepada pihak media mendapati Mohd Saiful Bukhari tidak diliwat.

Mohd Saiful Bukhari, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun mendakwa Anwar, yang juga bekas majikannya meliwatnya beberapa kali termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara, dua hari sebelumnya.

baca artikel asal di bernama.com

3 ulasan:

Unknown berkata...

Well, is it true that Anu war has been served the Ivy League University in US, John Hopkins University as Visiting Scholar before? If it is true, can we conclude that all the visiting scholar in John Hopkins are totally idiot because they cannot make any comparison between official medial report and medical note? He..he... Poor Parti Keldaian Rakyat supporter for giving their time to this fucking Anu war better than spending their time with their family? Allah saves Malaysia

Unknown berkata...

Melalui pengalaman saya sendiri yang pernah mendapat & masih menerima rawatan kesihatan di salah sebuah hospital kerajaan & hospital swasta, laporan kesihatan bukanlah seperti yang dihebohkan seperti ini.

Laporan kesihatan saya hanyalah sekeping kertas yang ditaip iaitu merumuskan penyakit yang dihidapi.

Di sebelah kiri ditandatangani oleh doktor yang merawat & disahkan oleh doktor pakar jabatan.

Laporan kesihatan pesakit sangat sulit untuk dikeluarkan.Saya sendiri memakan masa selama 1 bulan untuk mendapatkan laporan kesihatan saya dengan bayaran sebanyak RM40 (saya merujuk kpd hospital kerajaan)

Apa yang dihebohkan ini hanyalah sekadar nota perubatan.Setiap kali saya ada appointment rawatan,doktor akan mencatit keputusan terkini kesihatan pesakit.Apa yang berbeza ialah jenis penyakit iaitu sekiranya anda pesakit paru-paru, gambar rajah yang dirujuk ialah paru-paru.

Apa yang memusykilkan pandangan saya ialah :
1.Kenapa doktor yang merawat Saiful tidak menandakan apa-apa di bahagian yang didakwa sakit?

Unknown berkata...

shynaa,

Come on. Don't be so stupid. The medical notes is only preliminary report. Not a detail report. I repeat, NOT A DETAIL REPORT !! Why the doctor didn't left any mark on the part that Saiful claimed as pain part? Because the report already being altered by Brader Anwar Bin Ibrahim a.k.a B.A.B.I