MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Sep 2009

Apa sebenarnya berlaku di Selangor ?




Oleh Anuar Mohd Nor

Dokumen ini dihantar kepada kami tanpa sebarang penjelasan yang terperinci. Kenyataan yang dikeluarkan adalah ‘ Kumpulan Semesta Sendirian Berhad – bela mereka yang disyaki mencuri pasir’

Dokumen itu apa bila dikaji memuatkan

1. Notis Kesalahan - lori milik , Tetuan Tulen Ehsan Holdings Sdn Bhd yang ditahan kerana Mengeluarkan/mengalih/mengangkut bahan batuan tanpa wibawa yang sah dan melanggar Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 ( Akta 56/1965)
2. Dokumen butiran Lori tersebut
3. Tawaran kompaun dengan jumlah 25,000
4. dan yang paling pelik adalah Kumpulan Semesta Sendirian Berhad – meminta rayuan kepada Pegawai Daerah untuk mengurangkan kos kompaun.

Mencari perihal syarikat Semesta – kami terserempak dengan satu laman blog di http://airmataselangor.blogspot.com/2009/08/semesta-lagi.html

Maklumat diberi mengenai Semesta adalah seperti berikut:

1. Kerajaan Negeri menubuhkan Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan memberi hak perlombongan pasir Selangor kepada lapan syarikat (majoriti milik kaum cina) iaitu 4 antaranya Wawasan Dengkil Sdn Bhd, Hai Tong Construction, Low hai Eng Sons Trading Sdn Bhd dan Resvil Holding Sdn Bhd.

2. Perlantikan Kumpulan Semesta ini adalah tanpa persetujuan exco-exco kerajaan negeri dan amat malang sekali yang menguruskan syarikat Kumpulan Semesta ini adalah terdiri daripada kroni-kroni Tan Sri Khalid Ibrahim iaitu bekas pegawai Guthrie dan PNB. Dato Anuar Mohd Nor yang mengetuai Semesta juga pernah muflis dan mempunyai rekod buruk apabila bersama MTDC.

3. Ambil Contoh berikut petikan dari tulisan www.airmataselangor.blogspot.com : Misalnya mereka membuat unjuran RM 150 - 200 juta setahun untuk hasil pasir. Mereka menempelak kerajaan lalu sebagai rasuah dan korup kerana mengutip hasil pasir yang sedikit.

4. Malangnya di bawah Tan Sri Khalid dan kronis nya : tulisan www.airmataselangor.blogspot.com : Malangnya di Dewan kita dimaklumkan sasaran tersebut jauh tersasar. Jumlah pengeluaran pasir negeri setakat ini hanya RM 22 juta. Sehingga kini kerajaan negeri hanya mengutip RM 4 juta dari doket pasir dan RM 7.5 juta melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd. Hanya RM 11.5 juta dari RM 22 juta dapat kepada kantung kerajaan.

Apa sebenarnya yang berlaku di Selangor. Apa sebenarnya yang mahu dinyatakan oleh dokumen yang dihantar kepada kami ini. Ada lagi 2 set dokumen yang di kirim melalui email yang akan kami dedahkan selepas ini. Berikut adalah scan dokument set pertama yang kami keluarkan. Set seterusnya akan kami siarkan tidak lama lagi.









sumber - umno reform

Tiada ulasan: