MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Okt 2009

Blog PKR serang Dr Hassan Ali ?

Hasan Ali, Kami Sudah Bosan!


Rata-rata rakyat Selangor kini sudah mula rasa muak dan bosan, khususnya ulangan isu yang melibatkan YDP Pas Dato Dr. Hasan Ali. Sikap beliau yang selalu menimbulkan isu dengan Pakatan Rakyat dan suka membuat tindakan sendiri tanpa merujuk kepada kepimpinan Pakatan Rakyat menimbulkan banyak persoalan. Beliau juga seringkali berlagak seperti mahu meletakkan diri beliau sebagai ketua di dalam Pakatan Rakyat.


Dalam siri ceramah beliau pun, beliau hanya memperkatakan tentang PAS, seolah-olah PAS sahajalah yang hebat, yang mampu memimpin dan menjadi KETUA di dakam Pakatan Rakyat. Dan beliau juga pernah “tersasul” menyebut sebagai.. ‘Bakal MB Selangor!’. Apakah beliau merasakan beliaulah yang paling layak menjadi MB Selangor? Hentikan lah… Saya khuatir jika orang begini ada di dalam Pakatan Rakyat, imej Pakatan Rakyat akan pudar! Sama ada disedari atau tidak, beliau telah menzahirkan kepada umum sikap dan permusuhan beliau baik kepada rakan sePAS seperti YB Khalid Samad ataupun rakan sePakatan seperti Ronie Liu. Yang anihnya, dalam isu ‘kepala lembu’, beliau diam seribu bahasa.

Saya mengharapkan Pimpinan PAS dapat melakukan sesuatu. Masakan kalian lupa ketegasan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dalam menangani sesuatu isu.

Pak Subki pernah bercerita, ketika krisis tuduhan khalwat yang melibatkan Mat Sabu, sesuatu keputusan cepat-cepat dilakukan, agar tidak melahirkan krisis yang berlanjutan. Perdebatan secara ilmiyyah dilayan oleh ustaz Fadzil Noor sedemikian rupa, demi mencari penyelesaian yang jitu dan tuntas.

Ketika itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Ustaz Harun Taib berbeda pendapat dan hujjah dalam menentukan, apakah Mat Sabu patut dikenakan tindakan disiplin ataupun tidak. Segala hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh dua tokoh ulama ini, didengari rapi oleh Ustaz Fadzil Noor, yang akhirnya pendapat Ustaz Harun Taib diterima, disamping memberi penghormatan terhadap hujjah Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Ketegasan Pimpinan PAS perlu agar kelakuan beliau yang “tidak senonoh” itu tidak berterusan menjadi duri dalam daging di dalam Pakatan Rakyat.

Berkaitan dengan SELCAT, saya tidak nampak masalahnya dengan perbicaraan terbuka. Kalau selama ini , kita sibuk menyatakan ketidak telusan UMNO Barisan Nasional dan agensi kerajaan dalam mengendalikan sesuatu kes, kenapa dalam halk ini kita tidak mahu berubah. Di mana lagi rakyat dapat melihat ketelusan di dalam pentadbiran kerajaan. Apakah beliau cuba mencari populariti sama seperti apa yang dilakukana oleh UMNO! Banyak lagi isu-isu lain yang perlu diperjuangkan oleh beliau selain ‘mengganggu’ di dalam isu yang telah diputuskan oleh Pakatan Rakyat.

Kepada Dato Dr Hasan Ali…sudahlah…rakyat sudah jemu dengan sikap kamu! Dan kamu harus sedar bahawa sekarang ini sudah ada ahli-ahli dan cawangan PAS yang mula memboikot aktiviti kamu… malah mengharamkan kehadiran kamu ke kawasan mereka…

sumber - keadilansawah


Hasan Ali Halang Nizar Ceramah Di Selangor

Pada 2/10/09 yang lepas, ribut seketika di JAIS. Ini ekoran daripada para pengawainya telah menerima arahan daripada Hasan Ali supaya menghalang ceramah YB Nizar yang dijadualkan berlangsung di sebuah surau. Alasannya, YB Nizar tidak mempunyai tauliah JAIS untuk berbuat demikian. Keadaan ini samalah dengan perbuatan Khir Toyo sedikit masa dahulu yang menghalang Tuan Guru Nik Aziz berkuliah di Selangor.

Memang tidak dapat dinafikan, tauliah ini penting bagi memastikan penceramah adalah benar-benar layak dan bukan sembarangan orang. Mudahnya, penceramah dan isi ceramah mestilah tidak lari dari AL-Quran & Hadis.

Namun penganugerahan dokumen tauliah adalah bersifat teknikal sahaja. Seharusnya pemberian “tauliah” adalah jauh melangkaui persoalan teknikal tersebut. Apakah Dr. Yusoff AL-Qardawwi juga akan dihalang kerana tidak mengepit tauliah daripada JAIS?

Lalu timbul persoalan, adakah Hasan tidak mengenali YB Nizar? Apakah latar belakang YB Nizar cukup kotor? Tidak berpendidikan tinggi? Pengganas? sehinggakan apabila YB Nizar berceramah maka akan dikhuatiri para pendengar akan terpesong aqidahnya atau bertukar menjadi terrorist?

Saya melihat, Hasan Ali tidak mempunyai sebab lain melainkan sebab politik sahaja. Umum mengetahui bahawa Hasan adalah pendokong Kerajaan Perpaduan yang sanggup menghianati persepakatan dalam (Pakatan Rakyat) demi cita-cita peribadi, manakala Yb Nizar adalah seorang yang mempunyai pengalaman yang cukup pahit mendepani karenah UMNO dan BN.

Berbalik kepada kisah tadi, demi menjaga air muka Hasan Ali maka pihak penganjur terpaksa mengalihkan majlis tersebut ke sebuah lokasi persendirian yang paling hampir dengan surau tersebut.

Tindakan bijak ahli akar umbi yang tidak mahu ia dijadikan isu oleh UMNO dan BN, bilamana kita tidak mengendahkan arahan Hasan Ali, yang merupakan pimpinan kita sendiri harus dipuji. Namun ia ada had dan batasannya.

Kepada pimpinan PAS… Onar apakah yang kailan tunggu lagi daripada Hasan Ali? Mungkin benar kata-kata Yb Teng, kejatuhan Pakatan Rakyat bukan daripada PKR & DAP, tetapi berpunca daripada PAS itu sendiri. Lebih malang, ia adalah dari parti yang bertunjangkan AL-QURAN dan HADIS.

Di saat orang bukan Islam mula mengenali Islam, ada pula manusia (dari Parti Islam) yang memberi gambaran yang songsang terhadap Islam itu sendiri. Kita marah bila Sister In Islam (SIS) menggunakan perkataan Islam. Apa bezanya SIS dengan pendokong Kerajaan Perpaduan (dalam PAS)?

sumber - keadilansawah

1 ulasan:

iKAnBUNtal berkata...

"..Lebih malang, ia adalah dari parti yang bertunjangkan AL-QURAN dan HADIS."

eh..ngaku parti bertunjang al Quran dan hadis...tapi tingkah laku.. tutur kata x nampak pon selari ngan ajaran islam..
nampak lebih songsang ada le...