MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Ogo 2008

Bila Gus Dur datang kempen untuk Anwar ..


Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini makin “syok” kerana mendapat sokongan bukan sahaja daripada para penyokongnya tetapi juga pemimpin luar negara.

Dalam ceramahnya pada malam selepas penamaan calon Sabtu lalu, Anwar secara terbuka memberitahu beliau mendapat sokongan daripada bekas Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid atau lebih popular dengan panggilan Gus Dur dan dua bekas Presiden Filipina iaitu Estrada dan Corazon Aquino.

Malah bagi menunjukkan betapa hebat sokongan yang diterimanya, PKR menganjurkan sidang media khusus untuk Gus Dur di ibu pejabat parti itu pagi Isnin.

Selain daripada menyatakan sokongan kepada Anwar, Gus Dur yang dikatakan mewakili jutaan anggota Nahdatul Ulama mendoakan kejayaan Anwar pada pilihan raya kecil berkenaan.

Beliau juga turut memberikan pandangan mengenai tindakan bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan bersumpah tidak mengikut lunas Islam dan tidak pernah diamalkan di mana-mana.

Bagaimanapun seperkara yang perlu diberikan perhatian, mereka yang memberikan sokongan kepada Anwar dan mempertahankan Penasihat PKR itu perlu dilihat dahulu latar belakangnya.

Gus Dur jika dilihat daripada faktanya, dipecat daripada jawatan Presiden oleh Majlis Permesyuaratan (MPR) atau Parlimen Indonesia kerana diselubungi dengan pelbagai skandal termasuk penyalahgunaan kuasa, isu rasuah dan skandal seks.

Ekoran pemecatan tersebut, Naib Presidennya, Megawati Sukarnoputri telah mengambil alih jawatan Presiden.

Begitu juga dengan Estrada yang didakwa oleh Anwar memberikan sokongan kepadanya, dipecat daripada jawatan Presiden dan dipenjarakan oleh Mahkamah Filipina kerana menggelapkan wang negara.

Ini adalah fakta yang tidak boleh dipadamkan. Jangan disebabkan hanya kerana ingin membuktikan sokongan bertali arus diterima, Anwar perlulah melihat latar belakang orang yang memberikan sokongan.

Kecualilah, jika Anwar juga tergolong dalam kategori kedua-dua bekas Presiden negara jiran itu yang kewibawaannya yang dipersoalkan.

Dalam konteks kenyataan Gus Dur yang menyatakan sumpah yang dibuat tidak mengikut lunas Islam, ia bercanggah dengan pandangan ulama tempatan yang menyatakan ia adalah selaras dengan syarak.

Antara mereka ialah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan bekas Mufti Kedah, Datuk Paduka Sheikh Abdul Majid Mohd. Noor. Malah daripada segi perundangan, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar mengesahkan sumpah Saiful itu mengikut lunas Islam dan mempunyai pemberat syarienya.

Senario ini memberikan kesimpulan, Anwar rupanya mendapat sokongan daripada mereka yang sewaktu dengannya.

baca artikel asal di Agendadaily.com

5 ulasan:

bzz berkata...

Siapa gusdur?

Ohh presiden kaki tidur tu ke?

wokyoh berkata...

gus dur tu sapa???

presiden hok kuat tidur dan suka melawat kubur-kubur lama jawa tu ke??atau gus dur yang suka tengok goyang gerudi inul tu...sampai meleleh air liur...

dok atas kerusi roda...ada angin nak kempen untuk anuar lagi...kempen gerudi la tu.....

Unknown berkata...

Haiyaa.. Gusdur lu talak kenal ka. Itu Si Buta Dari Gua Hantu yang jalan meraba-raba semasa jadi President Indonesia lorr..

Panglima Perang Cyber berkata...

oppsss...jangan terlebih kuah komen.

cukup katakan GUS DUR tidak perlu campur tangan isu di Malaysia..

sama AMERIKA tidak perlu campur juga urusan Malaysia.

Jika tak sah sumpah, cara macam mana lagi sah di sisi syarak ?

Nampaknya kita semakin pening di bidang agama pula selepas politik.

Barat berjaya merosakkan 'agama' kita dengan menjadikan kita bergaduh juga di dlm bdg agama.

kerna ilmu agama kita ada 'dicipta' sarjana mereka.

Tanya Anwar jika kenal dua sarjana yang mengkritik isu liwat tempoh hari dari universiti luar negara.

Sarjana yang durjana kerana menjadi pakar agama utk merosakkan agama.

Orientalis lebih tepat lagi...

salam alif ba ta

http://penembak-tepat.blogspot.com

lyrxxx berkata...

ASKAR PENCEN

kalo Gusdur boleh tido masa parlimen berjalan tak mustahil DSAI siap terlentang atas meja parlimen. itu mcm org ka Permatang Pauh mau.