MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Okt 2009

Jeffrey Kitingan sah letak jawatan Naib Presiden PKR



KOTA KINABALU: Datuk Dr Jeffrey Kitingan sahkan sudah meletak jawatan sebagai naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan tidak menolak kemungkinan menyertai semula Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai abangnya, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

"Pada masa ini, saya terbuka kepada beberapa opsyen. Saya akan buat keputusan bila tiba masanya," katanya di sini.

Dr Jeffrey ditanya sama ada beliau akan menyertai semula PBS, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang memerintah.

Beliau berkata beliau akan berunding dengan ketua bahagian PKR yang lain, penyokongnya dan pemimpin akar umbi sebelum membuat keputusan muktamad.

"Saya tidak terburu-buru untuk membuat sebarang keputusan atau tindakan seterusnya yang akan kami ambil," katanya.

Dr Jeffrey juga meletak jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi dan biro politik parti itu.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk mengadakan pakatan dengan bekas timbalan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew yang turut meletakkan jawatannya sebagai anggota majlis tertinggi, bagi meneruskan karier politik mereka, beliau berkata: "Ya, kami akan bekerjasama"

sumber - berita harian


Jeffrey Kitingan letak semua jawatan PKR

KOTA KINABALU 27 Okt.- Kemelut kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus meruncing apabila Naib Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan hari ini meletakkan semua jawatan dalam parti itu.

Beliau membuat keputusan drastik tersebut atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak sekian lama.

“Perkara ini (melayan Sabah secara tidak adil) bukan baru tetapi sejak 2007 lagi contohnya dalam hal menentukan Ketua Perhubungan PKR Sabah sebelum pelantikan Azmin Ali lagi.

“Walaupun 90 peratus PKR Sabah tidak bersetuju dengan pelantikan itu tetapi mereka lantik juga, ini mewujudkan ketidakstabilan (di Sabah) sampai sekarang.

“Saya tidak kesal dengan tindakan ini (melepas jawatan), ia berkait dengan prinsip saya. Bagaimanapun saya masih ahli PKR,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Jeffrey mengulas peletakan semua jawatannya sebagai Naib Presiden, ahli Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak serta ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR.
Krisis dalaman PKR Sabah memuncak apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.

Sebelum Azmin, PKR Sabah diterajui panasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggantikan Ansari Abdullah.

Ahad lalu, Presiden PKR, Datin Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan pelantikan bekas Setiausaha PKR negeri, Thamrin Zaini sebagai Ketua Perhubungabn PKR negeri yang baru.
Mengulas lanjut, Jeffrey berkata, peletakan semua jawatannya tidak ada kena-mengena dengan pelantikan Thamrin yang diberi kepercayaan menerajui kepimpinan PKR di negeri ini.

“Ini tidak ada kena mengena dengan pelantikan Thamrin, kononnya saya kecewa tidak dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah, ini hanya satu spekulasi,” tegasnya.

Menurutnya, PKR Sabah memerlukan pemimpin yang berkebolehan dan mampu membawa perubaha sekalihus menang pada pilihanraya akan datang.

sumber- Utusan


Thamrin ganti tempat Azmin Ali

Oleh SIRA HABIBU

Isnin Oktober 26, 2009

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali telah digugurkan sebagai Pengerusi PKR Sabah di dalam rombakan kepimpinan parti tersebut yang turut melibatkan tujuh buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Thamrin Zaini dari Sabah merupakan pengerusi baru menggantikan Azmin.

Azmin bagaimanapun dinamakan sebagai Pengerusi PRK Wilayah Persekutuan, menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Turut dilantik sebagai Pengerusi PRK ialah Baru Bian di Sarawak, Mansor Othman (Pulau Pinang), bekas Pengerusi PRK Sarawak Mustaffa Kamil Ayub (Perak), Syamsul Iskandar (Melaka), Abdul Rahman Yusof (Terengganu) dan Saifudin Nasution (Kelantan).

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata, rombakan besar-besaran itu amat penting untuk memperkukuhkan lagi parti.

Thamrin dan Baru telah dilantik sebagai pengerusi baru bagi Sabah dan Sarawak untuk menangani ketidakpuasan hati di kalangan ketua-ketua bahagian berhubung pelantikan individu yang bukan berasal dari dua negeri itu untuk jawatan tersebut.

"Azmin dan Mustaffa memang hanya mengetuai bahagian Sabah dan Sarawak buat sementara saja. Kami sentiasa mahukan orang-orang tempatan untuk ketuai negeri-negeri ini," kaya Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong.

ADUN Penanti, Mansor telah dilantik bagi menggantikan Datuk Zahrain Mohammad Hashim sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang manakalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Syamsul adalah Pengerusi PKR Melaka yang baru menggantikan Khalid Jaafar.

Menurut Tian Chua, tidak ada perubahan dilakukan untuk barisan pengerusi di Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Dalam pada itu, Azmin berkata, sudah tiba masanya untuk presiden memilih Pengerusi PKR baru di Sabah kerana beliau sudah menghantar laporan kemajuan kepada kepimpinan parti dengan mengesahkan bahawa ketua-ketua di sana amat komited untuk jawatan tersebut.

Tian Chua pula berkata, PKR juga telah menubuhkan Majlis Integrasi Kebangsaan untuk menguatkan hubungan antara ketua-ketua di Semenanjung dan Malaysia Timur.Antara ketua yang dilantik adalah Dr. Jeffrey Kitingan, Daniel Tajem, Dr Syed Husin Ali dan Dr Toh Kin Woon.

sumber - mstar



Tiada ulasan: