MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Mac 2009

Kerajaan Perpaduan - Saya nahkoda Pas: Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal dalam kepimpinan parti itu dan mengingatkan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, supaya berbincang dengan beliau dahulu sebelum membuat keputusan mengenai penubuhan kerajaan campuran.

Menteri Besar Kelantan, berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti Pas.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEK) peringkat Kelantan di sini, hari ini, Nik Aziz mengulangi pendiriannya sebagai ketua tertinggi Pas bahawa beliau menolak cadangan Hadi itu atas alasan ia sudah diputuskan pada Muktamar Agung Pas di Ipoh tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, beliau sedia berbincang dengan Hadi mengenai isu menubuhkan kerajaan campuran antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN).

"Saya Mursyidul Am umpama nakhoda, kalau tukang sauh nak jumpa, saya tak boleh tolak, kena jumpa. Kalau tukang layar nak jumpa tak boleh tolak, kalau Haji Hadi nak jumpa pun saya tak boleh tolak,” katanya ketika ditanya sama ada beliau sedia berjumpa dengan Presiden Pas atau pemimpin tertinggi lain parti itu dalam menyelesaian isu mengenai cadangan Hadi bagi membentuk kerajaan campuran pembangkang dan BN.

Nik Abdul Aziz berkata, jika ramai pemimpin Pas yang menggesa untuk penubuhan kerajaan campuran dengan BN, maka perlu ada satu platform yang khusus untuk membincangkan perkara itu dengan teliti.

“Saya tetap dengan pendirian asal saya, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Kalau hendak juga hubungan kerjasama itu, (Pas) kena adakan mesyuarat khas lain membincangkan khusus tentang perkara itu,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, pula berkata cadangan Hadi itu berniat baik dan perlu disokong.

"Saya lihat Datuk Seri Abdul Hadi juga memberi perhatian kepada perpaduan kaum Islam...kita tidak boleh atasi kepentingan agama, bangsa dan negara," katanya.

Ibrahim berkata, masalah perbezaan pendapat antara Pas dan Umno perlulah dihindar dan semua pihak harus sama-sama mengutamakan perpaduan.

sumber - Berita Harian


Tiada ulasan: