MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Apr 2008

Di sebalik Anwar Ibrahim & Foundation For The Future


Mesyuarat pertama ahli lembaga pengarah Foundation for the Future pada 15 Julai 2006 di Doha, Qatar. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Anwar Ibrahim.

MESYUARAT DI GENEVA

Saya ke Geneva selama 12 jam mempengerusikan mesyuarat Exco Yayasan Masa Depan.

Kami meluluskan projek media bebas di Beirut, pusat gerakan rakyat di Maghrib, badan hak asasi di Yemen dan lain-lain. Projek terbaru ini menelan belanja hampir 10 juta ringgit.

Exco diberitahu keputusan saya mengundurkan diri sebagai Pengerusi Yayasan mulai Jun nanti. Kami kemudian mengadakan pertemuan dengan wakil menteri luar Switzerland, duta Liga Arab, Turki dan lain-lain.


ANWAR IBRAHIM

** Kenyataan Anwar pada 3 April 2008



KENYATAAN MEDIA FOUNDATION FOR THE FUTURE

Foundation for the Future (Yayasan Masa Hadapan) mula-mula diumumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat.

Yayasan tersebut merupakan sebuah badan independent, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.
Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerka Syarikat tidak memberikan sebarang dana kepada Yayasan..

Saya dijemput untuk menyertai lembaga pengarah Yayasan pada pertengahan 2006 bersama-sama wakil dari Maghribi, Kuwait, Iraq, Sepanyol, Syria, Turki, Lubnan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mesir, Switzerland dan Qatar.

Ahli lembaga pengarah yang lain termasuklah Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa; Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki, dan Sandra Day O'Connor, bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Mesyuarat lembaga pengarah yang pertama diadakan di Doha, Qatar di atas jemputan Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Menteri Luar dan kini Perdana Menteri Qatar pada 15 Julai 2006, dan saya telah dipilih secara sebulat suara sebagai Pengerusi Kehormat Yayasan. Keputusan yang disepakati ialah untuk mendirikan ibu pejabat di Beirut, Lubnan.

Walau bagaimanapun, di dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Disember 2006 di Amman, Jordan, saya bertemu Menteri Luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang menyokong saranan penubuhan sekretariat serantau di Amman memandangkan penangguhan di dalam mendirikan ibu pejabat Beirut akibat serangan Israel terhadap Lubnan. Mesyuarat lembaga pengarah seterusnya akan diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Bahrain.

Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke Yayasan. Beliau mula-mula ditugaskan oleh Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk Yayasan pada hujung 2005 sebelum saya menjadi Pengerusi. Jawatankuasa eksekutif telah memutuskan pada pertengahan 2006 untuk menyeragamkan perlantikan tersebut agar Shaha menasihati secara langsung dari Bank Dunia dan bukannya Jabatan Negara.

Yayasan tersebut akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mesyuarat di Bahrain minggu hadapan. Tetapi, memandangkan propaganda yang berterusan dari media kawalan Umno, saya telah memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan ini. Sekiranya tiada penjelasan oleh media berkenaan isu ini, Yayasan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit.


ANWAR IBRAHIM

Pengerusi Yayasan Masa Hadapan

** Kenyataan Anwar pada 20 Mei 2007




KENYATAAN MEDIA DSAI & FAKTA JAWAPAN ISU FOUNDATION FOR THE FUTURE

KENYATAAN DSAI :
"Foundation For the Future (Yayasan Masa Hadapan) mula-mula diumumkan di Bahrain pada November 2005 oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat"

ANALISIS :

1. Foundation For the Future tidak diumumkan oleh menteri-menteri luar dan pembangunan dari Timur Tengah, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat. Tetapi diumumkan oleh Condoleeza Rice (United States Secretary of State) semasa merasmikan Forum For The Future pada 12 November 2005, di Bahrain.

2. Forum for the Future,Bahrain adalah projek usahasama antara Middle Eastern North African Nations dan The Group of Eight (G -8) yang Penaja utama forum ini adalah; The International Monetary Fund (IMF), World Bank (WB), Asian Development Bank(ADB) dan The International Finance Corporation.

3. Menurut kenyataan US State Government, penaja utama The G8 Broader Middle East and North African Initiative (BMENA) adalah The United State Agency for International Development (USAID) dan The US Middle East Partnership Initiative (MEPI)

4. MEPI adalah projek US Department of State dikendalikan oleh Elizabeth Cheney (anak Dick Cheney-Naib Presiden US) yang berjawatan sebagai Principal Deputy Assistant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North Africa Initiatives (BREMA).

5. Bermakna Foundation for the Future bukannya projek negara-negara Islam Tetapi projek yang dikawal sepenuhnya oleh US Department of State. Penyelenggaranya adalah Elizabeth Cheney atau Liz Cheney dengan bantuan kewangan daripada USAID, MEPI, Bank Dunia, IMF dan NED (National Endowment For Democracy)

6. Keahlian FFF adalah gabungan antara Middle Eastern, North African Nations & The Group of Eight (G-8).



KENYATAAN DSAI :
"Yayasan tersebut me
rupakan sebuah badan independen, melibatkan kerajaan dan masyarakat madani untuk menyokong badan-badan bukan kerajaan di dalam usaha membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara"

ANALISIS :

1. Yayasan itu tidak independen tetapi pro Amerika kerana dikawal oleh Elizabeth Cheney, Deputy Assistant Secretary of State For Near East Affair di Jabatan Negara Amerika.

2. Elizabeth Cheney pula dibantu oleh Shaha Ali Riza yang dipindahkan dari Bank Dunia ke Jabatan Negara Amerika oleh Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia) pada September 2005.

3. Pemindahan Riza dari Bank Dunia itu bertujuan untuk melindungi "conflict of interest" kerana skandal peribadi.

4. Kepakaran Riza adalah 'Timur Tengah' dan "Afrika Utara" kerana pengalamannya bekerja di World Bank (1997-2005) sebagai "Senior Gender Specialist in the Middle East and North Africa Social and Economic Development Groups" & "Senior Communications Officer in the Middle East and North Africa Regional Office (MENA).



5. Riza telah mencadangkan kepada Liz Cheney tiga nama Islam pro US untuk menjadi jawatankuasa pemilih Board of Director yayasan itu. Mereka ialah Anwar Ibrahim (Malaysia), Rahma Bourqia (Morocco) dan Bakhtiar Amin (Iraq).Ketiga-tiga tokoh ini kenalan rapat Wolfowitz.

6. Kesemua ahli Board of Directors yang dilantik adalah pro US yang mempunyai sejarah peribadi iaitu pernah dibiayai US.

7. Anwar Ibrahim, Pengerusi Yayasan adalah pekerja di World Bank, Johns Hopkins & Georgetown University, US. Beliau dianggap sebagai "duta US" di negara-negara Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, Asia dan Asia Tenggara berdasarkan pelantikannya sebagai Diplomat Jemputan, Council of Foreign Relations, New York. Beliau bekerja di bawah Riza dan Liz Cheney di Jabatan Negara Amerika Syarikat.

8. Rahma Bouqia, Naib Pengerusi Yayasan a dalah President of University Hassan II Mahommedia yang mendapat tajaan US$124,000 daripada USA Agency for International Development-(USAID) & Networks Financial Institute (NFI). Beliau adalah agen US dalam memperjuangkan hak-hak asasi wanita di Morocco dan Timur Tengah.

9. Bakhtiar Amin, Iraq adalah pengasas The Iraqi Democracy Institute, berpengkalan di United States dengan tajaan The US Agency for International Development (USAID), the National Endowment of Democracy (NED), The National Democtratic Institute (NDI), The International Republican Institute (IRI) dan the United States Institute of Peace.

Beliau dipilih oleh US sebagai Iraq's Minister of Human Right in the Iraqi Interim Government (selepas Sadam Husin ditumbangkan). Beliau adalah Secretary-General for The Kurdish Institute di Paris dan Director of the Human Rights Coalition di Washington. Pada 2003, beliau menjadi Executive Director of the International Alliance For Justice berpengkalan di Paris yang ditaja oleh George Soros Foundation.

KENYATAAN DSAI :
"Dari awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan Jordan, antara lain. Amerika Syarikat tidak memberikan sebarang dana k
epada Yayasan"

ANALISIS :

1. Kenyataan DSAI di atas tidak benar. Menyembunyikan identiti yayasan itu yang diterajuinya dengan Amerika Syarikat. Tujuannya untuk mengelak daripada dicop agent atau tali barut Yahudi, Amerika.

2. Tujuan Anwar berkata begitu untuk menyelamatkan karier politiknya di Malaysia. Beliau ingin memberitahu rakyat Malaysia bahawa beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa khususnya di negara-negara Islam. Walhal hakikat sebaliknya berlaku, beliau adalah alat yang dipergunakan oleh Amerika Syarikat.

3. Fakta sebenar perlulah merujuk kenyataan US Department of State yang menyatakan "to date, initial contributing governments have committed over $50 million to the foundation, including $35 milion from the United States The Department's Middle East Partnership Initiative(MEPI). Other financial contributors include Bahrain, Denmark, the European Commission, Greece, Hungry, Italy, Jordan, Netherlands, Spain, Switzerland, Turkey, Qatar & United Kingdom"

4. Kenyataan DSAI di atas (dibuat pada 20 May 2007-apabila isu yayasan itu menjadi topik utama media massa Malaysia) bercanggah dengan kenyataan media DSAI sebelum ini (bertarikh 16 Julai 2007).

5. Dalam kenyataan media 16 Julai (disiar dalam blog anwaribrahim) DSAI menulis, "Walaupun yayasan di peringkat awal ditaja dan dibiaya oleh 'Pemerintah' setakat ini berjumlah 55 juta dollar Amerika, tetapi yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk menjana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi".

6. DSAI sengaja menggunakan terma perkataan "Pemerintah" supaya maksudnya menjadi kabur dan pembaca tidak sempat berfikir. Tulisan berbentuk kabur dan teka-teki adalah trend biasa Anwar Ibrahim. Persoalannya siapakah "Pemerintah" itu ?. Adakah Qatar, Jordan, Bahrain atau US. Sudah pasti jawapannya adalah Amerika!

7. Pada 23 September 2006, Sandra Day O'Connortelah membawa Jawatankuasa Eksekutif yayasan itu(5 orang termasuk DSAI) ke US untuk mengadakan perbincangan tertutup dengan Jabatan Negara di Washington DC. Sekiranya US tidak membantu kenapakah Jawatankuasa Eksekutif perlu mengadakan perbicangan tertutup atau menghantar laporan gerak kerja kepada Jabatan Negara Amerika ?.

KENYATAAN DSAI :
"Saya dijemput untuk menyertai lembaga pengarah Yayasan pada pertengahan 2006 bersama-sama wakil dari Maghribi, Kuwait, Iraq, Sepanyol, Syria, Turki, Lubnan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Mesir, Switzerland dan Qatar"

ANALISIS :

1. Secara umumnya kenyataan Anwar di atas boleh diterima. Tetapi huraian lebih lengkap perlu diperincikan mengenai kemasukan dan pelantikan Anwar ke Yayasan itu.

2. Sejarah pembentukan jawatankuasa Foundation For The Future boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama; Jawatankuasa Pemilih (the selection committee);Peringkat kedua; Jawatankuasa Eksekutif (Executive Committee) dan peringkat ketiga; Ahli Lembaga Pengarah (Board of Director).

3. Kesemua jawatankuasa dipilih mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Jabatan Negara Amerika.

4. Menurut office of the spokesman, Washington DC, February 2, 2006 : "After consultations among civil society representatives and government officials from the United States, Europe and the broader Middle East and North Africa, it was announced today that Rahma Bourqia of Morocco, Bakhtiar Amin of Iraq and Anwar Ibrahim of Malaysia will serve as the 'selection committee' to appoint the Board of Di rectors for the broader Middle East and North Africa Foundation For the Future"

5. Jawatankuasa Pemilih :

1. Anwar Ibrahim (Malaysia)

2. Rahma Bourqia (Morocco)

3. Bakhtiar Amin (Iraq)

* Diumumkan Jabatan Ngara Amerika pada 2 Februari 2006


6. Jawatankuasa Eksekutif :


1. Anwar Ibrahim

2. Rahma Bourqia

3. Bakhtiar Amin

4. Sandra O'connor (US)

5. Dr Cornelio Sommaruga(Switzerland)

*Diumumkan pada 15 Julai 2006-mesyuarat di Doha.


7. Ahli Lembaga Pengarah (14 orang)

1. Anwar Ibrahim (Pengerusi/Malaysia)

2. Rahma Bourqia (Naib Pengerusi/Morocco)

3. Kamel Abu Jaber (Bendahari/Jordan)

4. Laila al Hamad (Setiausaha/Kuwait)

5. Bakhtiar Amin (Iraq)

6. Sandra Day O'connor (United States)

7. Cornelio Sommaruga (Switzerland)

8. Burhan Ghalioun (Syaria)

9. Andreu Claret Serra (Spain)

10.Ibrahim Kalin (Turkey)

11.Jamil Mroue(Lebanon)

12.Abdul Rahman al Rashed (Saudi Arabia)

13.Naguib Sawiris (Egypt)14.Juhaina Sultan al-Easa (Qatar)

*Diumumkan pada 15 Julai 2006 - mesyuarat di Doha

8. Bermakna Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang paling diberi kepercayaan US Department of State kerana menjadi nama paling penting dalam ketiga-tiga jawatankuasa. Dalam mesyuarat yayasan di Bahrain (31 Mei 2007), DSAI memaklumkan beliau dipilih pula menjadi Presiden yayasan itu.

9. Selain DSAI, seorang lagi tokoh yang diberi kepercayaan US Department of State ialah Sandra O' Connor. Kenyataan media US Department of State pada 8 Jun 2006, melalui Office of the spokesman Washington DC menyebut "The department of state is pleased to announce that former US Supreme Court Justice Sandra Day Oconnor has agreed to serve as the US reprensentative to the Boarder Middle East and North Africa (BMENA) Foundation For the Future.

10. Barangkali menurut Amerika, pelantikan Sandra Day sudah cukup untuk mewakili kepentingan kerajaan Amerika kerana beliau bekas Hakim Mahkamah Agung Amerika.

"KENYATAAN DSAI :

"Ahli lembaga pengarah yang lain termasuklah Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan; Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa; Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki, dan Sandra Day O' Connor, bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat"

ANALISIS :

1. Semua yang dinyatakan DSAI mengenai tokoh-tokoh itu berbentuk positif, namun setelah diteliti lebih mendalam jawapan adalah sebaliknya kerana tokoh-tokoh ini merupakan alat US untuk menyebarkan "fahaman DEMOKRASI & REFORMASI" di negara-negara Islam Timur Tengah & Afrika Utara.

2. Dr. Cornelio Sommaruga, bekas Presiden Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa. Beliau adalah aktivis missionari Yahudi melalui George Soros Foundation iaitu Open Society Institute Budapest. Beliau adalah board of Director yayasan Yahudi itu. Fungsi yayasan itu menaja bantuan kewangan di Timur Tengah. Bahkan kerana jasa-jasanya yang besar kepada kaum Yahudi beliau diberi Anugerah Presiden dari Tel Aviv (Israel).

3. Professor Ibrahim Kallin, penasihat Menteri Luar Turki (untuk menghubungkan Turki dengan US). Walaupun Ibrahim Kallin berasal dari Turki tetapi beliau menetap di US. Bekerja sebagai pensyarah di College of The Holy Cross, Worcester, Massachusets dan menjadi pensyarah sambilan & pembantu Seyyed Hossein Nasr di George Washington University. Seyyed Nossein (berasal dari Iran) dan anaknya Valli Nasr yang menetap di US adalah rakan rapat DSAI. DSAI selalu merujuk kepada Seyyed Nossein mengenai pemikiran Islam komtemporari atau ISLAM AMERIKA.

Ibrahim Kallin pula anak buah DSAI yang bergiat dlm IIIT. Malah Ibrahim memilih ISTAC Malaysia sebagai tempat pengajian masternya. Melalui Ibrahim dan DSAI, Erdogan (Perdana Menteri Turki-AKP) telah datang ke US pada 4 OKTOBER 2006 untuk berjumpa Bush.

Kedatangan Erdogan & AKP telah disambut oleh DSAI di Universiti Georgetown US dengan majlis syarahan perdana. Paul Wolfowitz turut hadir mendengar syarahan Perdana Menteri Turki itu. Pada keesokan harinya, DSAI meny usun jadual perjumpaan dengan BUSH. Sebab itu DSAI sering berulang alik ke Turki sebagai wakil US untuk mengadakan rundingan antara dua negara.

Baru-baru ini kerajaan Turki juga pernah meminta pampasan daripada Bush kerana pertolongan kerajaan Turki membenarkan tentera US melalui negaranya semasa serangan US ke atas Iraq.



4. Sandra Day O' Connor, (bekas hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat). Beliau adalah seorang hakim yang pernah memberi tekanan kepada penganut Kristian di US dengan memperkenalkan undang-undang menimbulkan kemarahan penganut Kristian di negara itu, tetapi dalam masa sama mendapat pujian daripada kumpulan Yahudi. Beliau sangat cenderung kumpulan Yahudi dan pernah berkunjung ke Israel, menjalankan upacara agama di kuil Yahudi di Western Wall serta melawat Holocaust Memorial di Yad Vashem. Apabila beliau bersara daripada menjadi Hakim, majoriti Yahudi di US telah bersedih meratapi persaraannya itu.

