MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

15 Ogo 2008

Politik Terdesak Anwar


Politik Terdesak Anwar

Dr Novandri Hasan Basri

Tiada yang lebih baik selain daripada kita mendapat sesuatu makumat direct daripada sumbernya.

Itulah kenyataannya apabila penulis berada di bilik gerakan Penerangan Peringkat Negeri Pulau Pinang di Permatang Pauh sejak beberapa hari ini.

Pertama, 16hb September 2008 merupakan satu mitos yang dicanang-canangkan oleh Anwar Ibrahim sebagai gimik untuk menunjukkan bahawa beliau mempunyai sokongan yang amat padu.

Kedua, taktik mendakwa polis negara dan peguam negara tatkala seorang pemuda biasa yang berumur 23 tahun mendakwa beliau merupakan satu cover up untuk menunjukkan Anwar Ibrahim sedang ber'perang' dengan orang-orang penting di dalam Malaysia, padahal yang mengoncangkan beliau hanyalah seorang pemuda biasa nerumur 23 tahun.

Ini adalah senario sebenar apabila kita meneliti kembali kronologi drama politik Anwar Ibrahim. Memang kita boleh berhujah dan memberikan pandangan yang berbeza-beza mengenainya tapi pokok penting yang perlu kita tahu ialah Anwar Ibrahim sedang tertekan dan berada di tahap karier beliau yang sangat rendah.

Ketiga, jika pada mulanya, PKR yang dibina oleh Anwar Ibrahim adalah berteraskan kepada Melayu, tetapi ianya beransur-ansur lenyap dek kemaruk untuk mendapat undi daripada bukan Melayu. Inilah kenyataannya.

Keempat, beberapa kenyataan Anwar Ibrahim terhadap isu-isu yang menyentuh hak bangsa Melayu dan Islam, amat mengecewakan sekali. Jawapan-jawapan beliau nampak sekali tidak tegas, 'play save' dan tidak mencerminkan seorang pemimpin yang akan berdiri teguh terhadap bangsa dan agamanya.

Dan campur tangan yang luar biasa daripada anggota-anggota kerajaan Amerika Syarikat juga menimbulkan pelbagai persoalan yang lebih tidak enak daripada enaknya.

Kelima, kita pun tahu, pergolakan yang timbul dek ke'sekular'an politik Anwar Ibrahim turut mengecewakan parti rakan beliau di dalam PKR.

IPOH 14 Ogos - Perwakilan Dewan Pemuda Pas mahu pemimpin dan ahli parti itu berhenti mengagung-agungkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga mengenepi dan menafikan kebolehan serta keupayaan kepimpinan mereka sendiri.Ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda, beberapa perwakilan mahukan supaya pemimpin utama Pas lebih ditonjolkan dan diberi peranan dalam pakatan pembangkang termasuk menjadi Perdana Menteri jika impian membentuk kerajaan pada 16 September ini menjadi kenyataan.

Penulis cuba memahami kekecewaan yang ditimbulkan oleh parti PAS tetapi tidak semua akan menerima kenyataan di atas sebagai valid terutamanya jika kita berpihak kepada parti PAS atau pun Keadilan atau pun BN.

Kompleks

Realitinya, politik adalah satu subjek yang sangat kompleks dan menuntut kita untuk menilai dan berfikir. Jika kita benar-benar melakukan kedua-duanya itu, politik akan tampak lebih jelas dan kita akan lebih faham.

Buat ketika ini, pilihanraya Permatang Pauh merupakan satu topik yang menarik untuk kita bersama-sama menilai, menelaah, berhujah, memberikan pandangan dan berkongsi idea.

Penulis amat mengalu-alukan semua itu tetapi biarlah in civilised manner.

Kita perlu ingat bahawa politik ibarat sebuah kenderaan dan kita adalah pemilik serta pemandunya. Kitalah yang menentukan mood serta arahnya dan bukan sebaliknya.

baca artikel asal di novandri.blogspot.com

8 ulasan:

bzz berkata...

Ape ko merepek ni agas?

Sangka Buana Palapes berkata...

a'a la mane la si agas buta sejarah nih dapat info2 nih..klu rasa dah cukup bukti g la uat repot polis..xyah nak repot2 kat sini..if xmampu nak repot..mintak petunjuk/doa ker..ni tak cam desperate jer..ko ni org islam ker munafik?suka suki jer ngata org babi..nauzubillah

Perawi berkata...

