MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Okt 2009

Rayuan Anwar pohon Sampel DNA Saiful Diputuskan 6 Nov

PUTRAJAYA, 30 Okt (Bernama) -- Pihak pendakwaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunggu sehingga 6 Nov bagi keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan berhubung dokumen dan sampel spesimen yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai Hakim-hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulaiman Daud, selepas mendengar penghujahan dari kedua-dua pihak, berkata mahkamah memerlukan masa untuk menimbangkan perkara itu.

Pihak pendakwaan merayu terhadap perintah Mahkamah Tinggi bagi pendakwaan membekalkan dokumen kepada Anwar, manakala Anwar membuat rayuan balas terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang sama yang menolak permohonannya mendapatkan sampel spesimen daripada pengadu, Mohd Saiful.

Sebelum itu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi dalam keputusannya memaksa pihak pendakwaan untuk membekalkan dokumen kepada Anwar mengikut Seksyen 51 Kanun Atur Cara Jenayah (CPC) telah terkilaf dalam menafsir seksyen itu kerana ia diterjemahkan tanpa sebarang justifikasi perundangan atau autoriti.

"Lebih penting lagi, pentafsiran baru yang diletakkan pada Seksyen 51 Kod itu oleh Mahkamah Tinggi adalah bertentangan dengan semua prinsip yang telah dibuat dan peraturan pentafsiran sesebuah statut," katanya.

Mohamed Yusof berkata masa yang sesuai bagi Anwar membuat permohonan mendapatkan dokumen itu ialah pada peringkat pembelaan kerana beliau mahukan dokumen itu untuk pembelaannya.

Peguam R.Sivarasa berhujah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dalam keputusannya selepas membaca secara menyeluruh skop Seksyen 51 dan oleh itu mahkamah tidak mempunyai asas untuk campur tangan berhubung perintah Mahkamah Tinggi.

Dalam rayuan balasnya, Sivarasa berkata bahawa pihak pembelaan memerlukan laporan kimia berhubung sampel spesimen bagi membolehkannya mendapatkan pendapat pakar.

Katanya mahkamah perlu memberikan sampel itu walaupun ia telah dimeterai oleh ahli kimia kerana ia boleh dibuka di bawah pengawasan mahkamah.

Mohamed Yusof berkata sebaik sampel spesimen itu dibuka ia akan tercemar.

Pada 16 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan pemimpin pembangkang itu untuk memaksa pihak pendakwaan membekalkan kenyataan saksi yang dirakam dari pengadu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, tiga keterangan saksi lain dan dokumen-dokumen lain.

Bagaimanapun, Anwar gagal mendapatkan sampel spesimen Mohd Saiful selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.

Pada 24 Julai 24, mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan bagi perintah itu kepada pihak pendakwaan, sehingga penyelesaian rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 3 Nov.

sumber - bernama


Tiada ulasan: