MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Okt 2009

EGM diganti Seminar, Dr Hassan Ali akan disiasat



Oleh MSO



[kemaskini] Jam: 1:15 am Mesyuarat khas Pas baru saja selesai kira-kira 15 minit tadi. Permintaan agar diadakan EGM seperti mana dicadangkan Nik Aziz tidak menjadi isu utama dalam mesyuarat yang berlangsung kira-kira 4 jam setengah itu. Sebaliknya apa yang menjadi tumpuan dan dianggap panas ialah kepada Dr Hasan Ali.

Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat.

Alasan Abdul Hadi kalau ada tuduhan penyiasatan perlu dilakukan. Sehubungan itu Jawatankuasa Disiplin Pas yang diketuai Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatan ke atas Hasan bersama ahli jawatankuasanya.

Dalam pada itu mesyuarat itu juga bersetuju agar Pas mengadakan Seminar Politik. Tujuan seminar ini ialah untuk mendidik ahli Pas dan secara tidak langsung mengeratkan perhubungan sesama pemimpin. Seminar itu dijangka akan diadakan pada 7 Disember depan sebagai ganti EGM.

Prof Abdul Aziz Bari dicadangkan dipanggil untuk memberi pandangannya dalam seminar berkenaan. Selain itu isu Unity Goverment juga telah dimuktamadkan di mana selepas ini tidak ada timbulkan oleh sesiapa lagi.


Nik Aziz Tinggalkan Pejabat Pas Lebih Awal

SEHINGGA kini mesyuarat khas Pas di ibu pejabat agung Pas di Jalan Raja Laut masih belum selesai. Mesyuarat berkenaan dikatakan hangat dan panas. Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi fokus dalam mesyuarat berkenaan telah meninggalkan pejabat berkenaan kira-kira jam 10:20 minit tadi.


Kepulangan awal beliau itu menyebabkan keadaan menjadi tanda tanya. Menurut laporan Hafiz Baqi, (Pengarang Berita Siasah), kira-kira jam 12:00 tengah malam tadi dua ahli jawatankuasa, Dr Lo'Lo' Ghazali dan Husam Musa kelihatan keluar dari bilik mesyuarat di tingkat empat.

Bagaimana pun Hafiz tifak dapat memastikan apakah mereka berdua keluar rihat untuk makan ataupun terus pulang.

Menurut lagi Hafiz, Nik Aziz ketika meninggalkan pejabat Pas ada menyebut yang beliau pening disebabkan berlaku 'kekecuhan' dalam mesyuarat berkenaan. "Pening... pening...begitulah kata Nik Aziz," beritahu Hafiz. Apa yang dimakudkan kekecohan itu mungkin kerana ramai yang ingin bercakap. [*** kl 1:05 am 29/10/09]

Apakah mesyuarat berkenaan akan berterusan sampai ke pagi? Ataupun ia akan ditangguhkan tanpa ada apa-apa kenyataan akhbar malam ini? Sama-sama kita tunggu.

sumber - mso


2 ulasan:

Goh Wei Liang berkata...

Haha. Dramatic benar PAS. Pak Hadi tak payah jadi Presiden. Susah payah buat apa ? Tok Nik kawal semua isu dalam PAS. Baik Tok Nik jadi Presiden. Kalau tidak, apa apa polisi yang ingin dilaksanakan, semuanya kena tanya PAS Kelantan.

Anak Lenggong berkata...

KAH KAH KAH....KAN AKU DAH KATA SEMALAM BAHAWA MAJLIS INI MERUPAKAN LAKONAN DARIPADA PAK LOBAI BERJANGGUT JEE..HANYA SEBAGAI MENGABUI MATA PENYOKONG SERTA MERAIH SIMPATI ORANG RAMAI DISEBABKAN PAK LOBAI NI DAH TAU BAHAWA SOKONGAN ORANG RAMAI TERHADAP PAS DAH MULA TERHAKIS...

KESIAN NYA PENYOKONG DAN BLOGGERS UPAHAN PAS..TERTIPU DENGAN LAKONAN SANDIWARA PAK LOBAI BERJANGGUT SEJEMPUT NI..TENGOKLAH APA KOMEN HADI "Ditanya mengenai tulisan Nik Aziz dalam laman blognya yang memberi gambaran adanya beberapa pemimpin utama parti itu yang pro-kerajaan perpaduan dengan UMNO , Hadi berkata, Musyridul Am PAs itu telah mengatakan segala tuduhan itu adalah tidak benar.

“Tuduhan itu tidak benar. Beliau sudah jelaskan,” jawabnya ringkas" KEPADA MEPADA ORANG MELAYU DAN PENYOKONG PAS ...BERFIKIR LAH SECARA RASIONAL DENGAN APA YANG TELAH TERJADI SEJAK KEBELAKANGNA INI TERHADAP PENTADBIRAN PAS..TERLALU BANYAK PENCANGGAHANNYA DAN ADAKAH PEMIMPIN SEBEGINI YANG PERLU KITA PILIH..

TETAPI APABILA SESUATU KEADAAN ITU TERJADI PIHAK MELAYU PAS TIDAK MAU MEMPERCAYAINYA WALAUPUN MEREKA BULAT-BULAT TERTIPU..PADA MEREKA INI SEMUA FITNAH DAN SENGAJA DIADAKAN OLEH PUAK UMNO DAN MEDIA PERDANA..PADA MEREKA SEMUA PERBUATAN PAK LOBAI NI SEMUANYA BETUL DAN PENDAPAT MEREKA TAK BOLEH DISANGGAH...SO ADA OTAK FIKIR SENDIRI LAH..HAKIKAT SEBENARNYA...