MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Nov 2008

Zulkifli pertahankan tindakannya protes Forum Bar Council



Zulkifli pertahankan tindakannya di Forum Bar Council


“Yang pertama saya Muslim, yang kedua peguam ; Saya yang pertama Muslim, yang kedua Ahli Parlimen,” tegas Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin pada hari ini, memecahkan sikap berdiam diri untuk pertama kali selepas mengetuai kekecohan yang mana mengganggu Forum ‘Memeluk Islam’ Bar Council (Majlis Peguam) pada 9 Ogos.

Lebih kurang 300 penunjuk perasaan di bawah jagaan Zulkifli berkumpul di Ibu Pejabat Majlis Peguam minggu lepas untuk memprotes dengan penuh semangat terhadap apa yang mereka rasakan satu dialog yang mengapi-apikan, dengan impak kepada Islam dan peranannya.

Protes dan rempuhan masuk beberapa penunjuk perasaan ke dalam tempat program – dan atas nasihat polis – memaksa penganjur program mengadakan program tersebut selama satu jam. Forum bermula pada jam 9.00 pagi.

“Ia tidak betul....pada saya Islam pertama, ahli parti kedua. Sekiranya anda menyerang Islam, saya akan berada di situ, ” dia meluahkan.

Tambahan pula, Zulkifli menegaskan bahawa dia hadir dalam tugasnya sebagai ahli majlis eksekutif daripada Lawyers in Defence of Islam (Peguam Pembela Islam), dan bukan sebagai ahli PKR.

“Sekiranya anda bercakap tentang sensitiviti yang lain anda perlu mengadakannya secara tertutup dan menjemput mereka yang berkenaan. Anda tidak menjemput Tom, Dick and Harry untuk bercakap tentang Islam.”

Anda boleh bercakap tentang Islam tetapi anda tidak boleh bercakap untuk Islam. Anda tahu, kamu sebagai Muslim juga mempunyai hak,” dia mengecam.


Peguam Anti-Islam

Dia juga menyatakan bahawa amat penting untuk menghormati Islam dan hak Muslim.

“Kita perlu menghormati satu sama lain (dan) jangan secara mudah merempuh hak orang lain dan kemudiannya mula bersembunyi di belakang tirai hak asasi manusia,” katanya semasa sidang media 30 minit di lobi Parlimen.

“Sebenarnya saya sengaja menghadiri perhimpunan itu kerana kami menentang sikap Majlis Peguam yang meneruskan forum walaupun terdapat bantahan daripada pelbagai pihak – kerajaan dan badan bukan kerajaan.”

“Anda tidak boleh melihat forum ini secara berasingan dan mengatakan bahawa mereka mengadakan satu forum, bercakap tentang beberapa hak kerana anda melihat kepada latar belakang Majlis Peguam...mereka amat konsisten dengan pendirian anti-Islam mereka,” kata Zulkifli.

Apabila ditanya sama ada betul atau tidak dia telah merempuh masuk ke dalam bangunan untuk menghentikan perbincangan, Zulkifli berkata media telah mengganggu situasi tersebut.

“Anda mendapat fakta yang mengelirukan. Tiada soalan, kami yang menghentikan forum. Mereka sememangnya telah berbincang dengan polis untuk menghentikannya...ianya bukan disebabkan kami. ”

“Kami hanya berada di sana untuk memberikan pandangan kami...maksud anda Muslim tidak boleh berdiri dan menegakkan hak mereka,” jengkelnya.

Zulkifli yang dipercayai mengelakkan diri daripada perhatian umum semenjak hari forum tersebut, menyatakan dia berada jauh di atas perkara peribadi dan enggan untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang kehilangannya.

Dia menyatakan dia tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab daripada parti dan menambah bahawa dia telah menjelaskannya bersama ketua whip Azmin Ali dan alasannya telah diterima.

“Peguam Pembela Islam adalah sebuah NGO, saya bangga untuk bersama mereka. Oleh yang demikian saya berasa tidak bersalah kerana saya berada di sana untuk tugas yang berbeza,” kata Zulkifli.

Selanjutnya dia menambah bahawa pendiriannya tidak mendatangkan konflik dengan jawatannya dalam parti.

“Itulah keindahan PKR kerana kami ada pandangan berbeza tetapi kami masih bersama....kadangkala walaupun pandangan yang berbeza tetapi kami masih boleh duduk bersama,” katanya.


‘Muslim Toleran’

Ahli Parlimen PKR itu menambah bahawa Muslim di negara ini mesti toleran memandangkan mereka dipaksa untuk hidup di bawah undang- undang yang tidak Islamik.

“Kami sebagai Muslim telah cukup toleran selama ini...sudah bertahun-tahun kami dipaksa untuk hidup di bawah undang- undang yang bukan Islam.”

“Ianya masa untuk Muslim bercakap dan saya akan memimpin Muslim untuk bercakap,” katanya.

Dia menambah bahawa dia sedang merancang untuk memfailkan usul biasa atau usul 18 (1) di Parlimen terhadap Majlis Peguam untuk membolehkannya ‘dicela dan ditegur.’

“Saya mungkin memfailkan satu usul disebabkan perkara ini. Saya fikir masanya tiba untuk Majlis Peguam belajar menghormati undang- undang, perlembagaan dan juga pandangan pihak lain.”

“Pertama dan paling penting saya berasa (bahawa) Majlis Peguam perlu belajar untuk menghormati agama persekutuan iaitu Islam,” katanya.

Minggu lepas pemimpin PKR Anwar Ibrahim menyatakan bahawa dia akan bercakap dengan Zulkifli tidak lama lagi di atas tindakannya sebelum memutuskan sama ada parti perlu mengambil apa-apa tindakan ke atasnya.

Bagaimanapun pada hari ini ketua whip PKR Azmin berkata dia menerima penjelasan Zulkifli dengan keyakinan yang baik.

Dia menyatakan bahawa Zulkifli telah menerangkan secara ringkas tentang di mana dia berada – ke luar negara atas lawatan perniagaan.

“Dia bersedia untuk menjelaskan kepada parti tentang tindakannya. Saya telah menerima penjelasannya,” kata Azmin.


AIDC terjemah artikel dari Malaysiakini, yang disiarkan pada 18 Ogos 2008. Artikel asal klik di sini.


Tiada ulasan: