MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Jul 2008

Anwar : Kenapa 'berlindung' di kedutaan asing ?



Anwar : Kenapa 'berlindung' di kedutaan asing ?

Sebaik sahaja report polis dibuat oleh bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, Anwar bergegas menyembunyikan diri ke kedutaan Turki.

Inilah yang menimbulkan tanda tanda.

Ibrahim Ali, Ahli parlimen Bebas mempertikai tindakan Anwar bersembunyi di Kedutaan Turki. Katanya, jika Anwar yakin tidak bersalah beliau tidak perlu takut dan bersembunyi. Malah katanya, beliau sedia untuk menemani Anwar jika beliau takut untuk berhadapan dengan proses penyiasatan. Katanya, beliau sedia temani Anwar sekalipun masuk lokap bersama untuk disoalsiasat oleh polis.

Penarik beca tulis, "Anwar juga mendakwa mempunyai alibi. Kalau dah gitu, awat yang terkincit-kincit lari ke kedutaan Turki? Jangan la buat perangai yang menyebabkan orang tertanya-tanya"

Kedutaan Turki di Malaysia, menjadi tempat persembunyian Anwar. Kenapa berlindung di kedutaan asing?


Suaka politik

Wan Azizah pula membayangkan suaminya akan mendapat 'suaka politik' daripada kedutaan Turki.


Dua foto Azizah dalam dua acara yang berbeza tetapi memberi pergertian berbeza mengenai bersalaman. Sila klik pada foto untuk melihat saiz yang lebih besar perbezaan dua aksi bersalaman itu


Begitulah episod drastik, Anwar lari bersembunyi kedutaan asing dan berusaha dapatkan 'suaka politik' hanya kerana laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantunya.

Adakah ini bayangan sebenar wajah Anwar ?. Mencabar dan mengertak laksana hulubalang "Lawan Tetap Lawan", dipentas-pentas ceramah, tetapi larikan diri, berselindung di sebalik kedutaan asing, serta meminta 'suaka politik' apabila merasa dirinya terancam ?

Apakah mungkin Anwar akan melarikan diri ke luar negara suatu hari nanti, sekiranya dirinya benar-benar terancam ?

Sejarah telah membuktikan, sebaik sahaja dibebaskan dari penjara pada 2004, Anwar mengadakan pertemuan sulit dengan Paul Wolfowitz di Munich dan meminta 'suaka politik' untuk bekerja di Amerika Syarikat pada 2005-2007.

Anwar pernah mendapat 'suaka politik'selama dua tahun di Amerika dan bekerja menjalankan misi Amerika dengan pelbagai organisasi termasuk Foundation For The Future, Council on Foreign Relations(CFR), Internatioanl Crisis Group (ICG) dan sebagainya.

Apa agenda Anwar di kedutaan Turki ?

Majlis Tertinggi PKR kata, Anwar hanya bersembunyi di kedutaan itu untuk menyelamatkan diri kerana ancaman bunuh. Ancaman bunuh???

Wan Azizah kata, suaminya boleh keluar dari kedutaan itu sekiranya kerajaan boleh beri jaminan keselamatan suaminya.

Siapa yang nak bunuh Anwar? Kenapa pula Wan Azizah buat demand sedemikian rupa ? Apa specialnya Anwar hingga boleh tawar menawar dengan kerajaan Malaysia ?

Tetapi, Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua Angkatan Muda PKR, kata Anwar selamat berada di kedutaan Turki. Katanya Anwar sedang sibuk bermesyuarat dan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak tertentu.



Maknanya, Anwar bukan bersembunyi di kedutaan asing kerana takut, tetapi berlindung di kedutaan itu untuk mengadakan pertemuan serta meminta pertolongan daripada pihak luar untuk menghadapi kes liwat yang dilaporkan oleh bekas pembantunya itu.

Hubungan Anwar, Turki dan Amerika

Hubungan akrab antara Anwar dan Perdana Menteri Turki memang tidak dapat disangkal.

Yusmadi Yusof, ketika masih menjadi pembantu Anwar di Amerika, menulis artikel membayangkan keakrapannya itu.

Yusmadi Yusof bersama Anwar. Dulu Yusmadi adalah bekas Hubert H. Humphrey Fellow, Washington D.C. Sekarang Ahli Parlimen PKR di Pulau Pinang


Tulis Mohd Yusmadi Yusoff, Washington DC "Pada 1 Oktober 2006 lebih kurang jam 5 petang, saya telah menghadiri majlis pidato Keamanan Sejagat oleh Perdana Menteri Turki di Universiti Georgetown bersama teman dari Malaysia saudara Khalid Jaafar. Majlis tersebut dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Professor Islam Kontemporari Asia Tenggara di Prince Al Waleed bin Talal Centre for Muslim-Christian Understanding dengan kerjasama pihak Universiti Georgetown dan Kedutaan Turki. Usaha Datuk Seri Anwar itu telah menarik minat pelbagai warga Washington D.C"

Tulisnya lagi, "Dewan ODonovan di banjiri penuh dengan hadirin dari pelbagai latarbelakang. Antaranya Presiden Universiti Georgetown Dr. John DeGioia, John Esposito, John Voll, kepimpinan ISNA (Islamic Society of North America), VVIP jemputan kedutaan Turki, kepimpinan IIIT Abdullah Schleifer, director of Television Studies at the American University of Cairo - and former NBC bureau chief dan lain-lain lagi. Yang mengagumkan saya ialah Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia juga meluangkan masanya dari awal majlis sehinggalah majlis iftar program tersebut"

Yusmadi amat terharu, program anjuran Anwar dan kedutaan Turki turut dihadiri oleh Paul Wolfowitz, Presiden Bank Dunia ketika itu. Tetapi apakah perkaitan antara Paul Wolfowitz dengan Anwar dan Kedutaan Turki, hingga memaksa 'orang kanan Bush' itu sanggup meluangkan masanya di Bank Dunia ?

Tulis Yusmadi lagi, "Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush. Datuk Seri Anwar juga membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh Turki di dalam konflik Palestin dan Israel dan juga bagaimana masyarkat Islam boleh dijadikan rakan di dalam memperjuangkan kebebasan, keadilan dan demokrasi. Mesej itu bertepatan dengan pertemuan di antara Erdogan dan Presiden Bush yang akan berlangsung keesokkan harinya"

Rupa-rupanya Perdana Menteri Erdogan mempunyai hajat besar berjumpa dengan Presiden Amerika dan Anwar menganjurkan program sempena lawatan kerja Perdana Menteri Turki ke Amerika. Patut pun orang kanan Bush, Wolfowitz turut hadir ke majlis itu.

Baca sepenuhnya tulisan Yusmadi, klik di sini.

Bermakna semua kunjungan negara-negara luar ke Amerika diketahui oleh Anwar sepertimana yang ditulis oleh Yusmadi "Majlis tersebut dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi latar program yang dicadangkan sekitar 2 minggu lalu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dimaklumkan mengenai lawatan Perdana Menteri Erdogan ke Amerika Syarikat bagi bertemu Presiden Bush"

Begitu intim hubungan Anwar dengan Perdana Menteri Turki, hinggakan Turki hendak melawat Amerika terpaksa melobi melalui Anwar. Anwar jadi penasihat Perdana Menteri Turki, apa yang boleh dan tidak boleh semasa berjumpa dengan Presiden Bush


Tulisan ini membayangkan betapa rapatnya hubungan Anwar dengan Presiden Bush, hingga lawatan-lawatan dari negara luar, turut diketahui oleh Anwar.

Begitu susahnya menemui Bush hingga terpaksa melobi melalui Anwar dan Paul Wolfowitz terlebih dahulu. Dan Yusmadi menjelaskan 'peranan Anwar', sebagai 'penasihat' kepada Perdana Menteri Erdogan untuk bercakap kepada Bush.

Wolfowitz dianggap penasihat kanan Presiden Bush. Begitu sayang Bush kepada Wolfowitz, sanggup melantiknya sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, walaupun pernah dilapor penasihatnya mempunyai banyak skandal. Begitu juga diberi kuasa menjadi Presiden Bank Dunia, walaupun kedudukan Wolfowitz di Bank Dunia dipertikaikan. Sekarang masih penasihat penting dalam American Enterprise Institute (AEI). Begitulah akrabnya Bush dengan pemikir Zionis.


Apa pula kaitan Turki dengan Paul Wolfowitz ? Semua orang tahu, semasa Paul Wolfowitz menjadi Timbalan Setiausaha pertahanan Amerika, Turki memberi keizinan kepada Amerika untuk menjadi negaranya sebagai laluan tentera Amerika menyerang Iraq.

Malah, kerajaan Turki masih menuntut 'pampasan' yang dijanjikan oleh Amerika membenarkan negaranya sebagai laluan tentera Amerika semasa serangan Iraq itu.

Begitulah intimnya persahabatan antara Anwar, Endogan dan paul Wolfowitz.

Campurtangan Amerika kes Liwat

Sebaik sahaja Anwar keluar dari 'persembunyiannya' di kedutaan Turki, maka Tom Casey, spokesman for the US State Department telah beri amaran kepada Malaysia agar jangan teruskan siasatan liwat ke atas Anwar.

Tom Casey, spokesman for the US State Department beri amaran kepada Malaysia jangan teruskan siasatan ke atas Anwar.


Begitu cepat Jabatan Negara Amerika mendapat maklumat apa yang berlaku kepada Anwar di Malaysia. Mengapakah Amerika begitu prihatin kepada Anwar hingga sanggup mengertak dan beri amaran kepada Malaysia walaupun tindakan itu melanggar urusan negara lain.

Jadi jelaslah, apakah agenda Anwar 'bermalaman' di kedutaan Turki dan semakin jelas siapakah Anwar di sisi Amerika, hingga sanggup beri amaran jika Anwar diteruskan siasatan.



Persoalannya adakah Malaysia takut dengan gertakan Amerika hingga membiarkan orang yang didakwa menjadi 'talibarut asing' dan dilaporkan 'meliwat' oleh bekas pembantunya bermaharajalela di Malaysia ?


AnwarIbrahimDotCom
4 Julai 2008

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Macam ni punya orang pun ada yang terhegeh hegeh nak jadikan Perdana Menteri Malaysia ke?

Seburuk buruk Pak Lah (memang semua maklum Pak Lah tak sepandai Tun M) tetapi Pak Lah bukan anak Melayu yang menjadi talibarut USA.

Saya harap penyokong DSAI tolong bukak minda tu dan pikir secara rasional.

Saya tidak merelakan orang macam DSAI menjadi PM Malaysia.

Allahuakbar!

zalwani berkata...

senang betul minda rakyat melayu malaysia di pengaruhi wlaupun hanya menggunakan penulisan dan bukti2 yg seakan2 dimanupulasikan. gunakan saja isu yahudi dan ketuanan melayu.... semua org melayu naik angin.
Masyarakat melayu skrg seharusnya lbh matang di dlm pergolakan politik di malaysia ini.kita sepatutnya lbh tahu drpd mrk yg memimpin krn kita yg mengalaminya bukan mrk yg mengaturkannya atau menyebarkannya.
Didlm dunia pilitik semuanya samar2, kejujuran sentiasa berada di hujung tanduk. tak perlulah kita menyerang seseorg scr peribadi bertubi krn ianya akn mengambarkan keperibadian kita sendiri.
komenlah & berfikir scr menyeluruh di atas sgl kepincangan yg wujud di negara malaysia ini.
jgnlah kita sibuk menghentam individu hanya krn sifat dengki dan kptgn segenlintir pihak semata2.
kenyataan di dlm blog ini tdk menjernihkan suasana yg melanda politik malaysia sebaliknya memecah belahkan masyarakat. Bagi saya kenyataan yg di sebarkan blh di kategorikan sbg satu hasutan yg akan mengundang keburukan kpd masyarakat malaysia.
kita seharusnya berfikir dgn lbh matang dgn menyumbangkan idea2 yg baik agar kerajaan yg sedia ada dpt memberi kebajikan/kemajuan kpd seluruh masyarakat di malaysia.
berilah sokongan kita kpd kerajaan yg menerajui tdk kira mana parti sekalipun krn kita ingin menuju ke arah/ destinasi yg sama.. cuma cara yg berbeza!!setiap manusia yg waras akal fikirannya tdk inginkan pepecahan di dlm masyarakat.
kalau kita teliti.. betul2 ada 19 blog yg seakan sama intipatinya, seolah2 bekerja dlm satu pasukan utk menaikkan kemarahan dan kebencian di kalangan pembaca.tq

