MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Jul 2008

Apa strategi Anwar tidak mahu bekerjasama dengan polis ?


Apa strategi Anwar tidak mahu bekerjasama dengan polis ?

Oleh: Kadiology

Semua maklum bahawa statement terbaru dari pihak berkuasa ialah sudah lebih 18 saksi sudah di panggil, dan akan ada ramai lagi saksi akan di minta beri keterangan. tapi akan ada satu saksi yang akan sengaja mengelak elakkan diri dari memberi keterangan kepada pihak polis. orang itu tidak lain tidak bukan, Brader Anwar.

Dari sejarah kes terdahulu, tidak susah untuk kita baca tentang apa rancangan dan selok belok Anwar selepas ni.

Izinkan saya catit dan rekodkan di sini untuk tatapan umum supaya kita tidak lupa dan lalai dalam menghadapi isu ini. harapan saya ialah dengan penerangan dan kajian ini, maka mudahlah kita membaca taktik anwar selepas ini. anda akan dapat saksikan satu trend yang hampir sama dengan 10 tahun lepas.

Buat permulaan, dakwaan anwar tentang adanya konspirasi adalah bersandarkan kepada MOTIF berikut.

a) Motif dahulu:- Tun Dr Mahathir tak mahu anwar menggantikannya. kerana Tun banyak kroni. Dan kerana anwar mempunyai banyak maklumat akan salah laku Tun Dr M. Kepada penyokongnya yang bejat kepala otak akan lihat benda ini sebagai yang benar. Hairan juga Tun Dr M meletakkan jawatannya secara sukarela pada 2003. Jika terlalu banyak perkara yang mahu disorokkkan dan Tun mahu pegang kuasa sampai kiamat, kenapa Tun Dr M bersara tahun 2003 tanpa paksaan?

b) Motif Hari ini - Anwar sudah hampir ke Putrajaya dan menjadi PM. Oleh itu isu liwatnya ditimbulkan lagi supaya rancangan Anwar menjadi PM dengan 'melompatnya' MP2 BN ke dalam PR akan ditangguhkan. Kalau kita fikir secara mendalam, buat apa kerajaan lepaskan Anwar dahulu dan kemudian buat satu konspirasi baru dengan isu yang SAMA untuk tangkap dia balik? Tak ke bodoh namanya tu?

Oleh sebab itu motifnya, maka anwar tuduh meliwat. Agak hairan kerana jika kerajaan mahu bersungguh sungguh menahan anwar di dalam penjara, kenapa kerajaan berkonspirasi menuduh perkara yang paling sukar dibuktikan dalam mahkamah, yakni liwat. Lebih senang kerajaan berkonspirasi dan menuduh anwar merasuah dari menuduh anwar meliwat.

Apa pun, tindakan anwar selepas dituduh meliwat ialah:

Pertama:- lari ke Kedutaan Turki untuk menimbulkan persepsi dia akan ditangkap dan dianiaya. (tapi tak kena tangkap pun). Persepsi ini ditambah lagi dengan cerita tentang 'assasination'.

Sama seperti dahulu, ditimbulkan dengan cerita suntikan HIV dan arsenik, konon2 ada orang nak bunuh anwar. Strategik licik ini sangat berjaya dan ramai pakcik, makcik, tok lebai, tok cik kena kelepet dengan Anwar secara membabi buta. Walhal selepas mendapat laporan dari makmal, tiada kesan arsenik dalam badan Anwar seperti di dakwanya. Kepada mereka yang masih ingat, Anwar telah memberikan sample air kencing milik 'Subramaniam'.

Untuk menokok nambah perasaan simpati orang ramai pada Anwar, Anwar telah menggunakan lakonan kerusi roda dan neck support supaya ditonjolkan kepada orang yang dia telah dibelasah dengan teruk oleh KPN dahulu.

Kedua:- laporan polisnya terhadap KPN dan AG. Taktiknya adalah supaya menimbulkan persepsi orang ramai bahawa dia tak akan dapat keadilan yang dituntut kerana dia disiasat oleh orang yang 'korap', kononnya. Anwar berharap, dengan menggunakan taktik ini, jika Anwar didapati bersalah pun, orang akan berkata Anwar tidak mendapat 'keadilan' yang sepatutnya.

Ketiga: membuat rally dan demonstrasi. Sama seperti dahulu, sejurus selepas anwar dipecat, Anwar dengan kadar segera membuat ceramah di rumahnya pada tiap tiap malam selama seminggu. dan kemudian di Masjid Negara sebelum ditangkap. Hari ini kita dapat lihat, dalam tempoh beberapa hari, Anwar sudah pun membuat beberapa rally besar besaran.

Keempat: menjatuhkan kredibiliti saksi SEBELUM dan semasa perbicaraaan bermula. Dengan menjatuhkan kredibiliti saksi, maka keterangan saksi walau pun relevan di dalam mahkamah, tetapi pada pandangan umum nampak tidak berapa meyakinkan. Maka mainan kononnya adanya konspirasi dan saksi itu adalah watak lakonan yang membaca skrip dapat dikuatkan dalam minda orang ramai. 10 tahun lepas kita ada Azizan. Hari ini kita ada Saiful.

Sudah nampak dengan jelas cara cara konsisten dan bersepadu oleh penyokong anwar untuk menjatuhkan kredibiliti saiful secara habis habisan. Mula-mula dengan buat laporan polis terhadap Saiful, konon2 Saiful memfitnahnya. Dan kedua dengan membuat laporan kepada JAWI, walhal, perbicaraan belum pun bermula.

Lagi satu contoh, semasa akhbar menyiarkan laporan bahawa polis sudah pun memanggil 18 saksi termasuklah 4 doktor pakar, belum apa2 lagi penyokongnya sudah berkata 'wah, 18 saksi, very well cordinated!' Untuk menunjukkan persepsi bahawa ini semua adalah kordinasi tersusun untuk menjayakan 'konspirasi' ini.

Kelima: menjatuhkan kredibiliti bahan bukti. Terutama sekali, isu tilam. taktik ini SANGAT BERJAYA. Mula2, mereka menjatuhkan kredibiliti bahan bukti tersebut dengan mengatakan bahan bukti tersebut ialah'saksi'. contohnya, penyokong Anwar akan berkata 'tengok! kerajaan takde benda lain, tilam pon boleh jadik saksi!'. Kemudian, mereka akan jatuhkan kredibiliti 'saksi' tersebut dengan isu isu teknikal, umpamanya, dengan mengatakan 'takkan tilam ni takde cadar'??

Kita belum tahu lagi apa jenis bukti yang akan ditunjukkan di mahkamah untuk kes Saiful ini (JIKA ADA PENDAKWAAN), tapi percayalah, jika bukti ini ditunjukkan kelak, penyokong anwar akan mencari pelbagai cara untuk menjatuhkan kredibiliti bukti tersebut. Bersedia!

Menimbulkan keraguan kepada rakyat, walau pon tidak relevan kepada para hakim, tetapi ianya adalah penting pada Anwar. walau pun terbukti secara saintifik bahawa DNA Anwar dan Syamsidar bertempek di atas tilam tersebut. (tak kira la ada cadar ke takde cadar), tetapi persepsi orang ramai telah dikelamkabutkan. Maka Anwar dilihat oleh orang ramai sebagai orang yang memang mahu dijatuhkan melalui 'konspirasi' hodoh ini.

Perkara terbaru bagi penyokong anwar dalam menimbulkan keraguan ialah dakwaan bahawa 'takkanlah saiful yang berumur 23 ahun itu tak mampu melawan orang tua 60 tahun?' Jika gagal dikupas persoalan secara menyeluruh, mereka sudah menang satu langkah dalam menimbulkan keraguan terhadap orang ramai. Walhal, isunya sekarang ni bukan soal Saiful boleh melawan atau pun tidak, tetapi, adakah aktiviti liwat itu berlaku?


Taktik taktik lain yang berjalan serentak ialah 'diversion'

1) Anwar mendakwa adanya konspirasi pihak tertinggi. - menimbulkan persepsi bahawa Najiblah segala bapak konspirator dalam hal ehwal ini. Hairan jugak sapa yang percaya kerana nak ikutkan najib bukannya ada kuasa mutlak dalam jentera kerajaan untuk melakukan komplot ini. Tengok najib sendiri pun kena kekang oleh pak lah, masakan dia boleh merancang konspirasi ini?

2) Menyerang najib - objektifnya mudah sahaja, supaya mengelak orang berbicara tentang kes liwatnya. Anwar TIDAK MAHU ORANG BERBICARA TENTANG KES LIWATNYA, sebaliknya dia akan mainkan isu lain.

3) Lompat parti isu minyak naik harga , dan sebagainya - sama seperti di atas, cuma ini adalah 'selingan' dalam usaha anwar membawa minda orang ramai berbicara tentang perkara ini dan bukan mengenai isu liwatnya.


10 tahun lepas, SEBELUM Anwar ditangkap dan dibicara, Anwar sudah 'side step' isu liwat (divert) dan mengatakan ini semua konspirasi pihak tertinggi. Anda masih ingat siapa tukang konspirasi yang dituduhnya? Tun Dr Mahathir (ketua konspirator), Rafidah aziz, Aziz shamsudin, KPN, Timbalan KPN, SB, pendakwaraya, Peguam Negara, Daim Zainudin, Megat Joned dan beberapa orang lagi.

Hari ini Anwar agak terperangkap kerana kalau dulu Tun mengepalai konspirasi ini dengan beberapa pegawai kerajaan dan menteri, hari ini, siapa pula?

Anwar dengan membabi buta menuding jari pada Najib berdasarkan kepada sekeping gambar. Hairan juga takde pula menteri lain kali ini kecuali Najib. Yang ada pun hanya penjawat awam yakni KPN dan AG.

Seperti saya maklumkan di permulaan tulisan saya tadi, selepas saksi semua dipanggil, Anwar akan dipanggil pula. 10 tahun dahulu, anwar tidak bekerjasama dengan polis, malah anwar menggunakan peguamnya untuk menghalang segala jenis siasatan terhadapnya. Contohnya, sample DNA amat payah untuk diambil ketika itu.

Sebenarnya, Anwar MAHU ditangkap supaya dapatlah dia menunjukkan kepada seluruh dunia yang dia dianiaya. Sama seperti hari ini, Anwar tak akan bekerjasama dengan pihak berkuasa walau pun dia CAKAP kepada penyokongnya dia akan bekerjasama, tetapi kalau saudara semua perhati, Anwar sudah pun secara strategik meletakkan kerjasama 'bersyarat', yakni, KPN dan AG dikecualikan dalam siasatan ini. Jadi apabila Anwar tidak memberikan statement kepada polis nanti, maka boleh lah Anwar mendakwa ianya kerana KPN dan AG masih terlibat dalam siasatan.

TERKINI! UNTUK REKOD:- Artikel ini saya tulis 4 hari lepas sebelum menghantar ke dalam ruangan KMU. Tetapi hari ini, 14 Julai 2008, saya mendapat laporan dari malaysiakini bahawa Anwar, melalui PEGUAMNYA (sounds familiar?) tidak akan hadir ke IPK untuk memberi keterangan kepada polis walau pun sebelum ini Anwar tampak bersungguh sungguh untuk melakukan sedmikian.

Alasannya, dia dan keluarga kena 'intimidated dan harass' oleh pihak berkuasa. nampak tak strategi licik anwar nak ubah perhatian rakyat dan menimbulkan persepsi?

Sebenarnya, Anwar MINTA untuk ditangkap. Anda akan dapat lihat, apabila polis mengeluarkan perintah untuk Anwar memberi statement, Anwar akan bagi alasan seperti di atas.

Kemudian, satu court order akan diambil untuk memerintahkan Anwar hadir bagi keterangan. Dan Anwar akan bolayan lagi dengan memberi alasan alasan yang penuh muslihat. agak2 lepas tu apa jadi? Sudah tentulah anwar akan di tangkap. Tatkala ini lah Anwar akan menggunakan penyokongnya yang ramai untuk mengelakkan diri di tangkap, sama seperti apa berlaku pada tahun 1998. Jadi boleh la ditunjuk pada satu dunia, anwar ditangkap dengan zalim, pintu rumahnya dipecahkan.

Kepada yang tak tahu cerita, saya ada dikejadian malam Anwar ditangkap dan memang terdapat ribuan penyokongnya menghalang anwar ditangkap. Sudah semestinya tangkapan tersebut akan menjadi kacau bilau, kalau tak pintu pecah, tentu ada orang yang cedera, dan Anwar MAHUKAN perkara itu berlaku. Dia tak peduli orang mati, janji dia boleh jadikan isu ini untuk menunjukkan kerajaan zalim.

Persoalannya, apa susah sangat anwar nak beri kerjasama secara sukarela?

Kawan2 sekalian,

Anwar is a psychopath. a brilliant strategist, tapi pada masa yang sama adalah seorang manusia yang 'sakit'. Dia akan 'sideline' dan bunuh isu liwatnya dan strategically position dirinya sebagai orang yang dianiaya. betapa efektifnya lakonan tersebut sampaikan rakyat jelata, hatta sampai ke ulama, professor, dan doktor pun boleh termakan isu Anwar ini.

Saya berpendapat, strategi Anwar ini hanya berjaya jika dia melakukan perkara di atas, tetapi tidak akan berjaya jika kita dahulu 'anticipate' apa yang Anwar akan lakukan.

Maknanya, sebelum Anwar mulakan langkah, kita sudah membuat langkah dahulu. contohnya, jika artikel ini saya keluarkan 3 hari lepas, sudah tentu 'anticipation' saya mengenai Anwar tidak akan bekerjasama dengan pihak polis dan memberi pelbagai alasan akan dapat dibuktikan hari ini.

Jika Anwar sudah melakukan langkahnya, kita kena segera mematikan langkahnya. Itu matlamat saya membuat analisa dikongsi dengan kawan2 semua. Diharap, kali ini, jika ada pendakwaan, Anwar tak akan dapat menipu dengan selamba lagi.

Baca sumber asal di mykmu.net

Tiada ulasan: