MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Sep 2008

Mereka kata Anwar pembohong, tapi saya tak gila"


"Mereka kata Anwar pembohong, tapi saya tak gila"

Oeh ARIFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: "Mereka kata Anwar pembohong, tapi saya tak gila."


Demikian reaksi Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini apabila ditanya lagi butiran mengenai senarai ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan telah bersetuju untuk beralih ke Pakatan Rakyat bagi membolehkan kerajaan baru persekutuan dibentuk.

Hari ini beliau berkata, seramai 35 Ahli Parlimen BN telah menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan.


Kelmarin - pada 16 September - Anwar yang dikatakan bakal mengumumkan senarai Ahli Parlimen BN yang sedia melompat parti berkata, beliau sudah ada bilangan wakil rakyat yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.


Anwar yang turut diminta memperkenalkan semua Ahli Parlimen seperti yang didakwanya mencukupi untuk membentuk kerajaan, terus merahsiakan maklumat tersebut atas alasan keselamatan.


"Kami ada senarainya, saya dah kata nak tunjukkan kepada Perdana Menteri nanti.


"Lagi pun ahli-ahli Parlimen berkenaan yang meminta saya agar tidak umumkan dulu sehingga masanya sesuai kerana bimbang akan keselamatan (mereka)," katanya.


Pada sidang media kelmarin, Anwar tidak mengumumkan senarai nama Ahli Parlimen yang bakal melompat parti itu.


Sebaliknya kata Anwar, beliau bersedia dan hanya akan mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen BN kepada Abdullah terlebih dahulu.


"Sebaik sahaja jumpa Perdana Menteri, kita akan patuh mengikut Perlembagaan termasuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong," kata beliau.


Bagaimanapun pada hari yang sama Abdullah menolak permintaan Anwar itu.


Anwar juga menyelar tuduhan kasar Perdana Menteri semalam yang mendakwa beliau merupakan ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.


"Nampaknya Perdana Menteri tidak faham kandungan surat itu.


"Saya tulis untuk berbincang mengenai masalah kestabilan negara dan arah tuju politik," katanya.


"Saya guna bahasa yang sopan, tidak pula saya nak kata untuk adakan perbincangan bagi gulingkan beliau dan kerajaannya," katanya dengan sinis apabila ditanya mengenai pandangan Abdullah bahawa Anwar merupakan ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

sumber - mstar online



10 ulasan:

Unknown berkata...

Orang gila mana nak mengaku dia gila!!!

ysnizam berkata...

teringat aku cerita Senario movie..

"wei orang gilak..."

hahaha...

zeme berkata...

rakyat mengatakan Anwar pembohong bukan menyatakan Anwar gila. Hanya orang gila yang mengandaikan orang lain menuduh dia gila. kesimpulan dia, sah-sah Anwar jenis gila pembohong.

Zahar berkata...

Mereka kata Anwar main Saiful, tapi dia tak gila.

Mereka kata Anwar spy Amerika, tapi dia tak gila.

Mereka kata Anwar akan main kronisme macam dulu, tapi dia tak gila.

Mereka kata Anwar bawak Saiful mengembara ke sana ke mari, tapi dia tak gila.

Mereka kata Anwar menghuru harakan kestabilan negara, tapi dia tak gila.

Mereka kata dah penat dengar cerita dia, tapi dia tak gila.

Mereka kata dia nak TPM dari Sarawak, satu dari DAP, satu dari PAS, dan berbagai bagai lagi TPM, tapi dia tak gila.

Atas segala diatas, saya sahkan saya yang dah jadi gila dengan kerenah2 dia, tapi Anwar tak gila.

wokyoh berkata...

keadaan ekonomi dunia makin merundum.
paklah tahu keadaan ini...maka dilepaskannya jawatan FM kepada najib pula dan dia ambik kementerian pertahanan....kesian kepada kedua-duanya...ternyata mereka berdua juga sebenarnya tidak tahu berbuat apa-apa....kesian tengok paklah..walaupun akhbar-akhbar tempatan sentiasa memaparkan gambar paklah yang paling handsome dan artikel yang telah diubahsuai secukup rasa...namun bila paklah bersuara...kantoi...kita yang kat luar ni tak tahu apa yang dia cakap dan apa yang dia nak cakap...kadang kadang rasa malu jugak bila member non malay yang kutuk paklah depan kita...no flow of thought....kadang-kadang kita yang kat luar tv ni nak mencelah supaya apa yang paklah suarakan itu jelas...tapi...macam biasa...mesti ada batuk-batuk sikit...cakap..lepas tu batuk-batuk sikit...suara antara dengar tak dengar...no pressure of speech..seperti orang yang sedang mengalami depression mood .kalau rasa diri dah tak boleh ...cukup-cukup la tu...
najib pula....makin tertekan lah selepas ini...semoga "yes man" ini boleh membuktikan dia juga boleh melakukan sesuatu yang"ajaib" seperti yang dilakukan oleh tun pada 1998 untuk selamatkan ekonomi negara....

si anwar pula....dia memang sakit...ayat anwar ini "mereka kata anwar pembohong tapi saya tak gila"....adalah sudah cukup membuktikan anwar ada personality disorder...satu anwar A yang baik dan satu lagi anwar B yang jahat...

oleh itu jangan dilayan sangat dengan kerenah anwar ini kerana ada satu jenis penyakit jiwa yang akan berjangkit bila selalu ikut kerenah orang seperti ini...iaitu

"SHARED DELUSION"
nak tahu apa itu shared delusion...sila baca -buku psychiatry -psikosis-delusion...type of delusion....

wokyoh.

Unknown berkata...

dia dah gila..

gila kuasa!

Unknown berkata...

Dia tak gila tapi dia buat rakyat jadi gila!

kedahan berkata...

Mereka kata Anwar pembohong, tapi saya tidak gila

maksudnya,

Dia tidak gila tapi memang pembohong

Unknown berkata...

Anwar ni semasa jd TPM dulu lagi dia dah gila kuasa......suka ambil kesempatan ke atas org lain.

Macamlah bagus sangat dia itu...Dahlah habis duit rakyat dibahagi kat kroni2nya.

Jangan anggap rakyat bodoh nak menilai..Rakyat semakin bijak menilai...Yang pasti Anwar memang "gila meroyan"

Tanpa Nama berkata...

salam aidc,

gila. ya, dia memang sudah gila. apa tidaknya, dia gila asyik untuk jadi pm. dia gila bayang untuk mendapatkan mp melompat bagi membolehkannya menjadi pm. dia mungkin gila bayang-bayang; entahkan tidak mungkin dia dapat jadi pm. entahkan pula dia gila isim, mana tau dia ada menuntut ilmu batin.

tapi yang pasti dia gila kuasa, gila politik, gila pangkat. ada orang tuduh dia gila seks luar tabii. yang ini pun ada orang lain kata tak pasti lagi. satu lagi, orang juga kata dia gila talak. dulu dia sudah hampir-hampir jadi pm. tup tup kena tendang. sekarang, dah dapat peluang untuk jadi pm, jadi tentulah dia gila nak jadi pm.

dalam dia gila-gila nak jadi pm tu, dia menyusahkan hidup orang lain. orang yang taksub padanya pun sama gila mengharap hujan lalu air tempayan dicurahkan. orang yang meluat dengannya juga serupa gila dok membaca berita siang malam dan berdoa agar dia tak jadi pm. mereka pun dah hampir jadi gila sebab dia gila.

pasal apa agaknya dia menggila nak jadi pm ni? adakah kerana gila-gila bercita-cita sejak sekolah rendah nak jadi pm? adakah kerana dia dah gila, berjanji nak jadi pm pada sesiapa, by hook or by crook? atau dia dah fikir gila-gila punya nak mencorakkan malaysia ni macam mana kalau dia jadi pm? semua itu, hanya dia sahaja yang tahu. yang paling jelas, dia menggilai jawatan pm itu.

berita tentang dia gila nak jadi pm ini memang menggilakan. sana sini pemberita gila melaporkan. yang pembaca apatah lagi, gila memikirkannya - ya ke tidak. tapi sehingga kini, nampaknya dia cuma mempergilakan pemberita. bila pemberita dipergilakan, maka orang yang membaca pun sama dipergilakan. huh, sadis!

jangan-jangan dia ni tergila-gila nak jadi pm sebab dia dah gila. kata orang tua-tua, kalau sudah tergila-gilakan sesuatu, orang tu pasti jadi gila, atau gila-gila. tapi gila lebih teruk daripada gila-gila. tergila-gila pun lebih teruk daripada gila-gila. tergila-gilakan jauh lebih teruk daripada gila-gila.

dalam kegilaan dia nak jadi pm tu, dia tak ingat Tuhan agaknya. orang kalau ingat Tuhan, dia tidak akan jadi gila kerana sedar bahawa tiada daya upayanya tanpa rahmat dan restu-Nya...

wassalam.