AIDC berkata...

Tahniah tulisan sebegini sepatutnya ditujukan kepada Anwar yang sering menabur fitnah di dalam setiap ceramah-ceramah politiknya.

Nasihat kepadanya baik2 supaya jangan sukar menabur fitnah tanpa bukti. Ceramah berunsur hasutan boleh memecahbelahkan masyarakat. Ingat lagi apa berlaku 1998.

Tahniah kerana saudara sentiasa pantau blog-blog. wah, sudah ada 19blog seakan2 sama intipatinya..

Bagi saya masih sedikit jumlah tu, kerana pada tahun 1998, terdapat 40web/blog reformasi yang hentam keromo dan tabur fitnah kepada kerajaan yang lebih bermotifkan memecah belahkan masyarakat!

Anwar fitnah orang lain tanpa bukti, orang tak marah. tetapi apabila orang lain kritik Anwar, mulakan beliau fail saman!

Betul2 demokrasi Anwar nih

Nizam Gtz berkata...

19?? Baru 19?? Isk2, sedih betul... macammana 19 orang nak wakili suara 3.2 juta ahli UMNO?? berapaa peratus tuh jika nak dibandingkan beratus-ratus entry yang mewakili berapa ribu? Ada 100 ribu ker ahli PKR??

Patutlah perang saraf ni PKR yang kongker... Sehingga minda rakyat pun dah semakin mengikuti minda IKD dan USAID... Tolong!! Keluarkan racun liberalisme yang menular di kalangan rakyat...

Tanpa Nama berkata...

ermmm nak tanya sikit....

Komen-komen kat laman web reformasi tu tak membawa kepada hasutan yg akan mengundang keburukan kepada masyaratkat ke?

Thanks

Tanpa Nama berkata...

stupid anwar.. even pak lah pun x ok gk..tp sekurang2nya dia x talam dua muka dan x ada any relationship dgn other country..huuh

FikirFikir berkata...

kalu ikut hukum Allah saiful kena bawa 4 org saksi... mana saksi tu... jika tak saiful kena hukum tu.. bukan sebatan la rotan la.. sebatan lain rotan lain.. fahammmmmmmm.......


takkan nak serah diri je kpd org dah wat zalim kat kita kena la buat persediaan.... biar semua dunia tahu...baru takut skit..

pasal amerika campurtangan bising hari kat tv mempebodhkan org... hari ajak yahudi masuk malaysia ok je konon sbb sukan.. piiii lahhhh
dlm tv malaysia kutuk lah ...eleh kat luar yer yer angguk kat US ...
HAMAS dtg kat Malaysia pun tak layan.. pembangkang pulak layan...pelik tapi benar... dalam tv konon kutuk yahudi...

yg ade dgr pasal tak pergi ke dutaan Iran tu.... aku nak sebut skit yg hari tu batalkan pameran senjata IRAN apasal tu bukan tunduk kat US....

aku nak ckp ke penyokong BN UMNO dah dlm TV di perbodohkan takkan media terbuka ni nak diperbodohkan lagi....

BN pilihan raya pun dah kalah,
harapkan sokong org ulu je dpt mng
kampung boleh la,, dah la TV kempen
utk diri sendiri pun masih kalah..hahaha

dah minyak naik brg naik beras naik
sokong lagi BN kecuali pada yg kaya raya yg rompak hasil negara rakyat, cukai beb.... masih sokong lagi BN????

maaf zahir batin jika ade terkasar bahasa...
akhir sekali byk solat,zikir, baca quran, dgr ceramah agama nnti takut
lekat titik hitam dlm hati...

Tanpa Nama berkata...

anwar pegi tengok bola tu kat kedutaan turki...

Unknown berkata...

Kepada fikirfikir:

Macam mana nak bawa saksi, masa buat liwat tue mereka bukan panggil ramai2..kalo ramai2 tue dah kira gangbang...

Lu ni macam nak kuasa asing masuk Malaysia tercinta nie je..Kes nie baru peringkat awal lagi beb..lu kena ingat tue..Lu punya penasihat tue kena gelabah sangat..

Gua tau penasihat lu tak salah dlm hal nie..penasihat lu warak..penasihat lu pengkhutbah..penasihat lu 'Moderate Muslim Of The Year'..yang salah anu dia..anu dia nakal..jadi pihak berkenaan kena ISA kan anu dia..

sudah dua kali kena tuduh beb...

maaf zahir batin jika ade terkasar bahasa...
akhir sekali byk solat,zikir, baca quran, dgr ceramah agama nnti takut
lekat titik hitam dlm hati...

Tanpa Nama berkata...

Kalau tengah main bontot nak panggil 4 saksi, orang gila aje yang nak buat macam tu.

Satu lagi yang saya tak faham bila ada isu negara melibatkan USA, secara general orang Melayu Islam akan berarak ramai ramai bakar bendera USA depan kedutaan Amerika, bagi memorandum bantahan la itu la ini la, jerit Allahukabar la, dan macam macam lagi.

Tapi bila DSAI jadi talibarut USA terang terangan pulak tu, Ok pulak, tak de pulak ada orang Melayu especially yang taksub dengan DSAI ni yang nak membantah, melarang, atau melenting macam mana reaksi kita pada isu negara-USA yang saya sebut diatas.

Apa sebenarnya kelebihan DSAI ni sampai nak diagung agungkan oleh orang Melayu ni? Pandai atau pintar sangatkah DSAI ni kalau nak dibanding dengan PM Malaysia yang terdahulu. Handal sangatkah DSAI ni kalau memerintah Malaya ni boleh buat magic macam nak menurunkan harga minyak sedangkan harga minyak sekarang adalah amsalah global? Tolong la pikir secara rasional.

Setahu saya kelulusan DSAI lebih kurang sama dengan Pak Lah aje.

Rumah baru DSAI yang kat segambut ni betul-betul memeranjatkan saya. Pandai betul DSAI ni mengabui mata penyokong fanatik nya.Baling batu sembunyi tangan.

Kalau saya tolak isu main bontot ni, saya nak tanya penyokong DSAI secara gentleman, mahukah kita ada seorang PM yang menjadi talibarut USA. Tolong lah. Bukak lah mata dan minda.Pikirkan lah.

Belum apa-apa dah sembunyi kat Embassy Turki. Kalau dah jadi PM nanti, diandaikan negara ada problem, ntah ntah lari pergi USA atau Turki cari perlindungan suaka politik.

Skullsplitter berkata...

Saudara FikirFikir, Pernah dengar perkataan syukur? Anda bercakap tentang hukum Allah, empat saksi. Tetapi adakah anda berkata pada diri sendiri tentang kekuasaan Allah ketika menulis

'dah minyak naik brg naik beras naik
sokong lagi BN kecuali pada yg kaya raya yg rompak hasil negara rakyat, cukai beb.... masih sokong lagi BN????'

Siapa yang membenarkan ini semua terjadi? Hak siapa minyak, beras dan semua ini? kata Allah SWT : "Kun fayakun.." - Dia berkata jadi!..maka jadilah!. Pada siapa kita marah sebenarnya ni? Fikirkan.
Insyaallah.