Beliau adalah Board of Trustees Rockefeller Foundation, sebuah yayasan paling berpengaruh di US yang dimiliki oleh Yahudi. Yayasan ini berperanan mencaturkan politik US agar ketuanan Yahudi terus kekal di negara itu.

Sebab itu Dick Cheney (Naib Presiden US / kawan rapat Wolfowitz) dan anaknya Liz Cheney merupakan kumpulan Yahudi dari rangkaian neo-konservatif beriya-iya memujuk Sandra supaya berada dalam kumpulan Eksekutif & Board of Director Foundation For the Future.

5. Kamel Abu Jaber, penasihat kepada Menteri Luar Jordan. Beliau mendapat pendidikan daripada US & pernah menjadi pensyarah di US iaitu di Smith College, membuat PHD di University of Syracuse US dan bekas Visiting Professor The Carter Centre of Emory University USA.

Kejayaan terbesar Kamel Abu Jaber semasa menjadi Menteri Hubungan Antarabangsa Jordan adalah mengadakan rundingan damai antara J ordan & Israel.

Sekarang beliau adalah Presiden Jordan Diplomacy Institute yang mendapat tajaan dan sokongan penuh daripada kerajaan US.

6. DSAI tidak menyenaraikan senarai Board of Director yayasan yang lain seperti Jamil Mroue (Lebanon),Abdul Rahman al Rashed (Saudi Arabia), Naguib Sawiris (Egypt) dan Andreu Claret Serra (Spain) kerana kesemua mereka adalah pengarah media yang terlibat dalam penerbitan akhbar, televisyen, telekomunikasi dan internet.

Bahkan di kalangan mereka mempunyai rekod dengan USAID & CIA berfungsi mendapatkan maklumat dari Timur Tengah, misalnya Naquib Sawiris mendapatkan maklumat mengenai kegiatan Sadam Husin untuk US.

Jadi timbul satu persoalan, kenapakah US Department of State melantik begitu ramai pengarah media menjadi Board of Director Foudation For the Future.

Adalah yayasan itu bertujuan untuk mengumpul maklumat, badan penyelidik dan melancarkan perang psikologi Amerika ke atas negara-negara Islam ?

KENYATAAN DSAI :
"Mesyuarat lembaga pengarah yang pertama diadakan di Doha, Qatar di atas jemputan Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Menteri Luar dan kini Perdana Menteri Qatar pada 15 Julai 2006, dan saya t
elah dipilih secara sebulat suara sebagai Pengerusi Kehormat Yayasan"

ANALISIS :

1. Qatar merupakan pengkalan terkuat negara yang menyokong US. DSAI sebelum ini dalam siri-siri ceramah di Malaysia berbangga mengatakan beliau dijemput menjadi Penasihat Ekonomi Qatar tetapi beliau menolak.

2. Rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai negara Timur Tengah akan terpengaruh dengan dakwaan ini mengatakan DSAI seorang 'pejuang Islam' kerana mendapat sokongan daripada Timur Tengah.

3. Hakikat sebenarnya di belakang negara Timur Tengah seperti Qatar ini dibayangi oleh Amerika Syarikat.

KENYATAAN DSAI :
"Keputusan yang disepakati ialah untuk mendirikan ibu pejabat di Beirut, Lubnan. Walau bagaimanapun, di dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Disember 2006 di Amman, Jordan, saya bertemu Menteri Luar Jordan Abdelelah Al-Khatib, yang menyokong saranan penubuhan sekretariat serantau di Amman
memandangkan penangguhan di dalam mendirikan ibu pejabat Beirut akibat serangan Israel terhadap Lubnan. Mesyuarat lembaga pengarah seterusnya akan diadakan pada 29-30 Mei 2007 di Bahrain"



ANALISIS :

1. Sekretariat di Beirut atau Amman hanyalah dummy untuk mengabui masyarakat Islam. Sekretariat sebenar adalah di US Department of State.

2. Buktinya, dalam surat rasmi DSAI pada 1 Oktober 2006 kepada Robin Cleveland, pembantu kanan Wolfowitz di World Bank, beliau menggunakan letter head yayasan beralamat di Washington DC.

3. Di dalam kandungan surat itu, DSAI telah mengesyorkan Riza sebagai "Senior Advisor to the Executive Committee and the Board of Directors of the Foundation for The Future" dan menyebut US sebagai tempat Riza menguruskan yayasan.

