MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Mac 2009

Kes Liwat Di Mahkamah Tinggi: Anwar Fail Rayuan

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Notis rayuan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 10.40 pagi menerusi S.N.Nair & Partners.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan pendakwaan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen untuk mengekalkan perbicaraan itu di Mahkamah Sesyen.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi, yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, sebagai tidak sah.

Abdul Gani, dalam menandatangani sijil pemindahan itu, tidak melaksanakan fungsi hakim atau separa hakim tetapi hanya melaksanakan tugas pentadbiran yang berada dalam bidang kuasanya, katanya.

Anwar mencabar kesahihan sijil pemindahan itu dengan mendakwa Abdul Gani tidak boleh menandatangani dokumen berkenaan kerana beliau masih disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah, kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung laporan polis yang dibuat Anwar berkaitan insiden "mata lebam."

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

sumber - bernama

Tiada ulasan: