MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Sep 2008

Banyak perkara Ramlang kena jawab


Banyak perkara Ramlang kena jawab

Oleh: ROSLAN BIAN

Semakin banyak perkara yang perlu dijelaskan imam nikah serta iman masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi apabila pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Prof Masya Khairil Annas Jusoh menafikan beliau dalang yang mengaturkan angkat sumpah Mohd Saiful Bukhar Azlan pada 15 Ogos lalu.

Katanya, dakwaan Ramlang menerusi artikel "Najib dalang sumpah-Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan Bil 145 (27.8.2008-3.9.2008), rakaman video temuramah beliau dengan Suara Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" terbitan akhbar Siasah Bil 0113 (31.8.2008-6.9.2008) adalah tidak benar.

Beliau menuntut pihak terbabit memohon maaf atau berdepan peguam-peguamnya yang sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang terhadap haknya ke atas Ramlang dan kedua-dua akhbar tersebut.

Penafian Khairl Annas menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan Khamis, semakin merumitkan kes membabitkan Ramlang yang kini masih menyambung cuti yang diambilnya sebelum pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Sebelum ini, Rampang muncul di pentas kempen PKR ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh pada 24 Ogos lalu. Beliau turut mendakwa dirinya diarah hadir menjadi saksi Mohd Saiful bersumpah dan mengatakan sumpah bekas pembantu Anwar itu tidak sah.

Bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata kenyataan Ramlang tidak boleh diterima pakai kerana imam itu tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fekah, selain hanya berjawatan pegawai rendah.

Sebab itulah banyak perkara perlu dijawab Ramlang. Beliau tidak seharusnya menyembunyikan diri dengan alasan bimbang soal keselamatan diri dan keluarga sedangkan dalam masa sama, beliau mendapat pembelaan peguam PKR.

Malah, Ramlang juga dikatakan tidak bimbang dipecat daripada jawatan sekarang kerana beliau boleh bertugas di negeri-negeri yang kini dikuasai pakatan pembangkang.

Sesungguhnya, imam muda ini sudah meletakkan dirinya dalam komplot politik yang akan membuka pekung didadanya sendiri selain tersepit ibarat ‘ gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah,’.

Agendadaily ada menerima beberapa maklumat daripada kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang rapat dengan Ramlang.

Bahkan, mereka menggambarkan Ramlang seorang imam yang baik, komited dengan tugas dan tidak pernah ada masalah dengan rakan-rakan satu jabatan.

Mereka juga terperanjat dengan apa yang dilakukan Ramlang sehingga sanggup berbuat demikian tanpa berfikir panjang kesan baik buruknya.

Bagi mereka, sebagai kakitangan, Ramlang harus akur dengan arahan tugas pegawai atasan untuk hadir menjadi saksi sumpah Mohd Saiful bukan mempertikainya.

Sama ada benar atau tidak, Ramlang juga dikatakan amat kecewa kerana selepas mejadi saksi angkat sumpah Mohd Saiful, ada antara jemaah yang kerap bersolat di masjid tempatnya bertugas enggan menjadi makmum di belakang Ramlang.

Ada juga cerita mengatakan, keluarga dan saudara maranya yang menyokong PKR dan PAS mengecam Ramlang kerana menjadi saksi sumpah laknat tersebut yang sudah menjadi bahan ketika kempen di Permatang Pauh.

Kedua-dua perkara ini dikatakan menyebabkan Ramlang malu tambahan pula seperti katanya, pegawai atasannya tidak membela beliau apabila ada laman web mengecamnya kerana menjadi saksi sumpah liwat tersebut.

Semua cerita-cerita inilah perlu dijelaskan oleh Ramlang. Sebagai seorang Islam, malah imam masjid yang sentiasa dihormati, beliau harus jujur menceritakan kebenaran kepada orang ramai bukannya membiarkan diri diperalat PKR.

Ketika ini, sesiapa yang mengikuti kes Ramlang, tidak dapat tidak akan mengatakan beliau sudah memilih jalan yang susah bagi membetulkan perkara mudah dan senang.

Maka banyak yang perlu dijawab Ramlang dan apakah beliau bersedia untuk mengikut jejak Mohd Saiful bersumpah mempertahankan diri bahawa beliau tidak diperalat PKR dalam kes ini? Pasti orang ramai mahu jawapan Ramlang.- 4/9/2008

sumber : Agendadaily.com

artikel berkaitan :

1. Pegawai khas TPM nafi arah Ramlang Porigi atur majlis sumpah

2. Ramlang dalam jagaan PKR

Tiada ulasan: