MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Okt 2008

FNF memperkasakan Demokrasi Liberal di negara - negara Islam

Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus Von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Ahli Lembaga Pengarah FNF, Jerman. Hubertus Von Welck adalah Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara


FNF memperkasakan Demokrasi Liberal di negara - negara Islam


Friedrich Naumann Foundation (FNF) membahaskan sumbangan-sumbangannya bagi demokrasi liberal di dalam masyarakat-masyarakat Islam semasa mesyuarat dalaman FNF di Malaysia. Sebanyak 21 kakitangan perwakilan dari 12 negara berkongsi pengalaman-pengalaman mereka. Mereka membincangkan kaedah-kaedah projek dan matlamat-matlamat yang ingin dicapai.

Kejadian-kejadian pengeboman di Afghanistan, Iraq, Palestin, Chechnya, Indonesia dan Sudan adalah contoh-contoh konflik di antara negara-negara Islam dan juga di kalangan masyarakat-masyarakat Islam.

Serangan pengganas di New York, Madrid, London dan Paris menunjukkan bahawa konflik-konflik tersebut turut memberi kesan kepada negara-negara Barat.

Ramai ahli-ahli politik Barat di Eropah dan Amerika melihat bahawa idea-idea mengenai kebebasan dan demokrasi sering diserang. Selalunya, mereka bersedia untuk mengorbankan kebebasan awam demi melindungi masyarakat mereka.

Dalam waktu yang sama, ramai Muslim percaya bahawa Islam adalah agama yang mengongkong. Mereka menjustifikasikan hipotesis ini berdasarkan pandangan mereka terhadap negara mereka yang sekular, namun mempunyai kerajaan yang memerintah secara kuku besi. Sebagai contoh, The Egyptian Muslim Brotherhood memperjuangkan pemerintahan yang saksama dan ekonomi pasaran bebas.

Garisan konflik tidak wujud di antara nilai liberal dan Islam atau lain-lain kepercayaan. Tetapi ia adalah berkaitan dengan pengenalan demokrasi, hak asasi manusia dan pasaran ekonomi.

Memandangkan apa yang telah disebut di atas merupakan objektif-objektif utama yang menjadi matlamat FNF, maka satu mesyuarat di Kuala Lumpur telah dianjurkan bagi membincangkan pengalaman-pengalamannya di Mesir, Palestin, Jordan, Lebanon, Syria, Iraq, Morocco, Algeria, Tunisia, Turkey, Bosnia, Kosovo, Azerbaijan, Uzbekistan, Malaysia, Indonesia, Bangladesh, India, Pakistan dan Afghanistan.


Zainah Anwar, Sister In Islam (SIS) bersama Hubertus von Welck (tengah) Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Asia Tenggara. FNF menaja Zainah dan SIS untuk perjuangkan pluralisme agama di Malaysia



Mesyuarat tersebut telah diperkukuhkan dengan pengisian daripada pakar-pakar Malaysia yang unggul: Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim, Dr. Mohamed Ariff, Cik Zainah Anwar (Sister In Islam), Prof. Norani Othman, Dr. Patricia Martinez, dan Peguam Malik Imtiaz.


Dari kini, Profesor Noraini Othman, pensyarah IKMAS UKM dan aktivis Sister In Islam (SIS); Dr. Patricia Martinez, Penyelidik Kanan Untuk Agama Dan Budaya Di Institut Asia Eropah, Universiti Malaya dan Malik Imtiaz Sarwar, peguam Bar Council. Noraini Othman adalah aktivis IKMAS dan SIS Bukunya bertajuk "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism" yang diterbitkan oleh SIS, diharamkan KDN baru-baru ini kerana bercanggah dengan akidah Islam. Dr. Patricia Martinez merupakan penganut Kristian yang membuat PHD berkenaan Islam. Dia aktivis persefahaman Muslim dan Kristian.Dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Projek Islam dan Pluralism, Indonesia. Malik Imtiaz adalah penguam Bar Council yang terkenal membela kes kebebasan beragama. Antara kes yang dikendalikan termasuk pembawa ajaran sesat Ayah Pin,Abdul Kahar Ahmad, kes murtad Subashini Rajasingam dan Lina Joy.Dia juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Ke Arah Pembentukan Suruhanjaya Antara Agama-Agama di Malaysia, aktivis Inter-Faith Commission (IFC).



Dalam perbincangan tersebut, merumuskan bahawa program-program FNF bagi komuniti-komuniti Islam mestilah secara amnya memberi respon kepada tiga senario yang menggalakkan ekstremisme Islam di kalangan penduduk dan penolakan mereka terhadap libralisme dan pluralism.

Kebanyakan masalah-masalah serius itu wujud di regim kuku besi, di mana penduduk Muslim bertukar menjadi pejuang-pejuang Islam sebagai cara lain bagi mendapatkan keadilan dan pemerintahan yang lebih baik. Situasi ini wujud dikebanyakan negara-negara Arab dan pada satu tahap, Malaysia turut menjadi salah satu negara contoh.

Senario kedua ialah keadaan masyarakat selepas berlakunya konflik, terutamanya di Yugoslavia sebelum ini. Di sana, rakyat berada di dalam trauma mencari-cari standard-standard moral selepas berlakunya perang saudara dengan segala bentuk kekejaman yang berlaku di sekeliling mereka.

Berlawanan dengan latarbelakang ini, cara kehidupan yang digalakkan oleh Wahabisme Saudi telah mendapat kesedaran rakyat. Proses tersebut dipermudahkan dengan bantuan Saudi Arabia melalui sumbangan kepada masjid-masjid, pendidikan agama dan program-program kebajikan.


Buku Noraini Othman yang diterbitkan oleh Sister In Islam diharamkan oleh KDN baru-baru ini.



Yang terakhir, peminggiran komuniti-komuniti Islam di dalam masyarakat-masyarakat demokrasi, seperti Perancis dan England menggalakkan respon terhadap panggilan-panggilan tidak liberal dan tidak demokratik kepada ekstremis Islam, kerana mereka telah membina perasaan dengki, rasa tertindas dan dipinggirkan.

Kumpulan-kumpulan ini adalah sama dengan anti globalis yang takut kehilangan identiti dan kebajikan sosial di dalam dunia yang semakin besepadu dan penuh dengan persaingan.

Tempoh bertukar-tukar pengalaman selama 3 hari, dari 12-15 Jun telah membantu kakitangan FNF untuk memperolehi pendekatan yang lebih berinformasi bagi projek-projek nasional mereka.

Ini akan turut disokong dengan pembentangan kertas konsep bagi hasil kerja FNF dalam masyarakat-masyarakat Islam.

Mesyuarat tersebut juga berperanan untuk mengenengahkan perbahasan mengenai forum dialog antarabangsa bagi isu kebebasan dan demokrasi di dalam dunia Islam.


Nota : AIDC menterjemah artikel dari laman FNF Malaysia, salah satu cabang daripada yayasan pusat yang berpengkalan di FNF Jerman. Artikel asal bertajuk "Strengthening liberal democracy in Muslim societies". Klik di sini dan di sini


Artikel lain yang berkaitan

1. Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..

2. Siapa dalang Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IFC) ?


3 ulasan:

NORA berkata...

Salam,

Pening Joyah melihat appearance orang-orang yang dikatakan sebagai pakar dalam negara-negara Isla. Lihatlah Prof. Noraini, Zainah Anwar, Dr. Patricia ...aduhhh ...

Joyah baru jumpa Prof Noraini semalam... face to face, bukan untuk bincangkan issue ni, tapi issue lain .. frankly speaking..she doesnt suit to talk about Islam at all.

The 'Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism' book was banned for “containing twisted facts on Islam that could undermine the faith of Muslims. It came with a prohibition order under Section 7(1) of the Printing Presses and Publications Act 1984.

Unlike what Anwar said about the write up of Salman Rushdie, the book was banned due to avoid public tense ... dan dia mengatakan tulisan tersebut adalah hasil sastera. Antara isi kandungan The Satanic Verses=

(1). Wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh Syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran

(2). Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh semua isteri Rasulullah

(3). Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.

Dalam mana-mana perbincangan Anwar mengenai negara2 Islam.. Joyah perhatikan terdapat beberapa issue sama yang akan dilaung-laungkan oleh beliau:

1. Islam yang tidak mengamalkan pluralisme adalah Islam yang tidak membangun dan menjadi punca kepada keganasan

2. Islam adalah agama yang mengongkong jika tidak di campur dengan unsur pluralisme

3. Negara-negara Islam seharusnya tidak menolak demokrasi yang di bawa dari US.

4. Beliau adalah tokoh yang terbaik untuk membicarakan issue2 yang melanda negara2 Islam.

Dimana ada badan-badan yang ditaja oleh Yahudi, disitu ada Anwar... dimana ada ceramah2 yang melibatkan islam liberal, disitu ada anwar, dimana ada pertubuhan2 yang mencabar Islam, disitu ada Anwar ..

wallahu'alam

NORA berkata...

About Friedrich Naumann Foundation (FNF)


The Friedrich Naumann Foundation (FNF) is the Foundation for liberal politics. Established in 1958 by Theodor Heuss, the first president of the Federal Republic of Germany, it promotes individual freedom and liberalism.

The Foundation follows the ideals of the protestant theologian, Friedrich Naumann. At the beginning of the last century, Naumann was a leading German liberal thinker and politician. He resolutely backed the idea of civic education. Naumann believed that a functioning democracy needs politically informed and educated citizens. According to him, civic education is a prerequisite for political participation and thus for democracy.

In this regard, the Foundation is an agent of organized liberalism. It promotes this through civic education, international political dialogues, and political counselling. The Foundation has numerous offices in Europe, Africa, America and Asia. It also enjoys close links with Germany’s Free Democratic Party (FDP) and Liberal International (LI).

While the Foundation’s activities in the field of civic education consist of seminars, conferences and publications aimed at promoting liberal values and principles, the international political dialogue program provides a discussion forum for a wide range of liberal issues. The Foundation’s counselling programs focus on candidates for political office, liberal political parties and other democratic organizations.

Its all about Freedom.....

http://www.fnf.org.ph/aboutus.htm

Tanpa Nama berkata...

salam joyah,
apa nak dipelikkan nama-nama pelik sebagai pakar islam tu. benda ni dah lama berlaku sebenarnya, walaupun dalam bentuk dan cara lain.

suatu waktu dahulu, ada sekumpulan 'orang bijak pandai' di sebuah ipt yang mengendalikan pentafsiran semula al-quran. dan mereka bukan orang yang ahli, malah tidak ada yang ahli al-quran pun berada dijemput sama.

so, apa yang berlaku sekarang ini bukan berlaku overnight, tapi mengambil masa - sedekad, dua dekad atau lebih; tidak diperasani untuk dibendung.

apa yang boleh dilakukan, kita yang alert dan aware tentang perkara ini perlu terus istiqamah menyedarkan khalayak supaya mereka memerhatikan ahli keluarga agar tidak terjebak sama. keluarga adalah institusi terkecil dalam sebuah masyarakat. jika ketua keluarga menjaga setiap unit masyarakat ini, dalam jangka panjang, kebenaran pasti akan terbela dan terserlah, insya-Allah.

so, aidc, keep on going, eh?

wassalam.