MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Jun 2008

"Saya tinggalkan Anwar kerana prinsip Islam"- Ezam




“Saya bersumpah dengan nama Allah dan Rasulullah s.a.w dan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebagai seorang Muslimin, saya tidak akan sama sekali membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri…”-kata Ezam

Oleh Mohamad Mukhreez
Jumaat, 20 Jun 2008

KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor semalam bersumpah atas nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri kerana 'prinsip seorang Muslim".

Ezam yang berceramah di sini, semalam dilaporkan berkata, beliau sedia untuk 'all-out' bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri 'atas sebab-sebab tertentu'.


"Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya," kata Ezam di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini.

Dalam ceramah bertajuk 'Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa' itu, Ezam menjelaskan politik cara Anwar Ibrahim akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi.

Dalam ceramah sulung di pentas UMNO itu, Ezam yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar berkata, tindakan beliau meninggalkan bekas boss nya itu semata-mata atas dasar prinsip.

Menurut beliau, biarpun ada dakwaan kononnya beliau disogok jutaan ringgit serta jawatan tertentu oleh UMNO, namun hakikat sebenarnya adalah beliau hilang kepercayaan pada perjuangan PKR.

"Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun," kata Ezam.

Jelas Ezam, sejak mengumumkan menyertai UMNO, beliau menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak gentar sama sekali dengan fitnah-fitnah tersebut bahkan beliau memberi amaran bahawa kesabarannya ada batas.

"Saya tidak suka aibkan orang, tapi kalau terus memfitnah saya akan gempur habis-habisan," katanya.

Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.

baca sumber asal : KLpos.com


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Whoever owns this blog, I would like to say that he has a great idea of choosing a topic.

Panglima Perang Cyber berkata...

satu lagi paparan menarik terus memeriahkan perang cyber kita ini...

moga semakin banyak kebenaran akan dibongkarkan.

dan kepalsuan didedahkan.

Hidup Alif

Hidup Ba

Hidup Ta

perfectman2017 berkata...

Ezam, dedahkanlah seawal-awal yang mungkin tentang siapa Anwar Ibrahim, ini melibatkan soal negara, bangsa dan keselamatan negara kita yang tercinta saya harap ezam tidak akan terlambat dalam soal ini...!

Aliya Azmi berkata...

really good in discover?

prove to us.

bukan hanya video dan blogging shj.

How about some Agreement that they have made?

Hw dangerous he can be? PROVEEEEEEEE


thanks.

Tanpa Nama berkata...

Hoi Ezam,

Kalau atas prisip Islam mengapa PAS.

Kamu kutuk UMNO bagai nak rak, sepatutnya pilihan terbaik kamu adalah PAS.

Tarak benda yang boleh kami percayakan kamu,

GTH-lah Ezam.

Panglima Perang Cyber berkata...

Apa lagi nak dibuktikan jika video gambar ditolak ???

Hanya akal waras akan menerima...yang selamat dari fanatik dan taksub membabi buta.

Maaflah jika terasa ye.

tak nak terima tak apa....

Hanya penerangan sahaja...

bukan penyerangan dan paksaan.

Tanpa Nama berkata...

btol aku skong.
klu kata brtndk ats prinsip islam knp xpilih PAS.sume tahu PAS xpura2.pmmpin2 pon dkalangan org alim ulama yg org segani.sume hebat2 belaka.knp xskong PAS je?sapa nk jwb?

edimansyah berkata...

Ala tak payah sumpah2 lah saudara.Buat apa?
Kalau betul nak jadi muslim yang baik, jangan lah bongkarkan aib orang. Tutuplah. Sebab islam ajar bila kita tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita di dunia dan di akhirat kelak. Biar kita dianiaya, jangan kita menganiaya manusia. Sebab nanti yang menganiaya dapat balasan jugak. Biar ALLAH sahaja yang balas.
Ingat! Dunia ni sementara akhirat kekal selamanya.

Panglima Perang Cyber berkata...

masalahnya si 'anu' waaa ini akan jadi PM ?

dah ada usaha ke arah itu.

Dan jelas dia bukan muslim yang baik jika memberi muka kepada bukan islam menekan islam.

baik ke tu?

zaman nabi diorang ni memang hampir kena bunuh cuma Nabi shaja yg larang.

Takut dikata ' Muhammad membunuh sahabatnya '

Tetapi Hj Hadi kata tak apa mengumpat apa komen anda ?

Panglima Perang Cyber berkata...

Hj Hadi bagi mengumpat kan ! atau dedah aib jika dia manusia yang jelek !