MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Sep 2008

Pegawai khas TPM nafi arah Ramlang Porigi atur majlis sumpah


Pegawai khas TPM nafi arah Ramlang Porigi atur majlis sumpah

04-09-2008 07:08:15 PM
KUALA LUMPUR: Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Prof Madya Khairil Annas Jusoh hari ini menafikan bahawa beliau mengenali Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan ataupun memintanya mengatur dan menguruskan majlis mengangkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid itu pada 15 Ogos lepas.

Khairil Annas berkata kenyataan yang dibuat oleh Ramlang dalam artikel "Najib dalang sumpah Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan Bil 145 (27.8.20083.9.2008), rakaman video temuramah beliau dengan Suara Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" terbitan akhbar Siasah Bil 0113 (31.8.20086.9.2008) adalah tidak benar.

Beliau menuntut Ramlang membersihkan namanya, dan kedua-dua penerbitan itu pula membuat permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik dan memperbetulkan semula kenyataan yang salah dan mengelirukan itu.

"Saya turut menuntut agar kenyataan akhbar itu diterbitkan di halaman utama kedua-dua penerbitan itu. Peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak saya terhadap Ramlang Porigi dan kedua-dua akhbar tersebut," katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

"Kenyataan Ramlang Porigi melalui temuramah dan artikel yang disiarkan adalah amat tidak bertanggungjawab. Dakwaan beliau yang tidak benar itu telah menganiaya saya dan mencemarkan nama baik saya sebagai penjawat awam," katanya.

Beliau berkata keduadua penerbitan itu tidak pernah sama sekali berusaha mendapatkan komen daripadanya mengenai dakwaan Ramlang itu sebelum menerbitkan artikel temuramah mereka dengan Ramlang.

"Perkara yang tidak benar ini nyatanya telah mengelirukan masyarakat dan memberikan kesan negatif ke atas reputasi saya," kata Khairil Annas.

Pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut menegaskan yang beliau tidak pernah mengenali Ramlang, dan "tidak pernah pada bilabila masa pun menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan beliau."

"Oleh itu, tuduhan Ramlang Porigi yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Saiful adalah satu pendustaan," katanya.

Khairil Annas berkata pada masa dan ketika Ramlang mendakwa bertemu dengannya di Kuala Lumpur, beliau sebenarnya berada di Pulau Pinang bersama anggota keluarga dan sahabat handai.

Ramlang merupakan saksi pada majlis mengangkat sumpah Mohd Saiful Bukhari yang mengikut syariat Islam di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada 15 Ogos lepas bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ramlang bagaimanapun pada 24 Ogos lepas telah turun berkempen untuk Anwar pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan mendakwa beliau telah diarah untuk menjadi saksi pada majlis itu, dan turut mendakwa sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari itu tidak sah.

Bagaimanapun keesokannya, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata kenyataan Ramlang tidak boleh diterima pakai kerana imam itu tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fekah, selain hanya berjawatan pegawai rendah.

Sementara itu, Ramlang dalam temuramah dengan Suara Keadilan dan Siasah mendakwa pegawai khas Najib mengarahkannya menjadi saksi kepada sumpah Mohd Saiful Bukhari itu.

sumber : mstar.online

4 ulasan:

ysnizam berkata...

Kesian ramlang.. diperalatkan oleh PKR...

Mamat yg kat belakang ramlang (gambar) tu lagi aku kesian..

Muker dier kesian ajer...
Kesian dier muker kurang "seri" la
kesian...

NTanwar berkata...

di belakang dia tu ialah peguam dia..namanya Ahmad Nizam Hamid. Dia tu orang kuat PKR Maran (Pahang)..

Muka tak berseri..yer betul..dulu dia pernah meluahkan tak puas hati dengan Anwar dan ancam mahu keluar PKR..banyak perkara dia tak puas hati termasuk Anwar pilih kasih..

Sekarang ni, pias hati kot, sebab Anwar dah beri projek2 kecil pada dia, termasuk jadi peguam ustaz ramlang tu..

Ish sejak bila pulak Imam masjid Wilayah pasang lawyer ni? Selalunya ustaz tak main dengan lawyer2 nih..ustaz kurang percaya dgn laywer2 ni..kepercayaannya hanya kepada Allah dan agama..

Lain lah kalau ustaz ni dah buat silap dan menyatakan sesuatu yang tak benar hingga mendedahkan dirinya ke mahkamah..

Kalau benar, ustaz tu tak perlu pasang lawyer..buat apa lawyer kerana dia bercakap benar sebagai seorang ustaz?

Tetapi dalam kes ini, saya tengok ustaz ni lain macam..bukan macam ustaz2 atau imam2 yang pernah kita kenali..selalunya ustaz atau imam orang yang dihormati dan tak mahu bercakap bohong kerana takut dosa pahala..

Tetapi dalam kes ini, saya lihat, ustaz ni sudah 'main politik', dalam satu video yang dikeluarkan PKR..dia tuduh 'pegawai khas TPM' jumpa dia di masjid Wilayah arah dia jadi saksi..dia cakap dia tak kenal pegawai tu..tapi pernah tengok muka di internet yang bergambar dengan saiful..

Apa makna tu? Maknanya dia sudah wat statement yang melangkaui bidang kuasanya..kalau betul dia selamat..kalau tak betul?

Hari ini pegawai yang dismaksudkan itu telah sediakan bukti utk saman dia, sebab pegawai tu dakwa ustaz itu telah memfitnahnya..see..apa sebenarnya berlaku ustaz ramlang?

Satu lagi, ustaz kena jawab, ustaz kata tak berkempen PKR..habis naik pentas ada logo PKR tu apa?..pasang lawyer tu apa?

Betulkah orang kata ustaz ada hubungan dgn ustaz badrul amin, orang yang sanggup mati utk anwar tu? dua2 orang sabah beb..

Kalau dah masuk bab macam ni..cerita masih panjang lagi..anwar dah menang di permatang pauh..barangkali salah satu jasanya kerana ustaz tolong kempen saat2 akhir..

anwar dah menang tu..bab dia..bab ustaz pulak cam ner..tuduhan ustaz yang tersalah cakap tu pulak cam ner..

mungkin lepas ni anwar akan tolong ustaz kerja kat selangor, penang atau perak kot..sebab tu ustaz berani hantar surat minta cuti lagi ngan Jawi?

Dulu alasan ustaz naik ke pentas kata tak ada orang back up..sebab kena hentam kat internet yek?..lepas ni ada bak up tak?

Kalau anwar tolong kerja di mana2..kena ingat satu..anwar adalah haiwan politik...dia akan gunakan sesiapa sahaja yang berguna kepadanya..dia akan buang sekelip mata jika sudah orang itu tak berguna lagi..contoh?

ezam mohd nur..datin saidatul salleh..dr chandra muzafar..zainur zakaria dan ramai lagi..semua tu hard core anwar tuh..sekarang apa dah jadi..

kain lampin buang..anwar peduli apa..bisnes meke lingkup..masuk penjara..ditangkap polis ke apa ker..yang penting cita2 politik dia tercapai..

Lepas ni ustaz kena bersedia main politik kalau nak kerja dibawah PKR..kena jadi macam ustaz badrul amin..kena sebut dlm ceramah.."saya sanggup mati utk anwar"..kena maki mutfi2 spt maki mutfi perlis sebagai bapak setan..semata2 nak memauskan hati anwar..sanggup?

Kalau tak sanggup jadi balaci cam ustaz badrul amin lebih baik ustaz kerja jadi imam kat masjid wilayah, kerja nikah kawin..dok diam2 dan jangan bercita2 nak jadi setiausaha politik anwar plak..

Unknown berkata...

ramlang tu dah pikir dalam2 lah. sebab tu dia pasang lawyer. jadi kalau ada apa2 dispute lawyer dia akan jadi saksi di mahkamah.

sapa x mau duit beb?
flinstone buat kandang babi jutaan ringgit sebab pun nak duit lah beb. nak cover bill air. tapi kira hukum PAS kira halal la duit tu.

x lama lagi azan subuh x berapa nak keluar speaker kat suarau masjid, jangan marah bilal masjid atau surau pulak.
sebab org2 DAP, PAS, PKR nak tido susah. kesian la kat depa.

tanah2 melayu di negeri perak dah start bagi kat cina kekal sampai 999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999 keturunan. org melayu dah x boleh beli tanah, boleh pajak je 999 tahun lepas tu automatik DAP ambik.

xpelah kesian kat DAP. depa nak buat bisnes susah.

org2 melayu perak memang baik hati depa selagi bulan2 dapat pencen pun kira Alhamdullillah...syukur.

cuba teka!!! apa hadiah anwar Ibrahim bagi kat nik aziz raya tahun ni?

wokyoh berkata...

aku dah kata - ini imam tahi kucing...kalau tak mufti wilayah tak kata pula dia tak tahu feqah...tapi kenapa lantik juga jadi imam..dah tak ada orang lain layak ke???

nak jadi imam ni kena tahu banyak pasal feqah wahai ramlang porigi...
sebab banyak terlibat dengan hukum hakam...

si porigi ni tau ke niat mandi junub ni...entah entah tak tahu....

bagus juga kalau si khairul anas tu saman si porigi mencari timba ni....mungkin anwar akan keluarkan fatwa dr sheikh al qordhowii atau sheikh taha jabir al alwani atau bawak mari bush atau wolfowith untuk bela si porigi ni...

kita tengok la nanti...

eh.... mana katak ...tak lompat lagi???ada 10 hari je lagi....