MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Okt 2009

Anwar Ataturk : Azmin Ali sabotaj dalam diam..

Oleh Analisisringan, AIDCclub

Kumbang menarik keputusan untuk bersara daripada dunia blogger apabila mendengar berita gembira daripada team anti Anwar di Selangor iaitu Badrul Hisham adun Pelabuhan Klang mengisytiharkan keluar PKR dan mengumumkan keluar parti. Sebab-sebabnya adalah kerana beliau syak terhadap Anwar berhubung kes liwat yang melibatkan Ketua Umum PKR itu dan rasa dianaktirikan oleh kepimpinan kerajaan Selangor iaitu tidak memberi peruntukkan wang kawasan kepadanya.

Dalam pada itu timbul desas-desus mengatakan Badrul kecewa dengan kegagalan PKR memainkan peranan dalam kerajaan negeri untuk memperjuangkan agenda melayu dan Islam. Contohnya apabila banyak projek kerajaan negeri diberikan kepada hanya 1 bangsa(cina) dan kroni sahaja individu tertentu dalam PKR sendiri. Beliau juga dikatakan jelek dengan sesetengah individu di dalam kerajaan negeri yang mengkritik dan mengutuk Hassan Ali memperjuangkan isu Arak dan kebajikan kakitangan awam di Selangor sedangkan isu ini melibatkan keadilan dan agama Islam iaitu 2 perkara yang dijamin oleh kerajaan negeri.

Isu yang disedari oleh Badrul dan rasa bertanggungjawab beliau inilah yang menyebabkan mereka yang berada di dalam PKR ingin menyingkirkan beliau supaya melepaskan jawatan. Penyingkiran Badrul ini dikatakan disedari dan direncana oleh Anwar Ibrahim sendiri ,sebagai bukti beliau dikatakan menghadiri rumah terbuka di Pelabuhan Klang pada hari mengundi Bagan Pinang sebagai memulakan kempen PKR di sana kerana Anwar sendiri merasakan Badrul sebagai adun akan disingkirkan oleh kerajaan negeri dan disuruh letak jawatan dalam masa terdekat.

Anwar sendiri dikatakan meramal PRK di dun Pelabuhan Klang sebagai pilihanraya terdekat selepas PRK Bagan Pinang untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat kepada PKR dan Komplot Pembangkang. Anwar sendiri juga dikatakan sudah ingin meletakkan Ustaz Badrul Amin sebagai calon di PRK Pelabuhan Klang dan hanya ingin menunggu Khalid Ibrahim mencipta alasan konkrit untuk menyingkirkan Badrul Hisyam daripada jawatan adun Pelabuhan Klang.

Malang sekali percaturan Anwar ini musnah akibat satu konspirasi melibatkan individu yang bercita-cita tinggi di dalam PKR dan menyebabkan Badrul dengan segera angkat kaki daripada PKR. Isunya mudah apabila Khalid Ibrahim dikatakan menyuruh Badrul meletakkan jawatan kerana tidak menjawab surat tunjuk sebab daripada PKR. Ini mengakibatkan Badrul berang apabila beliau telah pun menjawab surat tunjuk sebab dengan cop penerimaan pejabat MB Selangor sebagai bukti dan terus mengumumkan perletakkan jawatan semalam.

Ironinya, Khalid telah terjerat dengan taktikal politik bangsat Setiausaha Politiknya apabila Nik Nazmi dikatakan menyembunyikan jawapan surat tunjuk sebab yang ditulis Badrul dan menyebabkan Khalid yang tidak tahu apa-apa mengeluarkan terus arahan supaya Badrul meletak jawatan. Tindakan Nik Nazmi ini dikatakan atas arahan Azmin Ali yang dikatakan akan menaja pemimpin muda itu untuk jawatan Ketua AMK Pusat.

Azmin Ali yang mengetahui penglibatan Nik Nazmi sebelum itu dalam usaha menyingkirkan Badrul Hisham dengan menyekat peruntukkan kepada adun berkenaan terus menggunakan kesempatan ini untuk mengenakan Khalid Ibrahim yang sepenuhnya mempercayai Nik Nazmi dan mengeluarkan terus kenyataan agar Badrul meletak jawatan tanpa sebab yang munasabah, akibatnya Badrul terus mengumumkan keluar daripada PKR.

Azmin Ali sudah menjadi rahsia umum ingin menjatuhkan Khalid dan ingin memegang jawatan Menteri Besar selangor. Malangnya perkara ini dapat dihidu oleh gerakan anti Anwar di Selangor hasil bantuan informer daripada dalam PKR Selangor dan menyalurkan maklumat terus kepada Kumbang.

Langkah Badrul ini dikatakan akan diteruskan oleh seorang ahli Parlimen dan seorang adun di Selangor dalam masa terdekat dan akan melengkapkan kemusnahan PKR pada peristiwa yang dipanggil 'Tragedi Oktober PKR'. Tragedi Oktober PKR ini telah memperlihatkan kita PKR sebagai satu parti yang rapuh apabila pelbagai perkara terjadi seperti krisis PKR di Sabah yang melibatkan Azmin Ali, Zaid Ibrahim dan Jeffrey Kitingan serta krisis PKR Sarawak yang mungkin akan menyebabkan perpecahan lebih besar dengan perlantikan Bian Baru mengetuai PKR.

Khulasahnya perletakkan jawatan Badrul Hisham ini akan menimbulkan konflik baru antara Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kerana Azmin Ali sendiri secara sengaja menggagalkan rancangan Anwar untuk menyingkirkan Badrul Hisham.
Tapikah adakah perkara ini akan mengakibatkan Anwar marah pada Azmin atau sekadar 'merajuk manja' dan tidak berbuat apa-apa?

Kita sama-sama lihat apa dia tindakan Anwar selepas ini yang sekian kali menyelamatkan Azmin Ali dalam pelbagai krisis. Kumbang berani menyatakan jika PKR akan hancur ia mesti disebabkan seorang pemimpin bernama Azmin Ali.

Yang nyata semalam, Wan Azizah tersenyum gembira kerana musuhnya Azmin Ali telah menggagalkan rancangan Anwar dan menyebabkan hati Anwar mungkin mula terdetik untuk membenci Azmin.

Untuk maklumat lanjut mengenai kaitan Anwar Ibrahim dengan Amerika dan isu-isu anti Anwar yang lain. Sertai E-Group AIDC sekarang. Klik Sini

sumber - analisisringan


1 ulasan:

Cheguman berkata...

Bukan semua orang boleh dicatur sesuka hati. Lebih baik Anwar tumpukan perhatian pada perbicaraannya.