MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Jun 2008

STADIUM SHAH ALAM SAKSIKAN DS ANWAR GAGAL Tarik 100,000 Rakyat



Perhimpunan Majlis Sambutan 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor di bawah kerajaan campuran PAS, PKR dan DAP yang membentuk Pakatan Rakyat di Selangor telah berlangsung di Stadium Shah Alam. Mengambil contoh Kerajaan PAS Kelantan, sambutan dimulakan dengan aturcara keagamaan (solat maghrib, solat hajat, dan majlis tahlil) dan berakhir dengan ucapan pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat di pentas politik Malaysia.

Mengikut jadual asal, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, YB Dato` Dr Hassan Mohamed Ali yang mewakili penganjur majlis tersebut iaitu Kerajaan Selangor memberi kata-kata aluan dan disusuli dengan tayangan multimedia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Baru Selangor.

Kemudian ucaptama oleh YAB Dato` Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan disusuli dengan speaker utama pada majlis tersebut seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR), Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan wakil-wakil utusan parti PAS.

Bagaimanapun, sambutan himpunan 100,000 rakyat sempena meraikan hari ke-100 di Selangor dilihat gagal memenuhi target asalnya seperti yang digembar-gemburkan oleh media elektronik sebelumnya. Majlis tersebut dilihat telah dipelopori oleh Parti Keadilan Rakyat dan telah digunakan sebaik mungkin oleh DSAI sebagai platformnya mengajak Ahli Parlimen Barisan Nasional menyertai Pakatan Rakyat. Hasilnya beliau dilihat sebagai jaguh di medan yang diciptanya sendiri!

Penganalisis cukup terkejut dan kecewa dengan sambutan dingin rakyat berhubung himpunan 100,000 rakyat kerana himpunan 100 Hari Selangor dijangkakan akan menjadi ukuran kepada keupayaan demonstrasi Sejuta Rakyat pada 6 Julai 2008!

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor kepada kegagalan himpunan 100,000 rakyat pada malam itu dan tidak hairanlah jika difikirkan kerasionalannya. Antaranya ialah:

1. Ketidakhadiran speaker utama lain seperti yang dicanangkan oleh poster dan media elektronik internet seperti Menteri Besar Kelantan, Kedah, Perak dan Ketua Menteri Pulau Pinang. Selain itu Presiden PAS, Tuan Guru Dato` Seri Abdul Hadi Awang juga tidak hadir! Hasilnya hadirin pada malam tersebut seolah-olah tertipu dan kecewa lalu keluar sedikit demi sedikit daripada Stadium kerana terdapat hadirin yang hadir semata-mata ingin melihat kehadiran dan ucapan pemimpin tertentu. Adalah sangat mustahil jika terdapat lima (5) pemimpin utama negara tidak hadir serentak!

2. Kegagalan sistem audio suara berfungsi dengan baik yang menyebabkan suara speaker tidak jelas kedengaran!

3. Rakyat yang hadir kecewa kerana Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS tiada! Penganalisis dapat membayangkan kebanyakan hadirin yang berserban dan berkopiah dengan jubah dan sarongnya, busana muslimah yang bertudung labuh hanya hadir kerana ingin melihat ucapan Tok Guru Nik Aziz dari Kelantan! Kelihatan apabila giliran wakil PAS berucap dan bukannya pemimpin utama PAS (Nik Aziz) yang bangun, ramai hadirin terus bangkit meninggalkan stadium walhal masih terdapat Lim Kit Siang untuk berucap!

Faktor utama di atas telah dikenal pasti berdasarkan pengamatan dan pemerhatian penganalisis terhadap perkembangan politik tempatan. Perhimpunan 100,000 yang telah mencanangkan kehadiran tokoh-tokoh utama PAS seperti Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS serta kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri Pakatan Rakyat seharusnya mampu menarik rakyat hingga mencecah 100,000 orang.

Tetapi entah di mana silapnya, tindakan PKR ingin memonopoli pentas politik Kerajaan Selangor dan keinginan membuak DSAI memimpin negara sebagai Perdana Menteri yang dilihat sebagai terburu-buru telah menyebabkan PKR menanggung malu akibat kegagalan pada malam tadi!

Mengapakah PKR dikatakan ingin memonopoli pentas Kerajaan Selangor? Penganalisis yang turun padang sendiri ke Stadium Shah Alam telah menyaksikan beberapa insiden yang sepatutnya diambil serius oleh semua pihak yang dikatakan bekerjasama menganjurkan himpunan tetapi telah memberikan publisiti berlebihan kepada PKR! Antaranya penyaksiannya ialah:

1. Hanya DSAI dan Menteri Besar Selangor (sebagai pemimpin utama PKR pada malam itu yang mewakili PKR) telah berucap. Tetapi DAP hanya diwakili oleh Penasihatnya, YB Lim Kit Siang manakala PAS pula diwakili oleh pemimpin bukan utama! Maka semua media melihat DSAI membuatkan PKR memonopoli himpunan tersebut walaupun ia adalah himpunan Kerajaan Pakatan Rakyat!

2. Bendera parti PKR menyusuri jalan utama dalam jumlah yang terlampau sangat banyak hingga menjadikan himpunan tersebut seolah-olah anjuran PKR sahaja tanpa menunjukkan semangat kerjasama dengan PAS dan DAP.

3. Banner dan poster yang digantung di belakang tempat duduk dalam Stadium rata-rata hasil sumbangan PKR menerusi Kawasan/Bahagian PKR di Selangor.

4. Petugas-petugas dan penyokong-penyokong yang berkumpul di depan pentas utama dan belakang pentas utama rata-rata terdiri daripada PKR memandangkan kebanyakannya memakai baju rasmi PKR dan berbaju kebaya biru!

5. Ketidakhadiran Badan NGO Unit Amal yang selalu memakai baju rasmi berwarna merah dan berseluar hitam (bertuliskan Unit Amal) tidak kelihatan bertugas di dalam Stadium kerana lazimnya apabila himpunan besaran Pakatan Rakyat seperti ini selalunya dibantu oleh Unit Amal! Sedihnya kelihatan polis dan RELA lebih mendapat tempat!

PKR sepatutnya lebih peka dengan insiden seperti di atas dan tidak mengambil kesempatan meraih publisiti politik tanpa memikirkan semangat kerjasama yang diberikan oleh PAS dan DAP.

Adakah himpunan tersebut mempunyai agenda tertentu sehingga hanya DSAI yang menonjol? Adalah tidak bagus dan manis jika benar terdapat agenda di kalangan penyokong PKR (generasi muda) yang tidak mengenali sejarah dan tidak menghormati pengorbanan pengundi PAS yang lebih berusia dan berpengalaman di Selangor.

Paling menarik untuk dikatakan ialah apabila DSAI sangat ’susah’ untuk dilihat bersama Presiden PAS atau Mursyidul PAS di dalam pentas yang sama pada waktu yang sama kerana perbezaan ideologi parti masing-masing! Pakatan Rakyat hanya dilihat sebagai kukuh untuk menumbangkan Barisan Nasional tetapi menghadapi cabaran dan dugaan yang sangat besar lagi kritikal dalam mengekalkan kerjasama harmoni kerana usikan dan cucukan daripada BN sendiri yang ingin memusnahkan Pakatan Rakyat yang semakin erat diwaktu Barisan Nasional menuju kehancuran total gara-gara kelemahan dan kesilapan demi kesilapan pemimpin UMNO sendiri.

Paling menyejukkan hati penganalisis ialah apabila laungan takbir ‘Allahuakbar’ lantang bergema di Stadium Shah Alam buat kali pertama di telinga dalam sejarahnya politik tempatan semasa wakil PAS yang mula bangun dan ingin berucap. Bayangkan apabila Mursyidul Am atau Presiden PAS yang hendak berucap?

Sudah pasti laungan takbir memuji Allah pasti lebih lantang bergema di Stadium Shah Alam! Takbir!

Lihat gambar-gambar ekslusif dan video di 729 NO ISA....

http://whitenaval.wordpress.com

baca sumber asal : tranungkite.net

2 ulasan:

Nizam Gtz berkata...

Monolog-monolog sukar
Mengiringi untaian perjalanan
Seorang pemimpin kelahiran IIIT
Atau lebih mesra dengan islam-liberal pro-USA..

Kiranya bersetongkol dengan CIA dapat menawan dan mengawal bumi Awlia ini?
Pekungmu, Busuk di dada dikau sendiri yang buka...
Keturunan Awlia sudah jemu dengan perjuangan ala sosialismu...
Padah bertamu berperang mengikut nafsu
Bukan sekadar Negeri yang dikenan, negara bahkan Dunia yang kau pinta

Wahai pejuang-pejuang lain
Pulaukan pemimpin berideologi ciptaan zionis ini...
Sisihkan sikap pentingkan perkabilahan yang kamu cipta...
Kembalilah kepada warisan Awlia di bumi nusantara ini...

Warisan HAMKA, Pok Janggut, Hj. Abdul Rahman Limbong, Sultanul Syeikh Malik Ariffin,

Warisan Sultanul Awlia Qadir Al-Jelani, Warisan Ibrahim Adham... Mahupun warisan Muhammad Abdullah AnNafs-ZAkkiyah...

Tanpa Nama berkata...

pemimpin kau saper?
aku cabar buat perhimpunan tengok
berapa kerat yang datang,,