Ramai dikalangan ahli & pembesar MCA, MIC, UMNO & lain-lain parti BN sudah insaf (walau pun yg bukan islam)dan telah menyertai Pakatan Rakyat

http://www.terengganukini.net/
http://www.harakahdaily.net/
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index
http://kelantankini.kuliah.net/
http://kelantankini.com/
http://www.tranungkite.net/v7/
http://buletinonline.net/
http://www.dppkk.org/
http://www.pasjohorbahru.com/
http://nikabduh.wordpress.com/
http://webtv.pas.org.my/
http://www.raudhatussakinah.jim.org.my/
http://alhusseyn51.blogspot.com/
http://wtv8.tv/v3/
http://www.anwaribrahim.com
http://wanita.keadilanrakyat.org
http://anwaribrahimblog.com
http://presiden.pas.org.my
http://www.husammusa.com
http://www.parti-pas.org
http://webtv.pas.org.my
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index
http://www.mppas.blogspot.com
http://ms.wordpress.com/tag/murtad
http://idrisahmad.wordpress.com
http://peguampas.blogspot.com
http://docpearl.blogspot.com
http://pemuda.pas.org.my
http://www.damaitv.com
http://takiyuddinhassan.blogspot.com

Perjumpaan UMNO & PAS .....best, tengok semua baru best ...Takbir
http://www.youtube.com/watch?v=R-xaIqH2kO0

Perawi berkata...

Pendedahan yg berani

Neo Razman berkata...

terlalu banyak pandangan yg di lihat secara sempit tentang pendapatan negara, hasil negara,berapa yang di belanjakan.nampak mememang berbillion, sama jugak dengan syarikat syarikat di luar sana,untungnya berjuta juta,tapi gaji tak naik naik juga.kita tak terfikir ke siapa yang bayar gaji saudara mara kita yang kerja kat hospital kerajaan,klinik kerajaan, yang kita pergi bayar RM 1 untuk pendaftaran, RM 5 ringgit untuk ubat?Berapa pula kita bayar kalau ke klinik swasta?siapa yang bayar gaji saudara mara kita yang kerja kutip sampah, sapu sampah sedangkan kita bayar cukai pintu RM 200 setahun?buang sampah ikut tingkat kereta juga.namum saya tak nafikan berlaku nya penyelewengan dari segi duit dan pentadbiran.yang di kesalkan, penyelewengan ini berlaku dari akar umbi, kalau tak percaya,tengokla sekeliling, dari sekecil kerja, sehingga sebesar kerja, kalau boleh cari kawan kawan dulu, bagi saudara mara dulu.perjuangan sekarang bukan hendak mengata orang itu orang ini.ceramah digunakan untuk menanam kebencian.itu pada saya lari dari pokok asal untuk berceramah.apa faktanya?saudara saudara munkin sudah berada titahap yang saudara saudara rasa selesa.bagaimana dengan yang lain?kenapa kita hanya melihat kepada kesalahan kerajaan menaikkan harga barang itu dan ini? kenapa kita tidak melihat betapa malasnya kita untuk memperbaiki dari, keluarga semasa kita di beri peluang?di mana bangsa kita bila di hantar ke kelas tambahan? di mana anak anak saudara bila saudara tiada di rumah?sikap?tunjuk ajar siapa?betul lah kata saudara, ke mana tumpahnya tuah kalau tidak ke nasi.bila adanya anasir yang membakar permasalahan ini, kita lari dari masalah pokok.masalahnya ialah kita.peluang,sentiasa ada.kita menafikan peluang itu.kita malas ke ekolah, malas belajar, malas bekerja, gaji tak memuaskan, akhirnya kerajaan di salahkan?
perang ini bukan perang parti, tetapi perang individu.hancurkan parti tak membawa apa apa erti.esok lusa ada parti baru.persoalannya adakah individu yang kita sokong benar benar memperjuangkan isu pokok.al hamdulillah saya lihat ramai anak petani, anak nelayan, anak askar berbangsa melayu yang berjaya,tapi itu bukan kerana kerajaan kan?kerana mereka belajar rajin rajin.kalau malas tu salah kerajaan.
kenyataan khalid ibrahim pada saya jelas dan nyata.ideanya bagus,kenapa tak sarankan sekali university lain yang di dominasi oleh kaum lain buat perkara yang sama?tak layak kut bangsa peribumi ke sana.terlajak perahu boleh di undur.apa apa pun tafsiran,niat asal ayat itu penting.dah kata, macam macam boleh di terangkan. itu dan ini.kenapa UiTM.apa yang nak di ingatkan?tiap tiap hari pelajar UiTM diingatkan.tiap tiap hari ibu bapa yang tahu nilai nilai bangsa dan agama mengingatkan. tak perlulah bangsa lain ingatkan mereka.jangan terkeluar konteks.ini bukan perkauman.apa yang hak itu hak. jadi tak perlu di jadikan perkara yang ber bau perkauman.

zaman zaman kroni pun, kontraktor bangsa masih boleh dapat kerja.pengalaman saya menyaksikan beratus ratus kontraktor kelas F mendapat manfaat dari dasar DEB. tetapi ramai juga yang jual kerja. lupakan yang bab jual sebab bangsa kita. apa yang saya nak katakan, jika saudara saudara inginkan kesamarataan,saudara saudara dah nampak hasilnya di beberapa negeri pembangkang. saya tak nafikan kebaikannya.tender terbuka,syarikat pasir di selangor anak bernaung di bawah satu syarikat menteri besar incorporated.nampak ketelusannya?tetapi, tanpa sistem yang memberikan sedikit kelebihan kepada bangsa saudara saudara, siapa yang nak bagi kerja kepada saudara mara kita yang makan minum dari kerja kontrak?kalau dulu ada kuota,gerenti dapat.sekarang?bila tiada kuota, belum tentu dapat,jadi belum tentu makan.siapa pembekal bahan mentah pembinaan?makanan saudara saudara?kopi, teh, gula?
jahat baik mantan PM saya tidak mahu komen.ada baik ada jahat.yang baik saya jadikan teladan.sama juga dengan yang lain.tapi, kalau saudara saudara nak masuk politik, mungkin inilah caranya.
saya malu nak membicarakan tentang islam, sedangkan saya sendiri serba kekurangan, saya tegur yang termampu.itupun mungkin dari sudut hati saya.tetapi,kalau saudara saudara masa bercinta dengan isteri dulu pun sebelum sah jadi isteri dan pegang tangan, peluk peluk, tak perlulah kita bincang pasal agama.hipokrit namanya.
perjuangan kita bukan untuk kita sahaja.ramai disekeliling kita.apa yang kita kata, kita kutuk,penjawat kerajaan malas,tak efisien,tapi pada masa yang sama saudara mara pun kerja di sana.malas ke mereka?korup?korup ke mereka?kalau betul korup,betulkan,bukan mengata.itulah bangsa kita.betul melayu mudah lupa.tetapi,persoalannya,apa yang kita lupa?lupa sejarah?lupa diri?atau lupa tuhan?

ysnizam berkata...

Hai dulu maser Tun M nak buat Proton..

Semua orang tak suker..
Kater menghabiskan duit rakyat..
Rasuah.. dah luper ker maser tahun 1985 dulu...
Ker maser tu tak lahir lagi..

Biler nak buat jambatan pulau pinang pon macam tu jugak..
BN menghabiskan duit rakyat..
Rasuah..

Biler nak buat PutraJaya pon macam tu jugak..
BN menghabiskan duit rakyat..
Rasuah..

Bagai nak giler maser tu burukan BN..

Sudah2 la memandang orang Negatif..
Aku tak kater BN tu "Perfect"..tapi
Islam suroh kiter memandang burok pader orang ker..??

Salah kan orang 2..
Kiter jer yang betul yer..
Orang lain sumer salah..

Bijak..Bijak.. hampeh..

HIDUP MELAYU..!!!!

Unknown berkata...

agas>> soalan mudah untuk ko,mana ko lebih penting antara agama, bangsa & negara drpd penyelewengan2yg ko sebutkan itu.Sekiranya PKR/ 'orang itu' memerintah Malaysia,ko conform ke 100% tidak ada penyelewengan spt kerajaan BN sekarang?

Semakin cemerlang/kayakah negara kita?Semakin majukah?Semakin terbelakah hidup rakyat?

Ini sumber yang sememangnya benar.Belum dapat memerintah Malaysia lagi tetapi hanya Selangor sahaja.Apa yang MB ko tu buat.Ko tahu tak, Selangor sekarang sudah jadi negeri miskin.Kerajaan Selangor sudah kehabisan duit.Silap haribulan terpaksa berhutang dengan Kerajaan Pusat seperti yang pernah terjadi kepada Kerajaan Terengganu satu waktu dahulu.Ko bayangkanlah, semenjak PKR ambil alih Kerajaan Selangor sehingga hari ini, hanya ada 20 projek pembangunan sahaja.Cukupkah dengan projek sebanyak itu untuk menampung kos kerajaan negeri?

Kenapa kontraktor2 sebelum MB baru ini ambilalih ditamatkan serta merta & akan diganti dengan kontraktor lain?Kontraktor2 jenis macam mana yang ingin diganti itu?Bukankah 'jenis kroni'?Kenapa Rosli Ibrahim (adik 'orang itu') & Badrul Hisham Shaharin (anak saudara 'orang itu') dibawa masuk ke dalam KDEB?

Kenapa ko tidak persoalkan gaji yang dibayar kepada mereka berdua ini?Dari mana datangnya duit untuk membayar gaji?Kerugian di situ ko tidak kira berapa?Kalau dihitung, sudah cukup untuk memberi sedikit wang ihsan kepada pelajar2 miskin yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.Mana janji2 untuk memberi pendidikan percuma?

Fikir-fikirkanlah....

ml berkata...

Kpd Neo Razman, lupa Tuhan lah tu sebab buat kerja2 bebal nih. Kalau rasa sudah ada kesedaran, cepat2 lah bertaubat. Kemudian banyak2 buat solat syukur, sememangnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah dan Maha Pemaaf, tapi jangan lah lebih2, Allah pon ada limit Nya.
U said it right on the dot cik kiah.