MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Jul 2008

Apa Muslihat Anwar Tidak Mahu Beri DNA?



Brother Anwar Bin Ibrahim sekali lagi mengelak. DSAI mengelak untuk memberikan DNA kepada pihak berkuasa. Sekali lagi tuduhan telah dibuat terhadap Kerajaan Malaysia yang berkepalakan Yang Dipertuan Agong. Tuduhan tidak berasas sekali lagi. Kononnya, DNAnya barangkali akan dimanipulasi.

Penulis hairan ini berlaku. Bagi penulis, Brother Anwar menunjukkan contoh yang kurang baik kepada masyarakat.



Selepas ini, sukarlah kita hendak menangkap penjenayah. Jikalau kita hendak mengambil cap jari ataupun sampel DNA, sang penjenayah tersebut mungkin akan beria-ia meniru kenyataan Anwar. Takut sampel dimanipulasi. Takut dianiaya. Kalau begitu, bungkus sajalah siri CSI, kalau ramai orang macam Anwar.

Kita sudahlah gawat berhadapan dengan kes Nurul Jazlin dan Sharlinie. Bayangkan jikalau akhirnya kita berjaya mendapat penjenayah tersebut, tetapi penjenayah tersebut (yang kita tahu memang licik) menggunakan alasan ala-ala Anwar, tidakkah kita akan terlepas akan seekor raksasa yang selama ini kita buru ke lubang cacing? Anwar sanggup berbuat apa sahaja untuk melepaskan dirinya secara siyasah.

Anwar sepatutnya tidak takut memberikan sampel. Kerana di sisi ugama Islam (yang dipetik dari Qazaf: Mangsa Fitnah" (Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001)) memberi jaminan bahawa keputusan DNA tidak melayakkan Anwar untuk dihukum hudud atas jenayah liwat. Oleh itu, Anwar sepatutnya faham dan tidak takut bahawa walaupun jika didapati bersalah, kerana di sisi undang-undang Islam, Anwar tidak bersalah. Jadi, apakah yang ditakutkan oleh Anwar?

Tidakkah Anwarlah yang terhegeh-hegeh ke JAWI untuk melaporkan tuduhan qazaf?Adakah Anwar ini hanya percaya sebahagian dari hukum Islam dan menolak yang lain. Brother Anwar Bin Ibrahim sepatutnya tawakal dengan Allah dan menyerahkan sahaja DNAnya kepada pihak berkuasa. Jikalau ada manipulasi, maka biarlah Allah sahaja yang membalasnya.

Tidakkah juga Anwar berkata bahawa jikalau dia ditangkap (yakni didapati bersalah), ahli Pakatan Rakyat yang lain boleh meneruskan perjuangannya untuk membentuk kerajaan yang adil? Tidakkah Anwar pernah berpesan bahawa jikalau takut akan risiko, jangan bicara soal perjuangan?

Oleh itu, apa lagi yang Anwar tunggu? Ayuh serahkan sahaja DNA itu. Apa yang ditakutkan dengan keputusan DNA tersebut?

Namun, jikalau Anwar tercirit-cirit takut dipenjara kerana rasa tidak selesa akan sejuknya lantai simen, maka makam Anwar jauh panggang dari api jika dibanding dengan Imam Ibn Hanbal, Ibn Taimiyyah dan juga pejuang-pejuang Islam yang mati di penjara sehingga dikagumi oleh pengikut-pengikut Harakah Islamiyyah!(Ustaz Sidek Noor tentu tersenyum membaca komentar penulis).

Baca artikel asal: Maharaja Zhou

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tu la pasal. nampaknya kena panggil pakar forensik C.S.I

Unknown berkata...

Susah sangat ke nak bagi DNA tu.Jadilah jantan jangan pulak nak jadi pondan

Rusty berkata...

DNA tak penting yg penting orang yang kena liwat dah bersumpah jadi bicara ajalah kes itu..

Kitty's Bloggie berkata...

herm apa dah jadi ngan dna evidence 10 tahun dulu? takkan polis tak simpan kut? :( maybe the old evidence wasn't enough?

Berani kerana benar, takut kerana SALAH.

Ala polis ni pun satu, takkan tak tgk csi masa dorang ambik senyap2 dna suspek kat gelas yg dorang baru minum masa interview??? patutnyer anwar ni boleh kena dakwa sebab dah dianggap menghalang tugas polis..

Rextyle berkata...

Sampel sel boleh reput la. Tapi kalau dijaga betul2 (masuk tabung nitrogen/peti sejuk) ok.

sel yang dah (terlampau) kering, tak boleh di'extract' DNAnya. kalau blh pun maklumat tak lengkap. Macam kes tulang mayat, biasanya tulang mumia yg diawet, ok. Tapi kalau tulang dah rosak (sumsum kering), tak blh extract DNAnya. (sapa bidang mikrobiologi tau kot..)

Pak Lah maksudkan sel, bukan DNA.