4. Tulis DSAI : "While (Riza) assigned to the Foundation for the Future, Ms Riza will work in the Washington DC office of the Foundation". Ini mengesahkan pusat operasi yayasan di ofis Riza di Henry L Stimson Centre, Amerika.

KENYATAAN DSAI :
"Saya tidak melantik Shaha Ali Reza ke Yayasan. Beliau mula-mula ditugaskan oleh Bank Dunia menerusi Jabatan Negara Amerika Syarikat untuk Yayasan pada hujung 2005 sebelum saya menjadi Peng
erusi. Jawatankuasa Eksekutif telah memutuskan pada pertengahan 2006 untuk menyeragamkan pelantikan tersebut agar Shaha menasihati secara langsung dari Bank Dunia dan bukannya Jabatan Negara"


ANALISIS :

1. Hujah Anwar dalam tulisan di atas TIDAK BENAR!. Anwar sebenarnya yang melantik Shaha Ali Riza di yayasan itu. Buktinya terkandung dalam surat rasmi yang ditulis sendiri oleh Anwar kepada Robin Cleveland pada 1 Oktober 2006.

2. Bukti surat Anwar turut dijadikan bahan bukti dalam laporan "Ethics Committee Case No 2" yang dilakukan panel bebas (Jawatankuasa Etika Penilaian) menyiasat salah laku Paul Wolfowitz di World Bank.Wolfowitz didapati bersalah dan beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden bank Dunia.

3. Berkenaan siapa yang melantik Shaha Riza di yayasan itu, DSAI berusaha memutarbelitkan fakta berdasarkan perbezaan tarikh.

4. Berikut merupakan fakta-fakta tarikh-tarikh berkaitan dengan DSAI & Riza di Yayasan :

5. DSAI dilantik menjadi Jawatankuasa Pemilih ahli Yayasan pada 2 Februari 2006. Pengesahan jawatan DSAI sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan (14 orang) pada 15 Julai 2006 semasa mesyuarat yayasan pertama di Doha Qatar. Pada masa mesyuarat itu juga DSAI disahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif (5 orang).

6. Pada Jan 2006, Wolfowitz melantik DSAI sebagai Konsultan Bank Dunia (areas of governance & accountability). World Bank telah memberi kontrak kepada DSAI sebanyak US$21,000 bermula dari 25 Januari hingga 1 Mei 2006.

7. Pada 31 Mei 2007, DSAI dilantik memegang dua jawatan sekaligus iaitu PENGERUSI & PRESIDEN yayasan (Mesyuarat di Bahrain)

8. Shaha Riza pula bertugas di Bank Dunia sebagai Senior Communication Officer in the Middle East and North Africa Regional Office (MEN A) pada 1997-2005. Pada 1997, beliau bekerja di World Bank sebagai "Senior Gender Specialist in the Middle East and North Africa Social and Economic Development Groups" & "Senior Communications Officer in the Middle East and North Africa Regional Office (MENA)".Pada September 2005, Riza dipindah oleh Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia) ke US State Department (di bawah Liz Cheney) sebagai "pembantu Liz Cheney" berjawatan "external assigment"/director untuk Middle East & North Africa Regional Office (MENA).Pada 12 November 2005, Riza menemani Liz Cheney untuk mengiringi Condoleeza Rice merasmikan Foundation For The Future & Fund For The Future di Bahrain. Pada 2 Februari 2006, Riza (US Department of State) mengesyorkan tiga nama (termasuk DSAI) sebagai Jawatankuasa Pemilihan Yayasan kepada Liz Cheney.

9. Berdasarkan tarikh-tarikh di atas Shaha Riza & Liz Cheney yang melantik DSAI ke yayasan pada 2 Februari 2006 (Jawatankuasa Pemilih) dan pada 15 Julai 2006 (sebagai Pengerusi Yayasan).

10. Anwar pula membalas budi Shaha Riza menulis surat kepada Robin Cleveland, pembantu kanan Wolfowitz di Wold Bank pada 1 Oktober 2006, meminta World Bank memindahkan Shaha Riza dipindahkan dari Jabatan Negara Amerika ke Foundation for the Future.

11. Tujuan DSAI menulis surat untuk menyelamatkan maruah Paul Wolfowitz, kerana walaupun Riza dipindahkan ke US Deparment of State namun gaji Riza masih dibayar oleh Bank Dunia dan isu ini masih berbangkit. Jadi harapan DSAI apabila Riza dipindahkan ke yayasannya (dgn bayaran gaji oleh yayasan), isu hubungan Riza & Wolfowitz tidak lagi berbangkit

Kandungan surat DSAI :

Dear Ms Cleveland,

I am writing to request the tranfer of the secondmentof Ms Shaza Riza,British citizen,employee of the Bank,from the Bureau of NearEastern Affairs at the US Department of State to the Foundation for the Futurewhich she was in charge of establishing.


While assigned to theFoundation for the Future, Ms Riza will work in the Washington DC office of theFoundation. Ms Riza will be Senior Advisor t
o the Executive Committee and theBoard of Directors of the Foundation for The Future.

Ms Riza'ssecondment to the foundation will be subject to the same arrangements agreed towith the state Department.

After reviewing in this document, please signit and return it to me via fax at 703 464 5153. We look forward to continue ourwork with ms Riza on this important initiative.Should you have any questions orconcerns please contact me at 703 464 5161

Yours sincerely

Anwar Ibrahim
ChairmanFoundation For The Future



KENYATAAN DSAI :
"Yayasan tersebut akan mengeluarkan kenyataan penuh selepas mesyuarat di Bahrain minggu hadapan. Tetapi, memandangkan propaganda yang berterusan dari media kawalan Umno, saya telah memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan ini. Sekiranya tiada penjelasan oleh media ber
kenaan isu ini, Yayasan tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan perundangan terhadap pihak-pihak terbabit- ANWAR IBRAHIM, Pengerusi Yayasan Masa Hadapan".

ANALISIS :

1. Tidak ada kenyataan rasmi daripada pihak yayasan walaupun mesyuarat yayasan telah dilakukan pada 31 Mei 2007 di Bahrain.

2. Daripada bentuk ugutan ini ternyata DSAI amat risau populariti politiknya akan merosot (di kalangan orang Melayu) jika beliau dikaitkan dengan skandal Paul Wolfowitz & Shaha Riza. Apatah lagi dikaitkan sebagai agent Yahudi Amerika Syarikat!

3. DSAI berusaha menyembunyikan identiti sebenar yayasan pimpinannya ditaja oleh US dan berusaha melakonkan sandiwara bahawa yayasan ini ditubuhkan oleh negara-negara Islam dan tiada kaitan langsung dengan US.

4. Tetapi sampai bila pekung di dada mahu disembunyikan, lambat laun akan terbongkar jua!

AnwarIbrahimDotCom
30 Mei 2007



7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

banyaknya anwar lulus duit..berapa juta pula anwar lulus utk PKR dlm PRU 12 ???

Tanpa Nama berkata...

La... patut lah PKR menang besar PRU 12. Banyak duit rupanya diorang nih.

Tanpa Nama berkata...

nmpknya org BN mula tkt ngn pngaruh DSAI.dh tntu DS byk kenalan rapat & lbh bek jika nk dbndgkn ngn org islam yg sggup mnjthkn islam ssama sndri

aku ykin DSAI ada matlamat prjuangan yg jelas.aku kagum ngn smgt DSAI.kpd DS trskn prjuangn anda.kami akn mnyokong DS dari blkg.smoga ALLAH mlndungimu.

nara berkata...

tak abis2 kaitkan anwar ngn amerika..tp kita nmpak elok je anwar ngn family dia..isteri pakai elok,anak2 pakai elok..menteri2 yg duk bising2 ckp anwar proksi amerika tu nampak bini2 diorg pakai dedah2 plak..pening2..tu x kira kes2 salahguna kuasa lg..blog ni pun tau nak kutuk anwar je..takut sgr kt anwar tu knp?pelik betul la..banyak kot blogger ni dpt duit..kalu isi2nye bernas ok jgk..tau goreng je..mcm la pembaca bodoh sgt nk pcya bulat2..

Nizam Sabereen berkata...

Pelik2....bersungguh2 korang nk menjatuhkan anwar...sedangkan pemimpin umno terang2 menjual islam tkde plak sapa2 kt sini nk komen...samada anwar agen atau tidak ..allah yg lebih mengetahui...tp kan...kalu ikut logik la...
-kerajaan dah tentu ada sumber yg lebih kukuh..apasal tk highlight benda ni masa PRU dulu?
-veteran2 pas mcm mahfuz,mat sabu,haji hadi,tn guru nik aziz dah tentu lebih byk info psl anwar..sebab diaorg ni full time politician...tambah plak diaorg kenal anwar jauh lebih lama dr mana2 org dlm blog ni.Kalau anwar pengkhianat dah tentu diaorg yg first akan tahu....tp tk plak jd gitu..kenapa yek?
-Baik sgt ke pemimpin2 umno nih..?skandal kpl selam,pembunuhan altantuya,skandal paklah ngan menantu dan anak beranak,skandal kj ngan org singapore(terang2 yahudi) semua tk terjawab....apasal tk highlight gak?
Aku tk katala korang ni kaki fitnah tp secara rasionalnya kalau nk mengakkan kebenaran amik kira la semua perkara kan itu yg terbaik.....
Fikir-fikirkanlah...

beruang berkata...

