MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Ogo 2008

Peguam Saiful bincang tarikh angkat sumpah isu liwat



Peguam Saiful bincang tarikh angkat sumpah isu liwat

01-08-2008 10:48:41 AM
Oleh NURUL AIN HUSSEIN
Berikutan selesainya siasatan polis, peguam kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan berbincang dengan anak guamnya mengenai tarikh bersumpah berhubung dakwaan tersebut. KUALA LUMPUR:

Ketika dihubungi mStar Online pagi ini, peguam Zamri Idrus berkata, beliau akan berbincang dengan Mohd. Saiful mengenai tarikh tersebut.

Katanya, beliau akan menemui Mohd. Saiful, yang kini diberikan perlindungan polis sejak lebih sebulan lalu, secepat mungkin.

"Saya baru dapat tahu tentang perkara ini semalam, beri saya ruang untuk berjumpa dengan Saiful untuk berbincang lanjut," kata beliau.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, polis telah melengkapkan siasatan berhubung dakwaan tersebut dan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Kelmarin, Mohd. Saiful berkata, dia akan membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran dalam masa terdekat.

Bercakap melalui Zamri, Mohd. Saiful memberitahu, sehingga kini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) belum menghubungi anak guamnya itu berhubung akuan bersumpah.

"Saiful akan bersumpah dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya. Buat masa ini biar polis menjalankan siasatan tanpa sebarang gangguan.

"Beliau tetap dengan pendiriannya untuk membuat akuan bersumpah dan beliau melakukannya dengan sukarela, bukan atas paksaan," katanya.

baca artikel asal di MStar.online




Tiada ulasan: