MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Feb 2009

Gempar! DUN Bukit Antarabangsa Pulak...!



Kecoh!
Pakatan Rakyat Selangor semakin panas…..!
Azmin Ali bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor..??

Gambar sedutan kenyataan media yang dibuat oleh Pakatan Rakyat Selangor di bawah ini bakal menjadi spekulasi atau pun mungkin kenyataan….. klip video ini boleh dilusuri pada web Malaysikini TV



Malam tadi, Blogmaster menerima kunjungan daripada “informer” yang selalu menyampaikan cerita cerita panas dari dalam kain PKR Selangor. Persahabatan kami yang sudah menjangkau tahun ke 10 membuatkan beliau begitu akrab dan selesa menceritakan semua kisah dalam parti berbilang kaum yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang. Kedudukkan “informer” Blogmaster juga yang memegang jawatan agak tinggi dalam struktur PKR Selangor menjadikan tugas Blogmaster mudah untuk “korek cerita….”

Sebaik sahaja selesai RETREAT untuk semua wakil rakyat Pakatan Rakyat [PR] Selangor dua hari lepas, mereka telah mengadakan satu Sidang Media Khas berhubung dengan kenyataan rasmi membantah tindakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia [SPRM] yang dikatakan mendahului tugas Peguam Negara dalam kes salah guna kuasa Khalid Ibrahim berhubung dengan Lexus dan Lembu [Dua L].

Tunggu sebentar! Lihat gambar klip video diatas…. , kenyataan rasmi PR Selangor itu telah dibuat oleh Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa. Dimana pula Dr Hassan Ali dan Theresa Kok…? Sekiranya ditonton klip video tersebut, Dr Hassan Ali duduk sebelah ADUN Sekinchan , Yb Ng Swee Lim. Manakala Theresa Kok pula duduk bersebelahan ADUN Meru, Yb Dr Rani Osman.

Sidang Media daripada PR Selangor untuk membela MB mereka seharusnya dibuat oleh Exco Kanan memandangkan PR Selangor tidak ada Timbalan MB. Apakah untuk menjaga hati pemimpin PAS, maka Theresa tidak ditugaskan memikul tanggungjawab tersebut? Ada yang memberi rasional bahawa Azmin adalah Ketua WHIP Pakatan Rakyat dalam Parlimen merangkap Naib Presiden PKR, memandangkan sidang media itu menyebut kenyataan rasmi oleh semua wakil rakyat PR Selangor termasuk Ahli Ahli Parlimen, maka Azmin dikira mewakili mereka semua.

Tetapi, kalau ditafsirkan ini adalah urusan rasmi kerajaan PR Selangor, sidang media dan sebarang kenyataan rasmi mestilah dibuat oleh orang yang paling kanan kepada Khalid Ibrahim! Dalam struktur pentabiran kerajaan PR Selangor, Azmin Ali hanyalah ADUN yang biasa, bukannya bertaraf EXCO pun…, jika hendak dibandingkan dengan Yb Yakob Sapari.
Malah jika dilihat dalam pentadbiran Perhubungan PKR Selangor itu pula, Azmin hanyalah seorang Ketua Bahagian dari Gombak, dimana Perhubungan PKR Selangor mempunyai dua orang Timbalan Pengerusi iaitu Yb Abdullah Sani, Ahli Parlimen Kuala Langat bersama Yb Hee Loy San, Ahli Parlimen PJ Utara setelah Ahli Parlimen Kapar Yb Manikavasagam meletakkan jawatannya sebagai protes diatas kegagalan Khalid membantu masalahnya beberapa bulan yang lalu.

Adakah desas desus bahawa Khalid Ibrahim akan pergi bercuti dan mengosongkan kerusi MB Selangor sebaik sahaja pendakwaan dimulakan akan menjadi realiti? Siapakah bakal menggantikan Khalid Ibrahim?

Dalam keadaan Khalid sedang berdepan dengan dua tuduhan rasuah, kini terpalitlah sudah rekod buruk beliau ketika menggalas tanggungjawab sebagai Ketua kerajaan PR Selangor. Ditambah pula dengan kenyataan “bercanggah” oleh Azmin Ali pada sidang media yang sama mengatakan bahawa Elizabeth Wong belum meletakkan jawatan, ternyata jelas Azmin telah membelakangkan MB Selangor yang sedang menghitung hari hari akhirnya itu…..

Apakah akan berpesta rakyat DUN Bukit Antarabangsa menyambut majlis perlantikan wakil rakyat mereka sebagai MB negeri Selangor yang baru….?

Seandainya ini benar benar terjadi, Bukit Antarabangsa akan menjadi “bukit” keempat mendapat publisiti media selepas ini…

Yang menariknya nanti, sewaktu Azmin bersama pengundi-pengundinya mengadakan sambutan itu , adakah Khalid sudah diarahkan pergi bercuti? Akan timbul pula spekulasi samada beliau akan menenangkan fikirannya di sebuah destinasi yang sama dengan Elizabeth Wong..?

Ke Bukit Gantang membaca talkin
Singgah Bukit Selambau tak jumpa jalan
Tidur di Bukit Lanjan diselak kain
Bukit Antarabangsa berpesta sakan

Sama samalah kita saksikan apakah kesudahan kisah MB Selangor yang diramalkan akan mengalami nasib yang serupa dengan nasib MB Perak….

sumber - medan-info-kita

Tiada ulasan: