MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Jul 2008

Anwar tuntut Hamid 'RM100 juta' maaf



Anwar tuntut Hamid 'RM100 juta' maaf


Abdul Rahim Sabri | Jul 11, 08 5:06pm

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghantar surat tuntutan kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya memohon maaf kerana memanggilnya "tukang lapor" Amerika Syarikat.



Syed Hamid diberi tempoh 48 jam untuk berbuat demikian.

Surat tuntutan tersebut telah dikirim melalui faksimili ke pejabat Syed Hamid oleh peguam Anwar, Sankara Nair pada jam 1 tengahari tadi.

"Jika kami tidak menerima apa-apa jawapan yang memuaskan dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat ini, kami akan mengambil tindakan undang-undang (saman fitnah)," kata Sankara dalam suratnya.

Surat itu diedarkan dalam sidang media di pejabatnya di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Anwar juga menuntut RM100 juta daripada Syed Hamid berhubung kenyataan yang dianggap menjejaskan nama baiknya, selain menuntut menteri itu tidak mengulangi lagi dakwaan seumpamanya.

Anwar berkata, melalui tuntutan itu, perkataan yang digunakan oleh Syed Hamid, seperti laporan The Star 3 Julai lalu, memberi maksud bahawa beliau (Anwar) seorang pengkhianat dan tidak setia kepada negara, agama dan bangsa.

Tokoh pembangkang itu juga berkata, perkataan-perkataan tersebut membawa makna bahawa beliau tidak boleh dipercayai dan tidak layak menjadi perdana menteri atau pemimpin negara dan bahawa beliau seorang boneka Amerika Syarikat yang boleh memusnahkan negara, agama dan bangsa.

Syed Hamid dipetik sebagai berkata, Anwar bertindak sebagai "tukang lapor" negara kuasa besar itu ketika mengulas kenyataan Washington berhubung laporan polis kes liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu, akhir bulan lepas.

Menurut akhbar tersebut, menteri itu berkata setiap kali Anwar berdepan dengan krisis politik dalam negara, beliau akan mengadu perkara itu kepada negara tersebut.

Bagaimanapun, pada 8 Julai, beliau menafikan memanggil Anwar sebagai "spy" atau pengintip Amerika Syarikat.

Bernama memetik Syed Hamid sebagai berkata, beliau tidak pernah berkata yang Anwar seorang "spy" atau pengintip.

Sementara itu, dalam sidang akhbar yang sama, peguamnya itu juga menyatakan Anwar "berasa sangat kecewa" dengan tindakan polis yang enggan menyerahkan satu salinan laporan yang dibuat oleh bekas pembantu sukarelanya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun.

Selepas cuba mendapatkannya dua kali sejak 29 Jun lalu, tambah Sankara, polis tetap enggan berbuat demikian dalam jawapan pihak berkuasa itu pada 2 Julai.

Polis kemudian berubah sikap pada 3 Julai, katanya lagi, bagaimanapun enggan berbuat demikian sekali lagi sehari kemudian.

"Mereka sehingga kini berdiam diri," katanya.

Sankara menambah, salinan laporan itu sangat penting untuk mengetahui butiran lengkap dan tepat dakwaan Mohd Saiful bagi menyediakan kes terhadap anak guamnya.

baca sumber asal di malaysiakini.com



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anwar ni kalau sebut dia agent amerika mesti dia sensitif..mesti saman

anwar ni kalau sebut dia 'gay',..mesti dia sensitif..mesti saman

tapi..
1. kalau sebut dia tolak DEB..dia tak saman
2. kalau sebut dia sokong HINDRAF..dia tak saman
3. kalau sebut dia sokong IFC..dia tak saman

Maknanya apa yang dia sensitif dan ugut saman adalah perkara betul..sebab tu dia nak tutup mulut orang itu dengan kuasa mahkamah.

Maka..
apa yang betul tentang dirinya;
1. Anwar agent Amerika
2. Anwar peliwat

Mogen Ali Rico berkata...

salam,
sabar dulu saudara..anwar bukan malaikat..anwar bukan syaitan..he just a human being sama mcm kebanyakkan org..tunggulaa keputusan mahkamah..tuduh sana..tuduh sini..masalah pokok jugak tak selesai..kalo die salah..humbankan jer dlam penjara..kalo die tak salah..berani ko datang jumpe die minta maaf sebab tabur finah??..becakap mcm diri sendiri yang kene liwat..mcm ko kerja ngan anwar tahu serba serbi.Sabarlah..tunggu keputusan mahkamah..biar polis buat kerja..biar peguam buat kerja..kalo diog tipu..itu antara diorg ngan tuhan..otak kenit tapi nak becakap byak..huh

BANSHEE berkata...

aparaaa lu org ni.. yg kecik2 buat apa nak saman! tdhan liwat ngan penghianat bangsa tu satu tuduhan yg sgt besarrrrr..itupun nak jadikan isu. apa punya otak singkat betul. kalau benci kat seseorg tu pun..gunalah akal utk berkata2. jgn guna emosi saje. apa sgtlah ngan hindraf tu.. tak semua yg diorg tuntut tu salah.kata bekerjasama ngan pengganas., tapi tak de news pun.
korang tak pernah bekerja ngan company GLC! korang tak tahu mcm mana mrk tendang keluar bangsa cina dan india.inilah keadilan yg dituntut olh bangsa mrk.kalau nak kata company cina cincai...tgk bangsa apa yg kat atas sana.(public listed com).
IFC sape yg unsurkan. apa yg pak lah buat?
JGN BERCAKAP TENTANG SESUATU YG KABUR. tapi fikirkanlah dgn apa yg tlh kerajaan lakukan..rasuah diklgn menteri, kroni di dlm pemilihan jaw krajaan,jenayah diklgn menteri, pengumpulan harta dikalangan menteri dan sbgnya. kita tdk mengharapkan kesempurnaan krn kkrgn itu adalah fitrah manusia, tetapi dimanakah usaha utk ke arah membanteras semua ini.

Tanpa Nama berkata...

baguslah saran rico.. masalahnya Al Juburi@Mat Sabu ke hulu kehilir menuduh saiful dan orang lain membuat konspirasi. Kita bukan menjatuhkan hukum, sekadar mempersoalkan beberapa perkara yang menjadi persoalan masyarakat. Itulah akibatnya bila isu peribadi dipolitikkan dan rakyat tidak sepatutnya mendiamkamkan diri dan menjadi pemerhati bisu, kerana dia secara tidak langsung melibatkan lanskap masa depan kenegaraan dan masyarakat

Emas Perak berkata...

Tontonilah kisah Nizar Si Kacang di

http://perakbangkit.blogspot.com/2008/07/nizar-si-kacang-lupakan-kulit-jom.html

BANSHEE berkata...

memang kita secara tidak langsung melibatkan lanskap masa depan kenegaraan dan masyarakatOleh sebab itu kita janganlah melatah dgn apa yg disebarkan melalui berita atau internet tdk kira berita dr pihak kerajaan yg memerintah atau pembangkang.berfikir menggunakan akal yg dianugerahkan olh allah kpd kita.jgn biarkan org lain yg mengatur minda dan corak pemikiran kita. berfikir biarlah seimbang.

Tanpa Nama berkata...

saudara sekalian, baik saudara fikir baik2 secara mendalam sebelum membuat kesimpulan ttg apa yg anwar sedang cuba lakukan sebenarnya...apa motif beliau...bukankah anwar awal2 lagi secara lantang menyatakan ketidakpercayaannya kepada mahkamah dan para hakim...mengapa dia masih lagi menggunakan mahkamah untuk menyaman...saya agak kurang senang dgn anwar yg suka bermain kata2...beginikah orang yg nak memimpin negara....? saya melihat anwar memiliki jiwa yg tidak tenang...lihat shj wajahnya...

Tanpa Nama berkata...

"saya melihat anwar memiliki jiwa yg tidak tenang...lihat shj wajahnya..."

saya nak tambah sikit

Semua pemimpin pembangkang kecuali Hj Hadi kepala orang 3 suku, masuk air. Karpal & anaknya, Lim sekeluarga dsb.

Kepala biol ni memang tak suka Melayu. Tapi Melayu yg bodoh mcm PKR sokonh dia benci melayu.

Tanpa Nama berkata...

Tak habis2 ceramah-ceramah-ceramah-
macam penyakit.

dah dapat 5 negeri ceramah2. Duit pun dikutip lagi. bodoh.

Unknown berkata...

oooo patut le nuar byk sgt duit... mahal tu rumah nuar segambut...

oiii org PR, x nak saman ke nuar songlap duit PKR?

bodoh punya org la nak sokong babi buta kat nuar.

dahlah flinstone pun buta babi org yg kes polis teruk2 pun dia bela. nuar pulak suka taram belakang. xpe nuar bak kata pepatah 'belakang kira..." bontot pui jugak yg nuar liwat.... hehehehe

anonymous berkata...

abis tu nak suruh dia saman pakai apa! mcm kes curi motor kat klang, kitaorg tau polis tak akan siasat tapi kalau kes kecurian berlaku kita masih membuat report w/pun kita tau 50/50% utk dpt news. tepuk dada tanya selera.

DSAI.. dia manusia biasa kalau dihentam bertubi2 mmglah tak tenang jiwanya lainla ngan saiful mangsa liwat tu..yg kita lihat senyum dan melambai2 tangan kpd wartawan.

setiap apa yg kita lakukan mestila ada motif.. seperti blog ni juga pandai mencanang dan bermotifkan politik. matlamatnya satu.. utk memastikan DSAI tdk menjadi PM.

kalau korang sedar skrg ni musuh agama, bangsa & negara adlh Ezam. dulu dia menghentam org umno tapi tak dilayan.. dia msk NGO kutuk perasuah...pas tu masuk lak Umno trs hentam DSAI. sbnrnya apa yg dilakukan adlh hanya utk kptgn peribadinya shj.nampak jelas di wajahnya apabila diwawancara seolh2geram sgt dgn DSAI.agaknya dia dah kena liwat ngan DSAI.(itu saje kesimpulan yg blh di buat)

jika anda sbg org tgh..adkh anda percaya pd manusia spt Ezam ni.dia blh menghentam DSAI tanpa melibatkan mana2 parti pun.ini baru dipanggil wira sejati. tahukah anda dulu ezam mpyi berkotak2 rasia menteri2 yg kurap. mana pergi kotak2 tu .sekrg timbul pulak cerita kotak2 yg penuh dgn rasia PKR @ DSAI. ini blh buat duit... mungkin hjg tahun ni Ezam akan kaya raya.

Ezam seperti penyakit didlm koloni, kalau tak dihapuskan ia akn bernanah dan busuk.

Tanpa Nama berkata...

"kalau korang sedar skrg ni musuh agama, bangsa & negara adlh Ezam"

Drpd pengamatan & analisis yg aku buat,pengkhianat bangsa,agama & negara bukan Ezam tapi makhluk bernama ANWAR IBRAHIM.

Bukaklah mata & hati tu pengikut membabi buta PKR.Guna akal jangan guna kepala lutut.

Rahsia Anwar semakin hari semakin tersingkap.Sebab tu korang takut kan!!!!