Salam,
skullsplitter

Nizam Gtz berkata...

Salam semua,

Kepada sesiap yang berkenaan...

1) Tidak pernah terjadi dalam sejarah islam hukuman zina @ liwat dijatuhkan dengan membawa 4 orang saksi yang a'dalah. Kenapa??? Syarat jatuhnya hukum zina ialah 4 orang saksi melihat adegan itu dari mula sehingga habis... Mana ada orang yang a'dalah sanggup nak tengok orang berzina depan mata dari mula sampai habis??

2) Tun dah bagitau dah dalam sajaknya pada 1996... "Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat,
dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan,
dari membiarkan bangsaku dihina."

3) Pameran ketenteraan Iran dibatalkan kerana sponsor yang tak mahu, bukan kerana takutkan US... Abeh, kalau sponsor tak mau bagi dana, boleh terbatal terus program tu... (Kata kawan yang terlibat masa aku keja ngan Syarikat yang berkaitan dengan MINDEF)

4) Aku tiba-tiba rasa kecilnya diri bila baca komen Skullsplitter, mahu terburai air mata tau... Kiranya, redha kita masih lagi tidak mencukupi lar untuk mendapat keredhaan allah, kerana tiada konsep syukur dalam hidup kita... Dalam sedar atau tidak, kita sudah tidak percaya kepada rukun Iman yang ke-enam... Astaghfirullah...

5) Seorang blogger yang kata dirinya tidak terlibat dengan politik kata liberal itu tidak salah... Mengapa? Kerana racunnya tidak berbisa?? Aduh, masih bertopengkan lagi kenyataan bahawasanya liberalisme adaah racun yang memporak perandakan manusia seluruh dunia...

Akhir sekali, Baca dan kaji Surah Hud... Semoga Sirah yang ditunjukkan dalam al-quran memberi petunjuk kepada ummat masa kini...

Tanpa Nama berkata...

salam,

Usahlah kita bercarakaran sesama kita kerana perang politik antara BN & PEMBANGKANG (esp PKR,DAP) ,

Mcm2 dakwaan yg dilemparkan sama ada ianya dr DSAI, NAJIB, PAKLAH, KJ dll , sampai mamak pemuda UMNO suruh DSAI bersumpah kat MASJID NEGARA ...

Apa dah jadi M'sia nie .... negara yg aman dah bertukar menjadi huru hara kerana masing2 hdk menegakkan benang yang basah ...

Sememangnya masing2 mempunyai fakta kukuh utk menyatakan pihak tertentu bersalah ... tp bila diteliti semua fakta ianya hanya akan menyebabkan kita berasa runsing & bertambah keliru ...

Bg pemuda mamak UMNO ... knp suruh DSAI aje bersumpah ? ... suruh semua nama2 yg disebut td (DSAI, SAIFUL, NAJIB, PAKLAH, KJ ..dll yg terlibat spt ROSMAH ... ) pun bersumpah diatas tuduhan yg dilemparkan ...

RASAnya lah kan baik buang aje diorg ni semua ....menambahkan keperitan rakyat ajer .....

tplahkan sekurang2nya pemimpin2 atasan PAS xde lah ada masalah2 mcm nie ......mmg diakui xde satu parti pun yg bebas dr memiliki org2 yg korup & x bermoral ....tp at least PAS aku nampak OK skit ahhhh ....itu pendapat aku

terpulang kpd korang semua menilaikannya ...

Tanpa Nama berkata...

