MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Ogo 2009

Pembantu khas Ronnie Liu : Sendiri bikin hal….lain orang salah




Komen-komen di sebilangan laman web dan blog sudah menghentam sakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Malah ada yang guna perkataan ‘bastard’ dan bahasa-bahasa kesat lain.

Itu semua gara-gara laporan-laporan yang cuba mengambarkan seolah para pegawai SPRM bertindak kasar semasa cuba menahan pembantu khas kepada Exco Selangor, Ronnie Liu, Wong Chuan How untuk siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan negeri.

Siapa saja yang menyaksi kejadian pada pagi Jumaat di pusat perkhidmatan Sungai Pelek di Sepang tahu insiden itu tidak akan berlaku jika Wong. Juga ahli Majlis Perbandaran Sepang dan juga seorang kontraktor tidak bergelut dengan para pegawai SPRM yang hendak membawanya ke ibupejabat mereka di Putrajaya.

Masalahnya di sini ialah misteri kejadian kematian misteri Teoh Beng Huat hendak dijadikan lesen untuk mempertikaikan segala tindakan SPRM dalam menjalankan tugas mereka menjalankan siasatan.

Ini lebih-lebih lagi dengan adanya pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor tidak membenarkan kakitangannya disoal siasat oleh SPRM di luar pejabat mereka.

Tindak tanduk yang cuba menghalang SPRM menjalankan tugas mereka dan perlu ikut peraturan yang dibuat oleh pihak luar tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Inilah yang dikatakan mendorong Wong cuba lari hingga berlaku pergelutan di depan pusat khidmat itu hingga dia terjatuh.

Laporan mengenai dia terjatuh akibat gelagatnya sendiri dan luka dialaminya menjadi hal yang diperbesarkan dalam laporan sesetengah laman web dan blog.

Timbalan Pengarah Siasatan SPRM Sazali Salbi menjelaskan luka yang dialami Wong kerana dia terjatuh ketika bergelut dan bukan akibat tindakan kasar para pegawai SPRM.

Semuanya bermula pada kira-kira jam 9.30 pagi bila para pegawai SPRM pergi ke pusat khidmat itu untuk menemui Wong.

Semua laman blog Truth for teoh beng hock yang tidak diketahui siapa pengendalinya mendakwa Wong paling banyak menerima projek di kawasan berkenaan,

Wong dikatakan mempertikai langkah para pegawai SPRM hendak menahannya sebagai suspek dan akan dibawa ke ibupejabat SPRM kerana mendakwa sebelum itu dia beritahu yang dia akan disoal siasat sebagai saksi sahaja.

Sebelum berlaku pergelutan itu para pegawai SPRM telah menemui Wong dalam pejabat pusat khidmat berkenaan.Turut serta ialah peguam yang mewakili Wong.

Keadaan menjadi kecoh bila Wong hendak dibawa turun ke kereta SPRM.

Berbagai gelagat Wong selepas berlaku pergelutan termasuk mendakwa dia cedera di kaki.
Ronald Liu yang tiba kemudiannya telah membawa Wong untuk membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelek – atas alas an nak jamin keselamatannya .

Dia kemudiannya dibawa ke Hospital serdang untuk di X-Ray.Para pegawai SPRM turut serta.

Akhirnya selepas rundingan pihak SPRM bersetuju membenarkan Wong dibebaskan dengan ikat jamin.Dia dikehendaki menyerah diri kepada SPRM pada 20 Ogos ini.

Apa yang menjadi persoalan ramai ialah apa akan jadi pada tindakan SPRM nak menyiasat jika gelagat seperti ini berterusan.Semuanya mengunakan alasan kematian Teoh.

Macam-macam aksi boleh dilakukan untuk sengaja mencetuskan kontroversi bagi mendorong orangramai memandang serong pada apa jua nak dilakukan oleh SPRM.-14/8/2009

sumber - agendadaily


3 ulasan:

Me? berkata...

Itula fakta bangsa cina - dia ingat dia hebat & boleh diusik - kalau dia hentam melayu, bukan rasis tapi kenyataan katanya, tapi kalau melayu hentam mereka-dia kata rasis - aku dah naik meluat - kema tek! betui

Ryzal72 berkata...

Assalamualaikum,
Dia ingat rakyat Malaysia BODOH. Semua org telah tengok drama itu. I ingat kita dedahkan jea rakaman tu kep kepada umum; Biar stesyen mainkna berulangkali. Upload dalm youtube. Sampai mengeleng kepala i tengok sebab kebodohannya berlakon- naik kerusi roda. Lain kali belajar dari Bro. Nuar lah....lagi baik atau masuk dulu program realiti roysyam Noor.

Unknown berkata...

mmg bangsat dia nih.
buat salah mau lari.