Selamat Sejahtela,

Wa punya antenna mannnyak kuat lebih-lebih lagi bila ata olang kulang celdik mau tunjuk celdik tapi nampak amat la bolo.

Ini blog anti Anwar, Bapak Liwat maa. Misti la suma olang cakap apa yang talak butut pasai Bapak Liwat. Mengapa meleka dan keluarga meleka mau cakap pasai Harun Salim Bacik ka, Mak enon ka, MGR ka atau wa punya favolite helo, Chow Sin Chee. Mesti mau cakap pasai Anwar lorr. Bolo punya olang, sebelum kasi lu punya komen mesti baca semula, kasi dili sendili faham.

Wa talak pelnah baca satu pun altikel lalam ini blog kata itu UMNO belsih macam malaikat. Meleka talak pelnah puji-puji UMNO. apa pasat lu pulak yang manyak sakit ponggong. Sepatutnya Anwar yang sakit tu. Eh, Lu ada tengok dia yalan kangkang-kangkang, sampai kena pigang kili kanan dekat itu mahkamah. Haiiya wa lupa lorrr, lu mana baca lain sulat kabar, lu baca dia punya blog saja, itu sebab talak nampak dia yalan kangkang-kangkang. Kalu lu tak pelcaya, lu tanya Aziela sebab dia juga suka yalan itu macam. kaki kili gelak 45 daljah pigi kili, kaki kanan gelak 45 daljah pigi kanan maaa.

Kelajaan mana suka fitnah olang tanpa bukti. Selupa juga ini blog. sumua skandal yang Bapak Liwat bagitau, kalu betul, apa pasat talak masuk court saja. saya ata bukti yang kukuh. Tapi sampai ini hali, cuma air liur basi saja yang keluar maaaa. Olang2 bodo saja yang mau kasi otak susah fikir pasat benda-benda publisiti mulahan.

Mat sabu lulu dia panggil Anwar Al-Jubuli, sebelum itu kes 1998. Lu ada fikil apa pasai. Lu ingat dia saja hobi panggil olang dengan nama al-jubuli, al kentoti,al ciriti, al tahiti, al sontoti. Haiyaaaaaaaa..

Kalau lu mau dengar gossip pasai pemimpin UMNO, lu pigi Lim Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok, Anwar punya bolog. Lu suta mali salah tempat. sini hanya tempat untuk kasi hapus itu Bapak Mat Jenin.

Wa ata dengal itu Bapak Liwat sulah tukar talikh baru untuk jadi PM. Selalunya lorrr, wa dengar kalau mesyualat tukar tarikh satu atau lua kali saja maa.. ini sulah belapa kali. Lu fikil la sendili Anzsai.

Haiyyaaaaaaaaaaaaaaa

zek berkata...

salam

Beruang.... mari aku tolong sampaikan maksud tersirat penyokong Al-Juburi (memetik panggilan Mat Sabu - juga org pakatan mereka)Komen mereka tu secara tersiratnya mengandungi satu harapan supaya TOLONG JANGAN KUTUK ANWAR IBRAHIM - berjawatan nabi akhir zaman new world order.

Harapan lainnya TOLONGLA TUTUP BLOG AIDC NI takut nanti makin ramai yg akan terpengaruh (kurang la pulak sokongan nanti, cmner dia nak jadi pm kalau kurang sokongan. MP mybe dia boleh beli , tapi kalau rakyat tak sokong lagi bahaya. Silap2 pukul 12 jadi PM , pukul 12.00.01 dah kena turun takhta pasal rakyat merusuh)Siapa susah? Nuar la jugak pasal berbelas tahun dia berjuang alih2 satu saat je jadi pm. tak berbaloi kan. So itu pasal la nuar hantar askar2 rekrut dia masuk sini dengan pelbagai nick tapi dengan satu misi. TOLONGLA PUJI DAN PUJA ANWAR DALAM BLOG NI.

Semoga komen aku dapat merungkai misteri kenapa ada komen2 sumbang kt blog ANTI NUAR ni...