Anwar, Lain kali jangan main bontot la

zalwani berkata...

para pembaca sklian.. saya tdk membela anuar..(laknatlah saya jika menyokong perbuatan yg dilaknati olh allah jika bnr tdhnnya) tapi apa yg ign saya katakan disini.. penulisan byk berunsurkan tohmahan dan penuh hinaan dan ada yg menggelarkanya' jelmaal dajjal" masyaallah.. tahukah kamu bagaimanakah dajjal itu? dan ada yg mengatakannya tali barut AS/Yahudi.jika benar..anuar bklah manusia malaysia yg pertama. tapi sblknya dia adlh penyambung kpd org yg sblmnya. adlh berat sblh jika perkara yg tlh lama berlaku ttp hanya mltkn kslhn terhadapnya.
KNPkah setiap thn kita membenarkan kapal prg AS berlabuh dan mengambil air di malaysia..bknkah ini menunjukkan yg melaysia mmg bershbt baik dgn AS/yahudi b/mana dgn pasukan criket dan bola spk yg dihebohkan.b/mana pula dgn budaya2 AS/yahudi.fikir2kanlah.
Jika dia plhn rakyat.. hormatilah, sbgmana kita menghormati Pak lah & Mahathir slm ini.

Tanpa Nama berkata...

persoalan lebih drp itu kenapakah anwar sanggup menjadi alat dan bekerja utk menjayakan misi amerika. persoalan itu kena jawab..

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya harga minyak naik, kita melompat gembira. Kita kaya raya. Macam harga sawit naik kita gembira, rakyat gembira. Tapi Petronas untong berbilion kita kecoh, harga minyak naik. Kan bangang UMNO dan penulis blog ni.Anwar lah bakal pembela kami yg hampir kebuloran ni.Mengapa pejuang rakyat di musohi. Sedarlah wahai pengampu UMNO ( pengkianat bangsa)

Tanpa Nama berkata...

Siapa penulis blog ni. Kaki umpu UMNO. X sedar diri, harga barang semua naik. Nanti kebulor kau.Kenapa nak banding negara pembeli minyak memanglah mereka risau. Tapi pengeluar minyak patut bergembira pendapatan naik. Ini budak darjah 1 pun tahu. Kenapa bangang sangat UMNO ni. Perjuangkan ugama jangan perjuang bangsa. Ahli UMNO dari sabah bukan berugama islam.Patut lah PAS kata UMNO kafir.Hiduuup anwar

Tanpa Nama berkata...

Bengong...takut kebulor sanggup sokong anwar pengkhianat..bodoh nk mampus!!!

Nizam Gtz berkata...

Adakalanya, melalui perdebatan kita boleh membetulkan kesilapan kita... Tetapi melalui perdebatan, masing-masing tidak mendapat apa-apa melainkan kerosakan minda jua lantaran kesungguhan menunjukkan kepandaian dan memperbodohkan pendapat orang lain...

Masalah dan Isu-isu semasa yang berlaku di sekitar kita, kesungguhan pihak swasta meningkatkan ekonomi jua disalahertikan... Fahamilah hakikat bahawasanya tiada yang kekal di dunia ini kecuali DIA Yang Maha Esa... Tidak terkecuali galian-galian yang dikeluarkanNYA dari perut bumi...

Tanpa Nama berkata...

aku takkan tertipu dgn penulisan kat atas ni....mane bukti anwar besekongkol dgn amerika? mane???

Stan berkata...

Lu semua bodoh lah..Cakap-cakap ada ganjaran? Jikalau negara boleh jadi Singapura atau HK..saya tiada halangan..Si BN cakap jikalau Amerika campur mampuslah kita...Cakap sekarang adakah duit kita bernilai? Semakin kecil nilainya..Pergi Batam orang pun tak mau RM lah..Kenapa tak cuba kerajaan baru..Tengok Pulau Pinang lah sekarang ada masalah? Walaupun Cina jadi CM ada apa masalah? Melaka...CM adalah Melayu tapi tiap-tiap bulan tukar bunga sini sana..apa tujuan? gajaran..Jika mau setanding dengan Cina dan India, belajar lah berdikari...Apa bumiputera atau bukan bumiputera? Orang asli adalah bumiputera..Cina dari Negara Cina, Melayu dari Indonesia, India dan Singh dari India..Kalau macam ni negara kita akan jadi Indonesia kedua...Rujuk lah USA, walaupun banyak kaum, tapi mereka tetap dihargai sebagai Rakyat Amerikat yang tiada perbezaan ni... Buka otak kamu sebelum cakap..Otak Udang