Mungkin sel tidak disimpan dgn rapi

kedul berkata...

yyy

MaƩ berkata...

keputusah DNA di cetak atas kertas bukan dlm tabung uji... camana nak baca??
mana pergi keputusah 10 tahun lalu ??

shooter berkata...

result DNA akan kuar chart dan tidak boleh diubah sampai mati macam cap jari. kenapa perlu yang baru??? komputer dah kene format or file hilang???? what a loser stupid PM and kuncu2nye

Unknown berkata...

Seremban, 22nd July 2008

It is unfair and mischievous to put the blame on Anwar Ibrahim, as he is justified in refusing to give further samples. It is not Anwar who is un-cooperative. It is the police forensics who are at fault, and insisting on further blood samples when he had already given many times over between 1998 and 2004.

The onus of providing a DNA sample is on the police as it has ample DNA samples of Anwar in its possession.

From the experience of police forensics in other countries, DNA samples collected are well preserved for many many years, and do not get ‘old’ as claimed by Prime Minister Abdullah Badawi.

The police forensics have misled the Prime Minister, the Home Minister and the police should not try to pull over the eyes of the people. By claiming that Anwar’s dna samples are old, they are making themselves the laughing stock of the whole world.

Why DNA samples do not grow old? There are many living examples:-

1. Stephen Hawking, the Nobel Prize winning physicist have donated his DNA samples to the Human Genome institution for posterity and for research. Professor Hawking too not subscribe to the claim by Abdullah that a DNA sample can grow old.

2. In advanced countries, DNA samples are collected and stored for purposes of statistics, and scientific research.

3. Police foresics in developed countries have DNA libraries of felons and crooks. There are innumerable cases of rapists who escaped. but .were nabbed years after the crime, because they left tell tale semen on the clothes of the rape victims .

4. Scientists have discovered preserved DNA in prehistoric humans and animals.

It is obvious that Anwar’s DNA samples given between 1998 and 2004 must be available and intact for examination purposes by police forensics department.

The Home Minister and the police must stop harrassing Anwar for new DNA samples. The onus is on the police to provide DNA samples, not by Anwar.

The frantic appeal to Anwar to give a blood example has caused suspicion that the police have no substantive evidence of sodomy on the body of Saiful Bukhari Azlan in their possession.

Public perception is that a fresh blood sample from Anwar is desperately needed in order to fabricate evidence against Anwar.

DR. CHEN MAN HIN

Rextyle berkata...

zamspotte said..
Terkadang tu, kita selalu menidakkan apa yang disebutkan sebagai analisis...

Seorang pembunuh (contohnya lar) yang ditahan selepas 'kantoi' DNA fingerprint sama dengan di tempat kejadian... (daripada darah, kahak, air mani atau sebagainya)

Untuk laporan, pihak forensic @ CSI akan membuat analisis sekali lagi untuk memastikan set DNA sama...

Ini kerana:
1) Human genome adalah suatu rantaian DNA (23 set) yang tersangat besar dan boleh berlaku mutasi di sesuatu tempat... Oleh yang demikian, kebarangkalian perlu dikurangkan dengan memperbaharui data yang diperolehi...

2) Walaupun set DNA fingerprinting itu unik (setiap orang berbeza), tetapi org yang mempunyai hubungan kekeluargaan mempunyai set yang hampir sama. Oleh yang demikian, kajian perlu dilakukan semula untuk menentukan titik unik dalam DNA...

3) DNA adalah sama dan tidak berubah, tetapi kajian manusia yang menggunakan DNA fingerprinting pada 1998 boleh dikatakan berbeza dengan tahun 2008. Ini kerana penggunaan bahan kajian seperti jenis gel, jenis prosedur, jenis probe mungkin sudah berubah kerana dapat menjimatkan kos dan lebih selamat... (guna protein-enzim lebih selamat dri guna probe radioactive)...

4) Mengapa pihak hospital tidak announce perkara ini? Saya berpendapat bahawa pihak luar seperti US akan mempertikaikan ujian kerana mereka tidak suka akan teknologi bukan US seperti teknologi yang diguna pakai pada waktu ini belum tentu dari US... Banyak teknologi bioteknologi digunapakai dari penemuan tempatan (local) atau negara ASIA sekeliling seperti India, China, Korea dan Jepun... (Hanya pendapat selepas dasar pandang ke timur dan pelaburan syarikat biotech China, India, Russia dan sebagainya di Malaysia)



http://anginperubahan.blogspot.com/2008/07/saiful-bukhari-gelarkan-anwar-si.html



Bagi saya berani kerana BENAR....TAKUT kerana SALAH,

Allah sentiasa berada di pihak yang benar.

Stan berkata...

DNA? Kamu semua pakar? Expert? If the Police is so excellent on this kind of case, why they cant get Canny Ong and Norlaini's killer? Why? Simple as that they cant...Is it called Democracy? Do you know DNA? Why cant use the past one? Why is old? Stupid.
?this is nt bout matter of guts but matter of conspiracy